Wednesday, July 30, 2008

Sungguh Tidak Membebankan!

Sesungguhnya, sejak aku ada kereta lima tahun lalu, aku tak menaiki Bas Express untuk perjalanan jauh lagi dah. Sesekali kalau ada Welcome Dinner untuk mesyuarat yang dianjurkan oleh pejabat aku sahaja, barulah aku naik bas. Itupun bas persiaran, untuk jarak perjalanan lebih kurang 2-3 kilometer sahaja pula tuh.

Jadi, malam tadi, apabila Noh Omar mengumumkan kenaikan tambang bas yang akan diumumkan sebelum hari raya (yang akan menimbulkan kontroversi pastinya), dengan tambahan kenaikan ini tidak akan membebankan, aku rasa macam Ya Ampun, kau tak layak nak justify apa-apa kenaikan dengan beban pengguna. Sesungguhnya kau tak layak. Apa maksud beban pun kau tak tahu, jadi jangan berani menggunakan perkataan ‘tidak membebankan’.

Kalau sudah naik 50% sebagai contoh, tambang biasa 30ringgit. Selepas kenaikan menjadi RM45.00. Dua hala sudah RM90.00, Yang biasanya pengguna membayar RM60.00 sahaja. Kalau untuk satu keluarga berpendapatan sederhana yang terdiri dari ibu bapa dan tiga anak, sudah perlu membelanjakan RM450.00 dari kebiasaannya RM300.00. Apakah kenaikan RM150.00 itu sedikit dan tidak membebankan????

Kalau nak naik, naikkan sahaja, jangan gatal mulut, kaki dan tangan macam kena penyakit HFMD bagi kenyataan ‘tidak membebankan’.

Yang lebih menyakitkan hati, ialah ‘akan diumumkan sebelum hari raya’. Kenapa hari raya yang nak jadi kayu ukur? Semua orang sudah sibuk nak membeli tiket raya, ada yang dah siap-siap budget berapa tiket, berapa peruntukan untuk kuih, untuk baju raya dan sebagainya. Kenapa hari raya?? Kenapa tidak selepas? Bagilah rakyat bernafas lega sedikit. Salah satu hari yang rakyat bersukaria, masih nak dibayangi dengan masalah kewangan lagi. Kalau nak juga buat sebelum hari raya, kenapa baru sekarang nak umum? Bukankah ini memberi peluang kepada tauke tauke bas memhentikan seketika jualan tiket hari raya dan menunggu harga tambang baru untuk mendapat keuntungan lebih?

Apapun kepada Noh Omar, jangan jadikan gaji kau sebagai tali pengukur. Tahulah kamu itu ada pemandu, minyak boleh diclaim kemana-mana, tak perlu naik bas. Jadi sudah tentu ia tidak membebankan kamu. Tidak semua rakyat jelata di Malaysia, bergaji seperti kamu. Tidak semua rakyat Malaysia mampu pakai kereta Merc Kompressor macam Kerajaan Terengganu ok?

PS: Subsidi minyak dah dapat, RM1.43 seliter pun, masih duk cakap pasal nak naikkan harga. Jangan terkejut kalau naga inflasi semakin membesar. Kalau bulan leps 7.7%, menjelang bulan Disember, ada juga yang menjangkau 10% nih.

Monday, July 28, 2008

Gunting Rambut Naik Kos hah?

Pertama sekali, aku rasa macam nak pelangkong sahaja orang yang tulis berita ini. Ke dua aku rasa nak sepak, jurucakap itu. Ke tiga, aku tertanya rakyat Malaysia begitu bodoh kah untuk menerima alasan amat tidak logik ini?

What in possible way, kedai gunting rambut memerlukan supplier untuk gunting rambut??? Beli gunting berbeza setiap kali potong rambutkah?? Ini contoh peniaga hampeh, nak untung cepat (aku doakan cepat bangkrap!). Kalau nak warnakan rambut, atau nak guna perapi dan sebagainya itu nak dinaikkan harga, aku tak kisah. Yang ini memang memerlukan pengangkutan. Tetapi GUNTING RAMBUT??? Berapa banyak gunting depa pakai setiap hari? I bet, gunting dari tahun 2000 masih digunakan jugalah! Saja nak cari alasan. Huh.



