Friday, July 04, 2008

Hard disk Failure atau Market Failure?

Secara co insidentnya, semalam Bursa Malaysia ditutup separuh hari. Hampir serentak dengan pengumuman sidang akhbar Anwar Ibrahim dan akuan bersumpah penyiasat peribadi Abdul Razak Baginda. Dengan alasan hard disk failure.

Betul ke hard disk failure? Seingat aku, dalam sejarah Bursa Malaysia tidak pernah berlakunya hard disk failure. Jadi, aku tergelak sedikit, secanggih canggih Bursa Malaysia, tidak ada backup yang auto boleh up kalau main frame utama fail ke?

Atau hard disk failure merupakan alasan untuk menutup market failure? Sudah tentu dengan keadaan semalam, market akan jatuh merudum dum dam dum. Apa salahnya rugi 450million, kalau boleh elak rugi berbillion? Iya tak?

Jadi, soalan yang masih berlegar di kepala aku, hard disk failure atau market failure?

1 comments:

logsetagmai said...

Sungguh memalukan Bursa saham organsasi sebesar itu terdapat hard disk failure.Nampak sangat orang gomen kita ni tak pandai nak berbohong.Sama la kes liwat Anwar , dah tak tau nak tuduh apa , akhirnya tuduh liwat jugak.Bodoh betul la orang gomen ni.Tiba masa depa serah kerajaan pada pambangkang pulak.Hidup pembangkang!!!!!