Wednesday, July 23, 2008

Mahal Servis Perdana Ya...

Mengikut berita dalam suratkhabar hari ini sepertimana yang dipertahankan oleh Mat Said Menteri Besar Cita Cita Terengganu sebanyak RM175 229.97 telah dibelanjakan untuk empat tahun untuk penyelenggaraan sebuah kereta Perdana.

Mari mengira matematik mudah:
RM175 229 bahagi (4tahun x 12 bulan setahun) 48 = RM3650.00 sebulan purata.

Letak minyak sintetik bertatahkan emas 16k ke?

Kita kira lagi:

Perdana tanpa cukai RM70 000 + 4tahun penyelenggaraan = RM245 229.00. Mercedes baru sekali lumpsum tanpa cukai = RM245.000. Tidak termasuk langsung sebarang andaian kerosakan untuk 4tahun. Macam Mercedes tu tak perlu diselanggara langsung dalam tempoh tersebut. Isu keselamatan yang aku paling rasa nak berbulu macam Incredible Hulk ini. Bukan apa, bukan main Mat Said cakap, "keselamatan merupakan perkara yang penting memandangkan Exco dan pegawai kanan yang menggunakan kereta itu merupakan eksekutif tertinggi dalam kerajaan negeri yang keselamatan mereka perlu diutamakan.". Agak-agak naik Merc tu tak mati la ya? Hanya eksekutif tertinggi sahaja yang layak rasa selamat. Yang duk pangkah mereka waktu pilihanraya tu, mati kering tepi jalan kayuh basikal pun tak apa. Bukan orang penting. Penting waktu nak pangkah kertas undi 4tahun sekali sahaja.

Oh satu lagi, pekeliling tahun 2006 baca, pekeliling tahun 2007 tak baca ya? Putar alam betul. Pekeliling outdated yang diguna pakai sedangkan pekeliling tahun 2007 jelas mengatakan perlu pakai Kereta Perdana and Perdana only lah Mat Said.

Kononnya nilai jualan kereta terpakai lebih tinggi untuk Mercedes berbanding Perdana. Sesiapa pun kalau pandai matematik, boleh mengira. Bayar 70k dan bayar 245k! Sudah tentu nilai 245k lebih tinggi sepertimana semasa pembelian.

Dan setahu aku, kalau mereka hendak jual, mereka akan tawarkan kepada orang yang menggunakannya terlebih dahulu dengan harga super cheap. Jadi dimana nilai kereta terpakai yang besar itu digunakan?

Mana mungkin servis sebuah kereta Proton boleh mencecah sehingga RM3650.00 sebulan??? Kalau begitu baik sewa sahaja kereta. Tak usah beli beli-beli. Penyelenggaraan pun percuma sahaja!

Apapun, kalau screw driver untuk Program Khidmat Negara boleh mencecah RM200.00 untuk barang berharga RM15.00, tak heran kalau service RM4-500 ratus boleh menjejah ribuan ringgit. Dah biasa dah...

5 comments:

aku hanya manusia said...

setuju sgt dgn komen ezza tuh..mmg berbulu btul dgn ayat mat said yg tekankan keselamatan Exco2 tuh..aper ingat kita yg rakyat jelata nih nyawa tu tak berharga?tak de nilai??geram btul kenyataan mementingkan diri sendiri tuh!!ingat naik mercedes tuh,blh selamatkan nyawa diaorg bile dh tiba saat malaikat dtg cabut nyawa ker..ingatkan MB baru nih takdelah cam Idris tuh..tapi rupenyer..takde beza..erm..manusia..manusia..

Anonymous said...

rakyat trg tu ramai lg yg hidup susah.. dgn jutaan duit utk tukar kereta tu mcm2 bleh buat utk bantu diorg, tak masuk akal servis kereta perdana byk cmtu.. sapa tokey workshop tu? sapa hntr kete kat situ? mntak bpr siasat lah.. pastu tgk pulak beli merc tu sapa salesman dia? tgk ada kes tak? mcm shit!

Anonymous said...

dudes....common problem PERDANA V6 yg bertransmisi auto neh dgn gearbox dia.cepat kondem!....gearbox auto beli baru kat PROTON RM20K.ini fact pasal member aku ader kerja dgn service center..and b4 neh ader tukar gearbox perdana kepunyaan sebuah badan kerajaan.
sebab tuh ramai Vsixers yg mana miliki perdana neh convert enjin ETERNA terus...ader gaks yg bijak n tau problem gearbox auto neh derang pasang external auto tranmission fluid Cooler.
patutnyer mat said neh antar jer keta2 perdana neh kat wshop2 POWER bwh pokok cheri..kat ganu sana(banyak apa)...tukar terus enjin Mitsubishi ETERNA..kekekekeke..lagi syok ader turbo......yerla...perdana tuh pun saduran dari Mitsubishi Eterna....nak lagi bes terus masuk enjin evo n tranmisi manual sekali...ramai per kaki modified kat ganu..kekeekke...

apa pun pada pandangan aku memang tak patut la belanja juta-juta lemon tuh semata nak beli Mercs....patut pembangunan rakyat perlu diutamakan....

kasorrga dunia said...

semalam SU Negeri dah revise psl bayaran servis tuh. yg sebelum nih adalah kesilapan info dr kerani dia... katanya lah...

Azli Rimon said...

memang perdana v6 maintenance v6 mahal beb. aku mmg tak suggest la kalo diorang pakai perdana v6 tu. gearbox masalah utama. cepat kondem pastu mahal lak.

mungkin ahmad said ada agenda lain beli merc. aku tak brp setuju gak dalam hal tu.

merc terlalu mahal, apa kata kalo beli camry ker, accord ker. kan dah cukup selesa. rege pun tak jauh beza ngan perdana v6 tuh.