Posted by Picasa

Thursday, July 24, 2008

Mesej Tersembunyi Di Sebalik Mercedes?

Kerajaan sebelum ini bukan pimpinan Mat Said. Yang berhabis duit untuk memperbaiki Perdana dalam tempoh jaminan juga, bukan pimpinan Mat Said. Jadi apakah yang Mat Said cuba bongkarkan sebenarnya. Proton tak elok? Kerajaan Negeri sebelumnya adalah penuh dengan korupsi? Aku rasa, ke dua-duanya sekali.

Proton tak elok? Alahai, kita semua pun memang suka mengutuk Proton. Tetapi Proton merupakan perusahaan kereta nasional dan mereka berusaha menaikkan imej mereka yang tercalar dengan memperbaiki mutu kereta keluaran mereka. Kalau bukan bapak-bapak menteri yang tunjukkan contoh yang Proton itu boleh diguna pakai, hendak harapkan siapa lagi? Kalau bukan income dari kerajaan, siapa lagi yang nak beli Perdana berbolon-bolon? Nak harapkan orang-orang kaya yang mampu beli Merc, sudah pasti Perdana merupakan pilihan terakhir mereka. Its all about class. Lagipun, ianya hanya untuk official use, kegunaan rasmi. Urusan peribadi, nak naik limosin 15pintu pun orang tak peduli. Eh orang peduli juga, kalau kaya lain macam....makan suap lah itu.

Kerajaan Negeri sebelum ini penuh korupsi? Ya, mungkin. Mana mungkin membaiki sebuah kereta Perdana berjumlah sebegitu rupa. Dan Mat Said sendiri tidak telus, bercerita fakta mengenai dua buah kereta Perdana sahaja. DARI 16 BUAH YANG LAIN. Kalau yang dua ini sahaja bermasalah, get rid of it. Beli ganti dua buah kereta Perdana baru. Habis cerita. Kalau kos penyelenggaraan Perdana mahal sebegitu rupa, tak akan ada Perdana di jalan raya. Orang kaya bermillion pun takut nak pakai. Gaji RM10,000 baru mampu pakai. Al maklum RM3640 adalah kos servis sebulannya.

Mungkin sudah tiba masanya BPR campur tangan melihat angka yang banyak begitu. Baru dua bulan memerintah di tahun baru (merujuk kepada Deris Jusoh dan Perdana nya di awal tahun), kos penyelenggaraan sudah berpuluh ribu. Pelik pelik. Ada yang tak kena dimana-mana ni.

Apapun, Mat Said. Tolong jangan poyo sangat. Kau memanglah dilantik oleh Sultan menjadi Menteri Besar tetapi sebelum itu, kau dipilih oleh rakyat juga. Bercakap guna gigi arnab mung jer, otok sipang dok gune. Debbe lebih napok.


Mat Said, jangan bandingkan politician di Kuala Lumpur naik helicopter, apa kata kau bandingkan dengan rakyat jelata pasal kami yang pilih kau tuh. Bising pula setakat memandu kereta Mercedes dari Kuala Terengganu ke Kemaman. Oi mangkuk, aku naik kereta kancil sahaja dari Kuala Lumpur ke Besut. Jangan nak buat drama arnab lah! Kau berkhidmat untuk rakyat atau untuk kesenangan peribadi semata-mata?

Wednesday, July 23, 2008

Mahal Servis Perdana Ya...

Mengikut berita dalam suratkhabar hari ini sepertimana yang dipertahankan oleh Mat Said Menteri Besar Cita Cita Terengganu sebanyak RM175 229.97 telah dibelanjakan untuk empat tahun untuk penyelenggaraan sebuah kereta Perdana.

Mari mengira matematik mudah:
RM175 229 bahagi (4tahun x 12 bulan setahun) 48 = RM3650.00 sebulan purata.

Letak minyak sintetik bertatahkan emas 16k ke?

