Tuesday, July 15, 2008

Contoh Berita Bohong Dari Pak Menteri

Buletin Utama, (walaweh buletin utama lagi, kata menyampah tapi tengok tiap-tiap hari!) hari ini membuktikan seorang menteri boleh berbohong secara hikmat layang-layang di langit ke tujuh. Hampir aku pengsan akibat pembohongan yang amat ketara itu.

Siapakah menteri yang berbohong, mereka cerita yang tidak betul dan kantoi dalam sekelip mata eh bukan, kantoi dalam masa yang sama itu? Syed Hamid Albar namanya. Menteri Dalam Negeri ya.

Contoh berita palsu dari mulut menteri berkenaan dalam temubual dengan wartawan TV3,

ayat lebih kurang berbunyi begini;
'Minta maaf kepada warga kuala lumpur (chitpodah!, malas maafkan!) kerana mengalami kesesakan. Kita terpaksa buat begitu sebab sekian sekian. Kalau tak sekat jalan, tah apa yang terjadi. Buktinya mereka tidak dapat menghampiri Parlimen, mereka timbulkan kacau bilau di Pasar Seni'

Ya itu lah ayat lebih kurangnya, tetapi perlu ditekankan perkataan kacau bilau itu. Amat mengharukan pembohongan Menteri Dalam Negeri itu kerana hanya beberapa minit sebelum itu, buletin utama menyiarkan video ahli PKR di Pasar Seni dan membuat bicara ini 'Perhimpunan itu dinasihatkan bersurai oleh pihak polis dan mereka bersurai dengan aman selepas berkumpul dua tiga minit'. (ayat lebih kurang, sila streaming Buletin Utama untuk ayat sebenar!).

Terima kasihlah TV3. Terima kasih juga kerana dengan adanya video streaming di laman web TV3, kita boleh tonton pembohongan seorang menteri ini berkali-kali. Terima kasih TV3 kerana secara tidak sengaja membongkar pembohongan seorang menteri. Nampaknya, lepas ini TV3 terpaksa mengkipas dengan lebih kuat, sebab sudah terlepas edit menteri menipu. Muka punyalah yakin, tetapi berbohong rupanya.Kalau tak tahu apa yang berlaku, usah diulas ya Pak Menteri.

0 comments: