Saturday, July 19, 2008

Errr, Orang Malaysia Tengok CSI La….

Tak faham kenapa polis beriya-iya hendak mendapatkan contoh DNA Anwar Ibrahim. Tak faham tak faham tak faham. Tahun 1998 dah ambil, sepatutnya sudah cukup untuk dibandingkan dengan apa sahaja bukti yang diperolehi dari celah punggung Saiful Bukharistow. Atau bukti dari mana-mana bahagian badan Saiful Buhkaristow.

Sekarang sibuk nak membentangkan akta berkenaan pungutan contoh DNA di Parlimen. Sudah tentu ia akan diluluskan kerana ianya memang bagus untuk menangkap penjenayah, walaupun aku sudah dengar ura-ura tahun lepas Malaysia nak buat satu bank data untuk DNA rakyat Malaysia. Mana lak cadangan ini tertimbus diwaktu sibuk-sibuk begini?

Makcik kampong mana yang tidak tahu pasal CSI. Kat kedai kopi pun dah mula bercakap mengenai CSI dan magiknya DNA dalam cerita CSI. Pakcik noreh getah pun tahu, apabila cakap pasal DNA ianya hamper menyamai cap ibu jari. Unik. Tidak berubah langsung dari lahir sampai mati. Kenapa mesti nak simpan-simpan contoh lama taknak guna? Ada tarikh luputkah DNA? Lagikan gali tulang dalam tanah pun, boleh kutip lagi sisa-sisa DNA nya. Itu yang makcik, pakcik dan cik kiah sendiri masih hairan. Kenapa tidak guna yang itu? Kenapa mesti cakap, contoh DNA tahun 1998 adalah untuk kes lain. Walaweh, kes lain dah habis. Transfer sahajalah kepada kes baru.

Atau, sepertimana kita sedia maklum, sistem perfailan. Mungkinkah kekecohan ini berpunca dari sistem perfailan yang failed? Sample lama sudah hilang, tidak dapat diketahui dimana ianya disimpan, data mengenainya juga sudah termasuk dalam fail di storan mana tidak dapat dikenal pasti, maka adegan drama ini bermula? Mungkin, segalanya berkemungkikan. Secara logik, sekadar perbandingan, kenapa perlu bersusah payah ke New Zealand, kalau kita boleh ke dapur untuk minum Susu Fenleaf dari New Zealand yang tersimpan di dalam peti sejuk?

TIdak lupa kepada kata-kata Anwar yang mana beliau takut DNA nya digunakan untuk mewujudkan kes, sementelah salinan laporan polis pun tidak diberikan kepada beliau. Huhu. Sama-samalah kita fikirkan bersama.

Kepada pihak berkuasa, drama CSI mungkin too good to be true, tetapi tidak bermakna tiada ilmu pengetahuan yang diutarakan didalam ceritanya.

1 comments:

kasorrga dunia said...

cerita CSI pon mu percaya ke?
kena jajah doh gamaknya pemikiran org malaysia nih...

p/s: kalu mu refer NGC @ THC ok la jugok... refer CSI? hehehehe