Friday, July 04, 2008

The Chronicles of Najib: The Anwar, The Saiful and The Antatuya

Baca tajuk di atas dengan rythm The Chronicles of Narnia: The Witch, The Lion and The Wardrobe.

Dalam berita jam 8 beberapa hari lepas, Najib kata dia tak kenal Saiful. Katanya, kalau adapun gambar Saiful di pejabatnya, hanya kerana Saiful datang memohon biasiswa. Al maklum, Saiful merupakan ketua pelajar UNITEN (erk, aku baca blog orang, kata dia timbalan sahaja). Dan, aku tak tahu pula kita boleh pergi terus ke mana-mana kementerian untuk memohon biasiswa. Lemau rupanya aku.

Tapi malam tadi, sesungguhnya aku nampak encik Najib hampir tersungkur. Goyah, tak tetap pendirian. Dalam sidang akhbarnya, beliau memberitahu yang beliau tidak pernah mengenali wanita Mongolia yang mati dan diletupkan dengan C4 itu. Tetapi bukankah, Abdul Razak Baginda ada memberitahu yang beliau memperkenalkan Antatuya kepada Najib? Press conference sepatutnya menjadi tempat soal jawab, tapi Encik Najib hanya membaca teks ucapan.
(Takut kalau tak baca teks ucapan mengenai kes Antatuya tersalah sebut mungkin?)

Dan akhirnya apabila tiba soalan mengenai Saiful dan Anwar, nah...ketika ini tiada skrip. Tiada teks ucapan. Hanya ada otak yang perlu berfikir dengan cepat apa yang perlu dituturkan. Maka terkeluarlah ayat Saiful ada datang jumpa saya mengadu mengenai dia diliwat oleh Anwar. Saya pemimpin, sudah tentu perlu mendengar masalah rakyat. Pada mulanya saya tidak percaya, takkan Anwar hendak meliwat orang. Wah wah wah, tak sangka betul, senang rupanya jumpa Timbalan Perdana Menteri. Lepas balik kerja nanti, aku nak singgah di Putrajaya, nak pergi mengadu kat Najib mengenai aku tak cukup duit tambang naik bas. Agak-agak dapat tak aku lepasi pintu lift menuju ke ruang pejabatnya? Apatah lagi hendak berjumpanya di rumah, sepertimana yang Saiful Bukharistow mendapat kelebihan?

Dan Encik Najib, sila jangan berbohong. Hilang sudah sisa-sisa penghormatan terakhir aku kepada Encik Najib.

4 comments:

Wawa said...

semalam 1st time aku rasa berita pukul 8 kat mana2 setesen pun sangat cepat dan tak cukup rasanya.

:))
sayangs eklai laki aku takbeli popcorn atau maruku.

Aloha said...

Kalu singgah lagi nnti,mintakan kt aku skali, duit tambang teksi...

Eddie said...

hhehe cara ngko berpikir sama la plak dengan cara aku berpikir. actually persoalan ngko nih sebijik seperti apa yang keluar dari mulut aku semalam masa tengok berita tu satu family. Cam gampang jer jawapan Najib. aku rasa orang yg duduk kat DUN Chini ni, usahkan nak jumpa tok najib, nak jumpa YB Bakar pun dah sket punya payah. hehehe

Jie said...

nk jumpa Tok Penghulu nk minta tandatangan/ cop borang SPBT pun susahhhh..ooooo