Friday, July 11, 2008

Menarik Buletin Utama Malam Tadi

Paklah Umum Letak Jawatan
Nak bagi orang puas hati ke? Al maklumlah, ramai yang mendesak beliau letak jawatan. Tapi, walaweh, perlukah umum sekarang? Di waktu orang yang akan mendapat jawatan tertinggi itu penuh dengan kontroversi, Antatuya lah, Rosmah lah, Anwar lah, Saiful lah. Tunggulah imejnya pulih sedikit kot ya pun.

Lama sangat dua tahun nak bagi orang Malaysia bersedia. Bukan apa, rancangan kat Malaysia tak selalunya berjaya. Contoh rancangan separuh jalan.

1. Jambatan Bengkok Malaysia - Singapura. Setelah berkeras bagai tiada esok lusa bagi Singapura... akhirnya batal
2. Rakyat asing tak boleh beli petrol dalam lingkungan 50km radius dari sempadan. Tiga hari je berkuatkuasa! Lepas tu batal

Najib Berdrama
Paling 'sesuatu' apabila Najib mengumumkan 'Saya berharap hubungan kami berdua akan berkekalan' Walaweh. Couple ke Najib dgn Paklah ni.. kekeke. Aku taula maksudnya nak perli Tun M, tapi cari ayat yang sesuai boleh?

Khir Toyo
Awat dah serabai? Mana resepi tempe botox yang melicinkan dan menegangkan kulit muka you tu? Tak cukup duit nak maintain cucuk vitamin C ka?

Nora Danish
Kes penceraian Nora dengan suaminya. Aku teringat waktu dia memula muncul dalam iklan Hotlink menjadi awek dalam LRT dan memakai maskot di funfair itu. Sungguh cute dan comel.

Kerajaan Kedah
Cerita pasal jet sewa ya? Bagaimana dengan gambar Najib dalam New Straits Times yang berkempen untuk BN menaiki pesawat ATM itu? Huh.

1 comments:

-> aizam a.k.a KeRoLL said...

aku penah jumpa nora danish & ikin mawi kat restoran mamak berhampiran KLCC dlm pukul 3 pagi.. Wehh apa bini org buat pagi2 buta tu kat ctu takde laki ka?.. baru blk club yer.. rupa jer cantik tapi perangai tak seindah rupa ke ke ke

paklah: takyah lah sorok2 lagi hubungan antara kamu & najib kitorang rakyat malaysia semua dah tau..