Thursday, July 03, 2008

Apa Maksud Inflasi?

Semalam adik aku bertanya maksud inflasi setelah melihat di kaca televisyen berkenaan jangkaan inflasi meningkat sehingga 6 dan 7 peratus sebelum akhir tahun 2008. Aku menerangkan serba sedikit maksudnya. Dengan penerangan panjang lebar, aku terlupa untuk memasukkan unsur penting.

Aku terangkan, kalau dahulu pengguna beli 2 botol shampoo sebulan, sekarang pengguna dah tak mampu nak beli walaupun sebotol shampoo. Rupa-rupanya aku terangkan lima kilometer setengah lebih panjang dari apa yang seorang pelajar jurusan Electrical Engineering perlukan.

Maksud inflasi yang mudah ialah:
1. Semalam RM1.00 boleh beli pisang goreng 6 keping, hari ini RM1.00 boleh beli pisang goreng 2 keping sahaja.
2. Kehilangan kuasa beli akibat dari kenaikan harga barangan asas. Yes, oil included!
3. Nilai seringgit hari ini kurang berbanding semalam.
Kita bukan ahli ekonomi yang perlu kaji dengan penuh teliti sehingga hendak mengukur Index Harga Pengguna dan had jumlah wang di pasaran dan sebagainya.

Kenapa aku up entry yang aku memang tak mahir ini? Kerana pada malam tadi juga, aku sms rakan aku, bertanya jikalau dia tahu apa maksud inflasi? Dia menjawab, word yang catchy, sedap di sebut, dan dia marah-marah apabila diberitahu jangkaan meningkatnya inflasi tetapi dalam masa yang sama rupanya tidak faham pun maksud inflasi itu sendiri.

Kalau ada yang boleh terangkan maksud inflasi dengan lebih jelas dan mudah, boleh terangkan pada aku tak?

Oh, kemelesetan ekonomi itu pula bermakna pergerakan wang yang lemah dalam pasaran. Orang tiada duit atau takut nak berbelanja sehingga menyebabkan kelembapan ekonomi.

4 comments:

Tie said...

Kena sedia guni nak isi ringgit, senang nak heret kalau ke gi shopping nanti.Tulah penangan inflasi. Sekarang RM1 dpt 3 biji telur, esok2 dpt 1 biji je...

mrs hafiz said...

hmmm.. risaunye...

ezza erisa said...

ya betul tu tie,

bawak seguni duit belum tentu boleh beli sehelai baju..

yeen said...

OooOOOoo naru paham sket2.. thnx! ;)