Kita kira lagi:

Perdana tanpa cukai RM70 000 + 4tahun penyelenggaraan = RM245 229.00. Mercedes baru sekali lumpsum tanpa cukai = RM245.000. Tidak termasuk langsung sebarang andaian kerosakan untuk 4tahun. Macam Mercedes tu tak perlu diselanggara langsung dalam tempoh tersebut. Isu keselamatan yang aku paling rasa nak berbulu macam Incredible Hulk ini. Bukan apa, bukan main Mat Said cakap, "keselamatan merupakan perkara yang penting memandangkan Exco dan pegawai kanan yang menggunakan kereta itu merupakan eksekutif tertinggi dalam kerajaan negeri yang keselamatan mereka perlu diutamakan.". Agak-agak naik Merc tu tak mati la ya? Hanya eksekutif tertinggi sahaja yang layak rasa selamat. Yang duk pangkah mereka waktu pilihanraya tu, mati kering tepi jalan kayuh basikal pun tak apa. Bukan orang penting. Penting waktu nak pangkah kertas undi 4tahun sekali sahaja.

Oh satu lagi, pekeliling tahun 2006 baca, pekeliling tahun 2007 tak baca ya? Putar alam betul. Pekeliling outdated yang diguna pakai sedangkan pekeliling tahun 2007 jelas mengatakan perlu pakai Kereta Perdana and Perdana only lah Mat Said.

Kononnya nilai jualan kereta terpakai lebih tinggi untuk Mercedes berbanding Perdana. Sesiapa pun kalau pandai matematik, boleh mengira. Bayar 70k dan bayar 245k! Sudah tentu nilai 245k lebih tinggi sepertimana semasa pembelian.

Dan setahu aku, kalau mereka hendak jual, mereka akan tawarkan kepada orang yang menggunakannya terlebih dahulu dengan harga super cheap. Jadi dimana nilai kereta terpakai yang besar itu digunakan?

Mana mungkin servis sebuah kereta Proton boleh mencecah sehingga RM3650.00 sebulan??? Kalau begitu baik sewa sahaja kereta. Tak usah beli beli-beli. Penyelenggaraan pun percuma sahaja!

Apapun, kalau screw driver untuk Program Khidmat Negara boleh mencecah RM200.00 untuk barang berharga RM15.00, tak heran kalau service RM4-500 ratus boleh menjejah ribuan ringgit. Dah biasa dah...

Monday, July 21, 2008

Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Tukar Mercedes Kompressor



Kalau pembelian kereta-kereta Mercedes ini dilakukan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat, entah berapa bakul dapat kecaman ya terutama dari TV yang lebih kerajaan dari kerajaan itu. Dengan alasan penjimatan dan keselamatan lagi tu. Secara tak langsung, mengecam Proton, (kerajaan sendiri tidak yakin dengan Proton?). Katanya kos membaiki kerosakan kereta Perdana (2 kali rosak) ialah RM50,000. Berjimatkah jika sebuah Merc sudah berharga 2.5kali ganda lebih tinggi dari Perdana itu sendiri.

Walaweh, sekali lagi, bayangkan kalau pembelian ini dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat.So much talk about ubah gaya hidup noh..Nak jimat, (dari segi minyak dan kos penyelenggaraan) pakai viva dan myvi sahajalah. Savvy pun boleh juga.

URL Pilihang: Sila klik disini, dan disini juga

Saturday, July 19, 2008

Errr, Orang Malaysia Tengok CSI La….

Tak faham kenapa polis beriya-iya hendak mendapatkan contoh DNA Anwar Ibrahim. Tak faham tak faham tak faham. Tahun 1998 dah ambil, sepatutnya sudah cukup untuk dibandingkan dengan apa sahaja bukti yang diperolehi dari celah punggung Saiful Bukharistow. Atau bukti dari mana-mana bahagian badan Saiful Buhkaristow.

Sekarang sibuk nak membentangkan akta berkenaan pungutan contoh DNA di Parlimen. Sudah tentu ia akan diluluskan kerana ianya memang bagus untuk menangkap penjenayah, walaupun aku sudah dengar ura-ura tahun lepas Malaysia nak buat satu bank data untuk DNA rakyat Malaysia. Mana lak cadangan ini tertimbus diwaktu sibuk-sibuk begini?

