Friday, July 04, 2008

Apa Barang Kenyataan Bersumpah

Kenyataan Bersumpah penyiasat peribadi Abdul Razak Baginda memang menyebabkan berita jam lapan macam sekejab sangat berlalu (bak kata Wawa). Lagi menarik apabila kenyataan itu mengaitkan secara terus dengan Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Najib Tun Razak.

Tambah menarik, tak sampai 24 jam sudah tarik perenggan sana perenggan sini. Masa buat kenyataan bersumpah, tidak ada fikiran apa consequencesnya ya? Atau masa buat kenyataan bersumpah, darah panas, membuak-buak? Kenapa apabila sudah diedarkan kepada semua media, baru hendak tarik balik beberapa kenyataan? Dah tak laku dahla sumpah kau itu. Mana ada kenyataan bersumpah boleh main tarik-tarik balik macam tarik tali layang-layang?

Dan kepada Encik Anwar, tak payahlah nak ugut-ugut nak keluarkan bukti-bukti ke atas Najib dan sebagainya, apa kata, buktikan dulu yang hang tu tidak bersalah meliwat orang. Kan senang. Dan sejak dulu Encik Anwar ni, banyak betul kononnya berita suspen, cakap bergegar-gegar. Ahli MP BN nak masuk PKR tapi masih taknak bagitahu siapa empunya diri, bukti ke atas najib dan sebagainya, kalau dah terang nyata ada bukti. Nah keluarkan. Tak payah berteka teki! Aku pun boleh kata nak keluarkan bukti Anwar liwat Najib or vice versa, tapi pada masa yang sesuai tapi sampai ke sudah tak bagi bukti.

4 comments:

kasorrga dunia said...

ini kali kedua aku bersetuju dgn mu... kali pertama pasal tv3 poyo...
tp..mmg buduh la buat akuan bersumpah kalo lepas tuh tarik balik beberapa perenggan...

Aloha said...

Yups.. lain kali biarlah cakap dengan bukti.. baru syokkk nak layan berita...huhuuhu.

Aku pon leh cakap. mcm ko cakap tu..*** liwat ***. (aku xberani nak ulang cakap) takuuutt.. hehhehe

Anonymous said...

Sure banyak RM masyukk kalu tarik balik kenyataan..takpun kena ugut dek SB M'sia....biasaklah SB kiter terror sungguh bab2 merekacipta kenyataan etc...oh malaysiaku...

Jie said...

pasal bukti tu, memanglah betul. Dah lama tunggu bukti..