Friday, July 18, 2008

Spekulasi Itu Sedap

Tertanya-tanya kenapa pihak polis masih tidak mahu memberikan salinan laporan polis oleh Saiful Bukharistow kepada pihak Anwar Ibrahim. Jika pada hari Isnin yang lepas, pihak polis menggunakan alasan kerana Anwar tidak hadir di Ibu Pejabat Kontijen Polis jadi tiada salinan diberikan.

Jadi, kenapa pula sekarang, selepas ditangkap dengan penuh bergaya, selepas bermalam semalaman di dalam tahanan, atas apa alasan lagikah salinan laporan polis tidak diberikan? Kenapa? Kenapa? Aku taknak buat spekulasi, tetapi minda sempit aku tak tercapai akal, kenapa masih tidak mahu memberikannya. Takkan nak ubah-ubah kot?

Bukankah dengan hanya membayar RM2, salinan laporan polis akan diperolehi? Aduh, sesungguhnya aku betul-betul tak fahamlah.

2 comments:

sainizmi said...

Untuk makluman semua, sebenarnya laporan polis memang tidak boleh diberikan kepada seseorang tertuduh tersebut kerana dalam peringkat siasatan tetapi laporan polis atau dokumen lain kecuali percakapan saksi di bawah Sek 112 Kanun Prosedur Jenayah dibenarkan diserahkan kepada tertuduh selepas tertuduh dituduh di mahkamah dan akan diserahkan kepada pihak pembelaan sebelum perbicaraan bermula kecuali aduan yang dibuat oleh dibuat oleh pengadu sahaja dan boleh dibeli pada bila bila masa [ dalam kes ini Anwar hanya boleh beli repot yang dibuat oleh dia sahaja bukan repot repot yang dibuat oleh orang lain ] tidak kira siapa dia VIP ke orang biasa yang mana mengikut Sek 51A KPJ [1] the prosecution shall the commencement of the trial deliver to the accussed the following documents :
[a] A copy of the information made under section 107 [ maklumat pertama] relating to the commission of the offence to which the accussed is charged ,if any ;
[b] a copy of any document which would be tendered as part of the evidence for the prosecution ; and
[c] a written statement of facts favourable to the defence of the accused signed under the hand of the Public Prosecutor or any person conducting the prosecution.

[2] Notwithstanding paragraph [c] the prosecution may not supply any fact favourable to the accused if its supply would be contrary to public interest'

Jadi kena fahamlah kenapa repot tidak boleh diserahkan kepada Anwar.Lawyer dia pun tahu tentang hal ini.

ezza erisa said...

tq untuk makluman saudara / saudari