Saturday, July 12, 2008

Kemaluan Buletin Utama

Sedap bercakap pasal fitnah apabila nak menangkan Najib, siap jadi rancangan Al Kuliyah seketika. Berita dua hari lepas, fuh..ganyang habis. Menteri Besar sebuah negeri naik jet sewa ke negara jiran. Kata nak jimat, berbelanja mewah. Chewah...tak kaji tak selidik...terus tembak dalam berita waktu perdana.

Lagi hamprak apabila menyebut 'seseorang' mengirimkan klip video itu kepada TV3. Walaweh, sebodoh bodoh aku dalam bidang fotografi dan video, aku boleh beza video amatur atau video professional. Takkanlah gambar terang benderang bak cahaya matahari itu dirakamkan pakai telefon bimbit Sony Ericsson K850i kot? Gambar tajam, jelas itu sudah pasti diambil oleh professional. Siapa lagi paling professional bab bab menyampai berita belum tentu benar ini kalau bukan TV3? Lagipun selalunya, kalau video amatur, siap tulis gambar oleh amatur atau sesuatu yang lebih kurang.

Lagi parah, apabila jet sewa itu dinaiki oleh Tunku Bendahara Kedah. DISEWA OLEH ISTANA. Ha, ambil kau kerajaan negeri membazir! Tak menderhaka pula kalau macam ni ya? Nak cover balik, eh malam ini isu payung kuning pula dinaikkan. Oi tukang tulis berita, payung kuning berlambak kat pasar malam jual. Kat kedai barang pengantin pun berlambak. Tak boleh pakai ke? Yang negeri-negeri lain duk membazir kau taknak pergi intai juga ke?

Bias bias bias, selepas 100 hari, nah...masa untuk memburukkan negeri diperintah Pakatan Rakyat bermula lagi. 100 hari di Kedah, 100 hari di Selangor, 100 hari di Perak, 100 hari di Pulau Penang. Di negeri negeri lain yang cukup 100 hari juga dan diperintah oleh Barisan Umno tu ada perubahan drastik dah ke? Dah ada bangunan 50tingkat dah ke kat Besut Terengganu?

PS: Sakan betul TV3 bab bab mengata orang tanpa usul periksa, yang itu tak termasuk dalam kategori fitnah juga ke?

1 comments:

-> aizam a.k.a KeRoLL said...

di belakang Buletin utama adalah Farid Ridzuan (boneka)..

TV3 (suku) skg dah jadi TV paling hipokrit kat Malaysia..

Hari-hari cerita pasal kesan fitnah bahkan didalam khutbah jumaat td kat masjid kg aku ni duk cerita pasal fitnah. ewah ewah hebat betul BA-BI-EN main isu fitnah skg yer.. sejak bila jadi baik ni..

100 hari memerintah duk persoal kerajaan PKR abis kerajaan BA-BI-EN yang memerintah 100 hari tu apa kejadah.. kenapa tak cerita pasal MB Mat Said 'gedebe' tuh apa dia dah buat dlm 100 hari.. mana janji nak bina UNIVERSITI kampus utama dekat BESUT? Mana pergi janji nak bina Pusat Ilmu kat BESUT.. Itu semua janji palsu Deris Jusoh yg suka bercakap besar jer..Duit takda cakap jer lah jgn duk bohong rakyat dengan janji setinggi melangit!..