Monday, July 14, 2008

Komen Terbuka Untuk K Kompak

Aku membeli sebuah majalah kereta pada hari jumaat yang lalu. Majalah K Kompak keluaran no 43. Untuk makluman bagi yang tidak tahu, K Kompak merupakan sebuah majalah yang memfokuskan kepada berita dan cerita mengenai kereta-kereta kompak ubahsuai yang berada dijalan-jalan raya seluruh Malaysia.

Menyelak helaian demi helaian majalah berkenaan membuatkan aku terasa seperti bercakap dengan rakan-rakan sesambil lepak minum teh di mapley. Terkejut pun ada tersangkut di minda aku.

Adakah artikel-artikel dalam majalah ini menjalani proses proof reading? Adakah sesiapa yang menjadi editor untuk majalah ini? Apakah begini mutu majalah kereta tempatan?

Kenapa soalan ini berlegar di minda aku? Ya kerana gaya bahasa penulisan wartawan nya yang amat menyedihkan. Gaya bahasa budak budak main kereta gitu. Bruder, ada bran?, apa cer?, ganti nama 'aku' dan sebagainya.

Bukankah seharusnya gaya bahasa di dalam sesebuah majalah haruslah bahasa standard? Bukan bahasa kedai kereta potong. Bagaimana orang hendak menghormati majalah nyamuk-nyamuk begini sekiranya bahasa yang digunakan bagai hendak tak hendak menyiapkan majalah?

Kalau diperhatikan, majalah-majalah permotoran import, bahasanya sangat indah dan standard. Barulah nampak tinggi tahapnya. Barulah kita pun yakin hendak membelinya. Majalah permotoran lain yang berbahasa melayu juga tidak kurang cantik bahasa yang digunakan.

PS: Akan diedit siap dengan gambar artikel yang menyebabkan aku kecewa dengan tahap mutu majalah ini. Editor, wartawan majalah mungkin boleh jawab, sukahati akulah..majalah aku. Tak suka tak payah beli. Ya, tak suka tak payah beli tetapi hakihatnya, kalau bahasanya tahap pasar begitu terus dikekalkan, mungkin jualan akan terus drop kot.

2 comments:

-> aizam a.k.a KeRoLL said...

aha ha memang pun bahasa yg digunakan dlm majalah K KOmpak terlalu teruk sehinggakan nak dikatakan kategori bersahaja pun bukan..

deidaa said...

Huhu aku telah meng 'tagged' mu,
so sila lah jwb! :D
Wei letok la blk chatbox!