Makcik kampong mana yang tidak tahu pasal CSI. Kat kedai kopi pun dah mula bercakap mengenai CSI dan magiknya DNA dalam cerita CSI. Pakcik noreh getah pun tahu, apabila cakap pasal DNA ianya hamper menyamai cap ibu jari. Unik. Tidak berubah langsung dari lahir sampai mati. Kenapa mesti nak simpan-simpan contoh lama taknak guna? Ada tarikh luputkah DNA? Lagikan gali tulang dalam tanah pun, boleh kutip lagi sisa-sisa DNA nya. Itu yang makcik, pakcik dan cik kiah sendiri masih hairan. Kenapa tidak guna yang itu? Kenapa mesti cakap, contoh DNA tahun 1998 adalah untuk kes lain. Walaweh, kes lain dah habis. Transfer sahajalah kepada kes baru.

Atau, sepertimana kita sedia maklum, sistem perfailan. Mungkinkah kekecohan ini berpunca dari sistem perfailan yang failed? Sample lama sudah hilang, tidak dapat diketahui dimana ianya disimpan, data mengenainya juga sudah termasuk dalam fail di storan mana tidak dapat dikenal pasti, maka adegan drama ini bermula? Mungkin, segalanya berkemungkikan. Secara logik, sekadar perbandingan, kenapa perlu bersusah payah ke New Zealand, kalau kita boleh ke dapur untuk minum Susu Fenleaf dari New Zealand yang tersimpan di dalam peti sejuk?

TIdak lupa kepada kata-kata Anwar yang mana beliau takut DNA nya digunakan untuk mewujudkan kes, sementelah salinan laporan polis pun tidak diberikan kepada beliau. Huhu. Sama-samalah kita fikirkan bersama.

Kepada pihak berkuasa, drama CSI mungkin too good to be true, tetapi tidak bermakna tiada ilmu pengetahuan yang diutarakan didalam ceritanya.

Friday, July 18, 2008

Spekulasi Itu Sedap

Tertanya-tanya kenapa pihak polis masih tidak mahu memberikan salinan laporan polis oleh Saiful Bukharistow kepada pihak Anwar Ibrahim. Jika pada hari Isnin yang lepas, pihak polis menggunakan alasan kerana Anwar tidak hadir di Ibu Pejabat Kontijen Polis jadi tiada salinan diberikan.

Jadi, kenapa pula sekarang, selepas ditangkap dengan penuh bergaya, selepas bermalam semalaman di dalam tahanan, atas apa alasan lagikah salinan laporan polis tidak diberikan? Kenapa? Kenapa? Aku taknak buat spekulasi, tetapi minda sempit aku tak tercapai akal, kenapa masih tidak mahu memberikannya. Takkan nak ubah-ubah kot?

Bukankah dengan hanya membayar RM2, salinan laporan polis akan diperolehi? Aduh, sesungguhnya aku betul-betul tak fahamlah.

Thursday, July 17, 2008

Dimana aku, Malaysia Atau Pakistan?

Mengikuti episod penahanan Anwar Ibrahim petang semalam, memang tiada rasa terkejut sedikit pun. Walaupun di huha huhakan oleh banyak pihak berkenaan penahanan beliau. Cuma satu yang aku tak faham, KENAPA, KENAPA BAGI DEADLINE KALAU TETAP TAK SABAR MENUNGGU DEADLINE SAMPAI TERUS PERGI AMBUSH MACAM TANGKAP PENGEDAR DADAH COLUMBIA KETIKA MASA MASIH BERBAKI 45MINIT DARI DEADLINE? Kalau dah berniat nak tangkap, hari Isnin apabila dia tidak muncul, tahan sahajalah. Kalau begitu kuranglah sedikit isu.

Aku ingatkan mereka ambush pembunuh Nurin Jazlin, atau penculik Sharlinie di Segambut semalam, sampai anggota polis Unit Khas perlu turun, sampai penuh orang menunggu di IPK Jalan Hang Tuah. Rupanya cuma menangkap tertuduh peliwat. Ada yang kata mungkin aku sudah termakan dengan drama Anwar. Katanya Anwar memang tiada intention hendak ke IPK. Nah, kalau dia tidak ada intention sekalipun, tahanlah dia pada jam 2.00petang lebih satu saat. Tidaklah menampakkan buruknya pihak yang menangkap.

