Monday, July 14, 2008

Roadblock yang Menyusahkan


Sumber gambar, the star online!


Aku delete entry dengan link ini selepas baca banyak berita-berita yang mengatakan Pakatan Rakyat tidak ada rancangan nak bergather gather hari ini di Parlimen. Jadi encik Polis sahaja suka suki sekat jalan nak bagi orang susah.


Atau dalam konteks kes hari ini, nak membuatkan 'city folks' menyampah dengan Pakatan Rakyat, perang psikologi yang sudah tentu aku sendiri pun memang kaw kaw kutuk pagi ini. Aku tarik balik! Aku nampak perancangan lain, perancangan yakni 'buat roadblock banyak-banyak, nanti rakyat mesti menyampah dengan Pakatan Rakyat yang menyusahkan!'


Saya suka roadblock. Sila buat tiap-tiap hari. Mulakan dari pukul lima pagi setiap hari! Al maklumlah, harga minyak Malaysia sangat murah. Apalah sangat membazir setiap hari waktu pergi balik kerja, iya tak?

Usul tidak percaya kepada Paklah ditolak? Tidak ada yang pelik. Sudah terjangka. After all, siapa yang lantik Yang Di Pertua Dewan, kan?

5 comments:

Sue said...

Ceteknya kesedaran politik anda...
kesiannya.

Hasbullah Pit said...

PR tak kata pun nak buat rali.


Polis over react

ezza erisa said...

sue. a'ah politik saya amat cetek. sebab tu saya tak bermimpi nak jadi MP..

sebol, iye ke? aku tgk polis kat susur ke parlimen dari mahameru macam ada perang dunia ke empat..

tak kurang 10 motosikal polis dengan beramai2 polis duk berjaga..ala-ala akan kena bom lah parlimen tu hari nih..huhuhu

Kujie said...

kakjie yg dok ulu tempat jin bertendang pun depa buat roadblock juga...hehehe
tgh hujan lagi
tak pasal2 nk p sekolah 3 km,boleh tambah masa 10 minit (baca = petrol )

ezza erisa said...

kakjie, depa sangat paranoid, agak seperti orang nak bom parlimen tu hari ini punya sekatan jalan.

btw, nak marah polis pun tak boleh sangat,depa pun terima arahan dari pihak atasan, yang duk jagga2 tepi jalan tu...agaknya merungut sama byk dengan kita...sementelah hari ini sangatlah lebat ujan turun..

maybe esok mereka semua MC, bolehlah serbu parlimen...:)