Thursday, July 24, 2008

Mesej Tersembunyi Di Sebalik Mercedes?

Kerajaan sebelum ini bukan pimpinan Mat Said. Yang berhabis duit untuk memperbaiki Perdana dalam tempoh jaminan juga, bukan pimpinan Mat Said. Jadi apakah yang Mat Said cuba bongkarkan sebenarnya. Proton tak elok? Kerajaan Negeri sebelumnya adalah penuh dengan korupsi? Aku rasa, ke dua-duanya sekali.

Proton tak elok? Alahai, kita semua pun memang suka mengutuk Proton. Tetapi Proton merupakan perusahaan kereta nasional dan mereka berusaha menaikkan imej mereka yang tercalar dengan memperbaiki mutu kereta keluaran mereka. Kalau bukan bapak-bapak menteri yang tunjukkan contoh yang Proton itu boleh diguna pakai, hendak harapkan siapa lagi? Kalau bukan income dari kerajaan, siapa lagi yang nak beli Perdana berbolon-bolon? Nak harapkan orang-orang kaya yang mampu beli Merc, sudah pasti Perdana merupakan pilihan terakhir mereka. Its all about class. Lagipun, ianya hanya untuk official use, kegunaan rasmi. Urusan peribadi, nak naik limosin 15pintu pun orang tak peduli. Eh orang peduli juga, kalau kaya lain macam....makan suap lah itu.

Kerajaan Negeri sebelum ini penuh korupsi? Ya, mungkin. Mana mungkin membaiki sebuah kereta Perdana berjumlah sebegitu rupa. Dan Mat Said sendiri tidak telus, bercerita fakta mengenai dua buah kereta Perdana sahaja. DARI 16 BUAH YANG LAIN. Kalau yang dua ini sahaja bermasalah, get rid of it. Beli ganti dua buah kereta Perdana baru. Habis cerita. Kalau kos penyelenggaraan Perdana mahal sebegitu rupa, tak akan ada Perdana di jalan raya. Orang kaya bermillion pun takut nak pakai. Gaji RM10,000 baru mampu pakai. Al maklum RM3640 adalah kos servis sebulannya.

Mungkin sudah tiba masanya BPR campur tangan melihat angka yang banyak begitu. Baru dua bulan memerintah di tahun baru (merujuk kepada Deris Jusoh dan Perdana nya di awal tahun), kos penyelenggaraan sudah berpuluh ribu. Pelik pelik. Ada yang tak kena dimana-mana ni.

Apapun, Mat Said. Tolong jangan poyo sangat. Kau memanglah dilantik oleh Sultan menjadi Menteri Besar tetapi sebelum itu, kau dipilih oleh rakyat juga. Bercakap guna gigi arnab mung jer, otok sipang dok gune. Debbe lebih napok.


Mat Said, jangan bandingkan politician di Kuala Lumpur naik helicopter, apa kata kau bandingkan dengan rakyat jelata pasal kami yang pilih kau tuh. Bising pula setakat memandu kereta Mercedes dari Kuala Terengganu ke Kemaman. Oi mangkuk, aku naik kereta kancil sahaja dari Kuala Lumpur ke Besut. Jangan nak buat drama arnab lah! Kau berkhidmat untuk rakyat atau untuk kesenangan peribadi semata-mata?

3 comments:

paloi bin mulau said...

memg derih jusoh punya mainan ni service maintanance cost begitu tinggi. mana masuk akal. bagus beli keta baru je. kalau ikut prosedur biasa jkr kereta kerajaan yg banyak makan duit mcm tu boleh di lupuskan saja.

dakwa derih jusoh ke mahkamah.

Anonymous said...

tu lah dia hakikat org2 yg pegang kuasa dlm Be eNd. pegang kuasa semata nak hidup senang. tak cukup ngn pakai merc, ada ati nk naik heli. betul la muka tak tahu malu.

rakyat bagi kuasa utk pegang amanah rakyat bukan utk korang semua hidup senang lenang. hidup senang lenang atas derita rakyat. tak selamatla hidup korang semua.

Azli Rimon said...

kenapa ? tak percaya cost maintenace perdana V6 mahal?

upah tukar spark plug pun dah rm 200 beb, tak termasuk rege spark plug tu lg.

gear box perdana pun mcm gampang. semedang jer kaput.problem yg tak pernah setel dari dulu. cuba cari rege gearbox perdana tu brp..