Berita ini sudah menjadi berita antarabangsa. Jadi nama siapa yang buruk, polis Malaysia? Kerajaan Malaysia? Atau Anwar Ibrahim? Yang nampak buruk sudah tentu polis dan kerajaan Malaysia, nampak Anwar macam dizalimi dan dipandang hero oleh makcik-makcik, atuk nenek di kampung halaman. Orang luar negara bukan tahu bagaimana Anwar boleh menjadi seorang manipulator atau bagaimana Anwar bijak berdrama, berita yang akan mereka dengar (kerana Anwar merupakan kegemaran negara luar) adalah Anwar ditangkap sebelum deadline! Itu sahaja.

Entah kenapa tiba-tiba aku teringatkan Pakistan dan Benazir Buttonya. Bezanya Benazir Butto pernah menjadi Perdana Menteri. Beliau hidup dalam buangan, kembali ke Pakistan dan sebagainya. Bukan kes tembaknya yang menjadikan aku teringatkan persamaan Pakistan dan Malaysia. Persamaannya ialah, nama tokoh pembangkang lebih dikenali oleh orang luar negara kerana pelbagai cerita yang mengambarkan kerajaan tak berapa baik kalau hendak dibandingkan dengan pembangkang tersebut.


Apakah kita, mahu orang negara luar apabila menyebut Malaysia, mereka menyebut nama Anwar Ibrahim lebih hero, lebih baik, lebih bijak memberi pandangan dan idea lebih dari nama Perdana Menteri Malaysia, sepertimana yang kita semua lebih teringatkan Benazir Butto lebih dari Perdana Menteri Pakistan?

Wednesday, July 16, 2008

Cukup Makan Tak?

'Harga minyak naik, rakyat kita cukup makan juga'

Walaweh, Sabery, pasti ke rakyat cukup makan? Rasanya sejak kenaikan harga barang, bukan cukup makan, cukup-cukup makan sahaja. Sah tak tengok Bersamamu.
Cukup makan = tak jadi masalah makanan masih affordable.
Cukup-cukup makan = makan sekadar supaya tak tumbang sahaja, ikat perut demi survival.

Kata guna duit negara untuk stabilkan harga barang-barang, kenapa harga barang makin mahal juga? Beras naik sehingga hampir 50%. 3 bulan dulu, beras cap rambutan 5kg hanya berharga RM10.50. Sekarang beras jenama sama, 5kg berharga RM19.00! MP dan Menteri senang bercakap, sebab segala jenis perbelanjaan boleh dituntut kembali. Alangkan elaun hiburan dipotong 50% pun tak menjadi masalah. Elaun lain berlambak lagi tersembunyi.

Apapun, nak makan maggie pun dah mahal sekarang wo. Tak cukup makanlah!

Debat, Satu Dalam Sejarah

Ya, lagi bersejarah kalau lawan Anwar ialah Timbalan Perdana Menteri atau Perdana Menteri, Tapi, menteri penerangan okaylah dari tak ada langsung. At least, menteri penerangan baru ini mempunyai visi dan menyediakan sedikit ruang untuk pembangkang muncul di kaca tv dengan penuh bergaya. Ruang kepada bloggers untuk bersuara juga. Kalau lah masih di zaman encik menteri penerangan Zainudin Maidin, rasanya tidaklah ruang untuk pembangkang seperti sekarang. Jangan lupa layan youtube Al Jazeera vs Zainudin Maidin kalau nak tengah rasa sedih dan gundah gulana, ia seperti mendengar drama radio versi kelakar!

Satu pujian untuk Sabery Chek yang sanggup berdepan dengan Anwar. Sanggup juga membuat research sebelum naik ke pentas untuk berdebat. Tapi sepatutnya debat ini berkait dengan bagaimana harga minya boleh diturunkan lagi. Dan kemudian agak hilang fokus apabila Sabery mula membuat serangan peribadi kepada Anwar. Sejarah tahun 1974 pun mahu cerita ka? Apa kena mengena 1974, zaman Anwar muda mudi dulu punya cerita, dengan demonstrasi jalanan, dengan konsert di stadium dengan cerita bagaimana harga minyak boleh diturunkan?

Sepatutnya, Sabery lebih fokus, suka pula aku apabila Anwar dengan serta merta mematahkan ayat Sabery apabila berkata, jangan dibanding dengan Norway kerana pendapatan perkapita mereka adalah berkali ganda lebih tinggi dari Malaysia dan sebagainya. Ya, itulah ayat rakyat Malaysia. Jangan suka suki kerajaan nak putar belitkan ayat, nak bandingkan harga minyak kita dengan orang. Singapura RM5 ringgit lebih, Malaysia RM2 lebih. Matawang Singapura vs Malaysia taknak kira? Pendapatan purata tak dikira sekali.

