Wednesday, July 16, 2008

Cukup Makan Tak?

'Harga minyak naik, rakyat kita cukup makan juga'

Walaweh, Sabery, pasti ke rakyat cukup makan? Rasanya sejak kenaikan harga barang, bukan cukup makan, cukup-cukup makan sahaja. Sah tak tengok Bersamamu.
Cukup makan = tak jadi masalah makanan masih affordable.
Cukup-cukup makan = makan sekadar supaya tak tumbang sahaja, ikat perut demi survival.

Kata guna duit negara untuk stabilkan harga barang-barang, kenapa harga barang makin mahal juga? Beras naik sehingga hampir 50%. 3 bulan dulu, beras cap rambutan 5kg hanya berharga RM10.50. Sekarang beras jenama sama, 5kg berharga RM19.00! MP dan Menteri senang bercakap, sebab segala jenis perbelanjaan boleh dituntut kembali. Alangkan elaun hiburan dipotong 50% pun tak menjadi masalah. Elaun lain berlambak lagi tersembunyi.

Apapun, nak makan maggie pun dah mahal sekarang wo. Tak cukup makanlah!

5 comments:

Kujie said...

apalagi makan megi yg pedas giler2 tu.. kena xtra air. kos lagi!

hehehe

aku hanya manusia said...

hi there..kiter suke baca blog awk..tergerak hati nk comment arini..kite setuju dgn awk..skrg cukup2 mkn jer.pemimpin kite yg hanya pandai cakap tu,bukan tahu erti cukup2 makan cause semua asyik makan berlebih-lebih..

cakap mmg senang biler tak kene batang hidung sendiri..

kasorrga dunia said...

adakah ini pengakuan bersumpah kedua? maybe entry terawal tadi lupa nak dimasukkan sekali... maybe ada entry ketiga? hehehhehe

ezza erisa said...

kakjie, jangan lupa kos suruh bomba tunggu lepas makan magie pedas..kekeke

aku hanya manusia,
welcome to my blog :).

kayu ria,
well aku tak kata aku satisfied pun dgn debat itu, maka akan ada lah SD ke dua ini, mungkin akan berlanjutan ke SD ke 10 pun tatau.. depend kepada berapa kali aku ulang tonton youtube debat itu! keke

Azli Rimon said...

minyak naik pun kuala lumpur tetap jem gak.