Thursday, July 17, 2008

Dimana aku, Malaysia Atau Pakistan?

Mengikuti episod penahanan Anwar Ibrahim petang semalam, memang tiada rasa terkejut sedikit pun. Walaupun di huha huhakan oleh banyak pihak berkenaan penahanan beliau. Cuma satu yang aku tak faham, KENAPA, KENAPA BAGI DEADLINE KALAU TETAP TAK SABAR MENUNGGU DEADLINE SAMPAI TERUS PERGI AMBUSH MACAM TANGKAP PENGEDAR DADAH COLUMBIA KETIKA MASA MASIH BERBAKI 45MINIT DARI DEADLINE? Kalau dah berniat nak tangkap, hari Isnin apabila dia tidak muncul, tahan sahajalah. Kalau begitu kuranglah sedikit isu.

Aku ingatkan mereka ambush pembunuh Nurin Jazlin, atau penculik Sharlinie di Segambut semalam, sampai anggota polis Unit Khas perlu turun, sampai penuh orang menunggu di IPK Jalan Hang Tuah. Rupanya cuma menangkap tertuduh peliwat. Ada yang kata mungkin aku sudah termakan dengan drama Anwar. Katanya Anwar memang tiada intention hendak ke IPK. Nah, kalau dia tidak ada intention sekalipun, tahanlah dia pada jam 2.00petang lebih satu saat. Tidaklah menampakkan buruknya pihak yang menangkap.

Berita ini sudah menjadi berita antarabangsa. Jadi nama siapa yang buruk, polis Malaysia? Kerajaan Malaysia? Atau Anwar Ibrahim? Yang nampak buruk sudah tentu polis dan kerajaan Malaysia, nampak Anwar macam dizalimi dan dipandang hero oleh makcik-makcik, atuk nenek di kampung halaman. Orang luar negara bukan tahu bagaimana Anwar boleh menjadi seorang manipulator atau bagaimana Anwar bijak berdrama, berita yang akan mereka dengar (kerana Anwar merupakan kegemaran negara luar) adalah Anwar ditangkap sebelum deadline! Itu sahaja.

Entah kenapa tiba-tiba aku teringatkan Pakistan dan Benazir Buttonya. Bezanya Benazir Butto pernah menjadi Perdana Menteri. Beliau hidup dalam buangan, kembali ke Pakistan dan sebagainya. Bukan kes tembaknya yang menjadikan aku teringatkan persamaan Pakistan dan Malaysia. Persamaannya ialah, nama tokoh pembangkang lebih dikenali oleh orang luar negara kerana pelbagai cerita yang mengambarkan kerajaan tak berapa baik kalau hendak dibandingkan dengan pembangkang tersebut.


Apakah kita, mahu orang negara luar apabila menyebut Malaysia, mereka menyebut nama Anwar Ibrahim lebih hero, lebih baik, lebih bijak memberi pandangan dan idea lebih dari nama Perdana Menteri Malaysia, sepertimana yang kita semua lebih teringatkan Benazir Butto lebih dari Perdana Menteri Pakistan?

4 comments:

suealeen said...

aku pulak dok ingat plot citer prison break. dalam masa 24 jam je macam2 boleh berlaku.

Wan Farid said: “What's the difference between 20 or 50 minutes?”

apa punya dangkal la tanya soklan camtu. aku pun nak tanya la wan farid, what's the diff between 20 or 50 mins AFTER 2.00 PM (if anwar hasn't showed up)? aiyohh... paranoid! enough said..

Azli Rimon said...

biarlah polis wat kerja dia. Diaorang lebih tahu dlm hal ni. Kalo ikut plot citer pakistan tu pas ni anuar mesti kena tembaknyer.

foley said...

best gak bace blog u nihh..
byk info politik..

kasorrga dunia said...

info politik byk...
tapi... x tahu nak bezakan kawasan parlimen & DUN...
hehehhe jgn maroh aku mokcik ezza weh... hehehehehe