Apapun, Anwar pun sama, pada mula berdebat membuat serangan peribadi kepada Sabery (yang memungkinkan Sabery merasa dia pun boleh membuat serangan peribadi). Kalau ada yang tak perasaan, serangan Anwar kepada Sabery ialah semasa Sabery dalam Semangat 46, Sabery juga tidak lepas dari mengutuk kerajaan. Dan aku suka apabila Anwar membuat hujah penggulungan yang mengatakan dia tidak mahu menjawab serangan peribadi Sabery kerana ini bukan tempatnya! Nah ambil kau sebiji!

Apapun, debat ini tidak mungkin menurunkan harga minyak, tetapi aku menghormati ke dua belah pihak yang sangat professional. Sabery juga sangat gentleman, dan sekurang-kurangnya berani keluar berdebat. Yang lain tidak mungkin akan mengambil tindakan ini. Sekali lagi aku bayangkan Zainudin Maidin di pentas, dengan kalutnya, dengan gagapnya, ya ampun. Tidak tidak tidak. Hahaha.

Sudah pasti, rating Awani, Bernama TV dan TV9 sangat tinggi malam tadi. Semua orang yang biasa layan cerita-cerita tak berfaedah (aku pun!) semua beralih saluran.

Tuesday, July 15, 2008

Roadblocks Proved To Be “Successful”

Kata Paklah, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi has defended the police for setting up roadblocks around the city in anticipation of a public demonstration, causing massive traffic jams. The police, meanwhile, said the roadblocks would continue as they have been “successful”.

Kata Syed Hamid Albar, While apologising for the traffic jams brought about by heightened security arrangements in the city, Home Minister Datuk Seri Syed Hamid Albar maintained there was proof that mass demonstrations were planned by Parti Keadilan Rakyat. We were taking preventive measures. We can't wait for things to happen,"

Kepada Syed Hamid Albar dan Paklah, yang mempunyai pegawai polis escot dengan motor bertempik suruh orang bagi laluan, jangan bercakap soal mohon maaflah, jangan bercakap soal bersabar menghadapi jalan sesak. Sesungguhnya, kamu tak layak!

Gambar diambil dari NST dan The Star





Posted by Picasa

Contoh Berita Bohong Dari Pak Menteri

Buletin Utama, (walaweh buletin utama lagi, kata menyampah tapi tengok tiap-tiap hari!) hari ini membuktikan seorang menteri boleh berbohong secara hikmat layang-layang di langit ke tujuh. Hampir aku pengsan akibat pembohongan yang amat ketara itu.

Siapakah menteri yang berbohong, mereka cerita yang tidak betul dan kantoi dalam sekelip mata eh bukan, kantoi dalam masa yang sama itu? Syed Hamid Albar namanya. Menteri Dalam Negeri ya.

Contoh berita palsu dari mulut menteri berkenaan dalam temubual dengan wartawan TV3,

ayat lebih kurang berbunyi begini;
'Minta maaf kepada warga kuala lumpur (chitpodah!, malas maafkan!) kerana mengalami kesesakan. Kita terpaksa buat begitu sebab sekian sekian. Kalau tak sekat jalan, tah apa yang terjadi. Buktinya mereka tidak dapat menghampiri Parlimen, mereka timbulkan kacau bilau di Pasar Seni'

Ya itu lah ayat lebih kurangnya, tetapi perlu ditekankan perkataan kacau bilau itu. Amat mengharukan pembohongan Menteri Dalam Negeri itu kerana hanya beberapa minit sebelum itu, buletin utama menyiarkan video ahli PKR di Pasar Seni dan membuat bicara ini 'Perhimpunan itu dinasihatkan bersurai oleh pihak polis dan mereka bersurai dengan aman selepas berkumpul dua tiga minit'. (ayat lebih kurang, sila streaming Buletin Utama untuk ayat sebenar!).

