Wednesday, July 16, 2008

Debat, Satu Dalam Sejarah

Ya, lagi bersejarah kalau lawan Anwar ialah Timbalan Perdana Menteri atau Perdana Menteri, Tapi, menteri penerangan okaylah dari tak ada langsung. At least, menteri penerangan baru ini mempunyai visi dan menyediakan sedikit ruang untuk pembangkang muncul di kaca tv dengan penuh bergaya. Ruang kepada bloggers untuk bersuara juga. Kalau lah masih di zaman encik menteri penerangan Zainudin Maidin, rasanya tidaklah ruang untuk pembangkang seperti sekarang. Jangan lupa layan youtube Al Jazeera vs Zainudin Maidin kalau nak tengah rasa sedih dan gundah gulana, ia seperti mendengar drama radio versi kelakar!

Satu pujian untuk Sabery Chek yang sanggup berdepan dengan Anwar. Sanggup juga membuat research sebelum naik ke pentas untuk berdebat. Tapi sepatutnya debat ini berkait dengan bagaimana harga minya boleh diturunkan lagi. Dan kemudian agak hilang fokus apabila Sabery mula membuat serangan peribadi kepada Anwar. Sejarah tahun 1974 pun mahu cerita ka? Apa kena mengena 1974, zaman Anwar muda mudi dulu punya cerita, dengan demonstrasi jalanan, dengan konsert di stadium dengan cerita bagaimana harga minyak boleh diturunkan?

Sepatutnya, Sabery lebih fokus, suka pula aku apabila Anwar dengan serta merta mematahkan ayat Sabery apabila berkata, jangan dibanding dengan Norway kerana pendapatan perkapita mereka adalah berkali ganda lebih tinggi dari Malaysia dan sebagainya. Ya, itulah ayat rakyat Malaysia. Jangan suka suki kerajaan nak putar belitkan ayat, nak bandingkan harga minyak kita dengan orang. Singapura RM5 ringgit lebih, Malaysia RM2 lebih. Matawang Singapura vs Malaysia taknak kira? Pendapatan purata tak dikira sekali.

Apapun, Anwar pun sama, pada mula berdebat membuat serangan peribadi kepada Sabery (yang memungkinkan Sabery merasa dia pun boleh membuat serangan peribadi). Kalau ada yang tak perasaan, serangan Anwar kepada Sabery ialah semasa Sabery dalam Semangat 46, Sabery juga tidak lepas dari mengutuk kerajaan. Dan aku suka apabila Anwar membuat hujah penggulungan yang mengatakan dia tidak mahu menjawab serangan peribadi Sabery kerana ini bukan tempatnya! Nah ambil kau sebiji!

Apapun, debat ini tidak mungkin menurunkan harga minyak, tetapi aku menghormati ke dua belah pihak yang sangat professional. Sabery juga sangat gentleman, dan sekurang-kurangnya berani keluar berdebat. Yang lain tidak mungkin akan mengambil tindakan ini. Sekali lagi aku bayangkan Zainudin Maidin di pentas, dengan kalutnya, dengan gagapnya, ya ampun. Tidak tidak tidak. Hahaha.

Sudah pasti, rating Awani, Bernama TV dan TV9 sangat tinggi malam tadi. Semua orang yang biasa layan cerita-cerita tak berfaedah (aku pun!) semua beralih saluran.

4 comments:

Aloha said...

BEst wo. siaran mlm td... kalu di adakan sebulan skali kan best.... 1bulan 1Menteri... huhuhu

kasorrga dunia said...

kesian aku xleh tgk sindarella...
tp... at least ok le jugal tgk debat semalam... bg aku, anwar x sehebat mana pon...sekadar formula utk jangka pendek... nak tarik pengundi saja... shabery ape tah lagi... xdek fakta secara ekonomi...tp, at least dia buleh jawab apa yg anwar katakan... kira terer le tuh --> http://www.malaysiakini.com/news/84300
http://rymza.blogdrive.com/

Azli Rimon said...

suatu perubahan positif dr pihak gomen. Keberanian shabery patut di jadikan contoh kpd semua menteri dah wakil parlimen bn. Aku sedih tgk sidang parlimen, tgk wakil rakyat bersidang. Cakap ntah hapa2. Dgn perangai masing2. Tak boleh di jadikan contoh langsung. Walaupun anuar tu bangsat tp dia berani bersua.

-> aizam a.k.a KeRoLL said...

"Walaupun anuar tu bangsat" azli rimon kalau anuar bangsat paklah kamu macam mana malaikat? pembela rakyat? well..sendiri mau ingat.. mana paklah semasa shabree tgh berdentam-dentum nak menjawab hujah Anwar..