Terima kasihlah TV3. Terima kasih juga kerana dengan adanya video streaming di laman web TV3, kita boleh tonton pembohongan seorang menteri ini berkali-kali. Terima kasih TV3 kerana secara tidak sengaja membongkar pembohongan seorang menteri. Nampaknya, lepas ini TV3 terpaksa mengkipas dengan lebih kuat, sebab sudah terlepas edit menteri menipu. Muka punyalah yakin, tetapi berbohong rupanya.Kalau tak tahu apa yang berlaku, usah diulas ya Pak Menteri.

Monday, July 14, 2008

Komen Terbuka Untuk K Kompak

Aku membeli sebuah majalah kereta pada hari jumaat yang lalu. Majalah K Kompak keluaran no 43. Untuk makluman bagi yang tidak tahu, K Kompak merupakan sebuah majalah yang memfokuskan kepada berita dan cerita mengenai kereta-kereta kompak ubahsuai yang berada dijalan-jalan raya seluruh Malaysia.

Menyelak helaian demi helaian majalah berkenaan membuatkan aku terasa seperti bercakap dengan rakan-rakan sesambil lepak minum teh di mapley. Terkejut pun ada tersangkut di minda aku.

Adakah artikel-artikel dalam majalah ini menjalani proses proof reading? Adakah sesiapa yang menjadi editor untuk majalah ini? Apakah begini mutu majalah kereta tempatan?

Kenapa soalan ini berlegar di minda aku? Ya kerana gaya bahasa penulisan wartawan nya yang amat menyedihkan. Gaya bahasa budak budak main kereta gitu. Bruder, ada bran?, apa cer?, ganti nama 'aku' dan sebagainya.

Bukankah seharusnya gaya bahasa di dalam sesebuah majalah haruslah bahasa standard? Bukan bahasa kedai kereta potong. Bagaimana orang hendak menghormati majalah nyamuk-nyamuk begini sekiranya bahasa yang digunakan bagai hendak tak hendak menyiapkan majalah?

Kalau diperhatikan, majalah-majalah permotoran import, bahasanya sangat indah dan standard. Barulah nampak tinggi tahapnya. Barulah kita pun yakin hendak membelinya. Majalah permotoran lain yang berbahasa melayu juga tidak kurang cantik bahasa yang digunakan.

PS: Akan diedit siap dengan gambar artikel yang menyebabkan aku kecewa dengan tahap mutu majalah ini. Editor, wartawan majalah mungkin boleh jawab, sukahati akulah..majalah aku. Tak suka tak payah beli. Ya, tak suka tak payah beli tetapi hakihatnya, kalau bahasanya tahap pasar begitu terus dikekalkan, mungkin jualan akan terus drop kot.

Roadblock yang Menyusahkan


Sumber gambar, the star online!


Aku delete entry dengan link ini selepas baca banyak berita-berita yang mengatakan Pakatan Rakyat tidak ada rancangan nak bergather gather hari ini di Parlimen. Jadi encik Polis sahaja suka suki sekat jalan nak bagi orang susah.


Atau dalam konteks kes hari ini, nak membuatkan 'city folks' menyampah dengan Pakatan Rakyat, perang psikologi yang sudah tentu aku sendiri pun memang kaw kaw kutuk pagi ini. Aku tarik balik! Aku nampak perancangan lain, perancangan yakni 'buat roadblock banyak-banyak, nanti rakyat mesti menyampah dengan Pakatan Rakyat yang menyusahkan!'


Saya suka roadblock. Sila buat tiap-tiap hari. Mulakan dari pukul lima pagi setiap hari! Al maklumlah, harga minyak Malaysia sangat murah. Apalah sangat membazir setiap hari waktu pergi balik kerja, iya tak?

Usul tidak percaya kepada Paklah ditolak? Tidak ada yang pelik. Sudah terjangka. After all, siapa yang lantik Yang Di Pertua Dewan, kan?

Saturday, July 12, 2008

I AM SICK OF I HAVE PROOF!!

Ezam, Anwar, sesiapa sahajalah, jangan main drama swasta minggu ini lah. I am sick of it. Rasa nak muntah. Muntah warna oren campur biru campur warna unggu sekali.

Tak payahlah lagi nak ugut-ugut 'saya ada bukti, saya akan kemukakan apabila tiba masa yang sesuai'.

Terbaru Ezam, 'saya akan kemukakan rahsia PKR jika hinaan dan serangan peribdi kepada saya tidak dihentikan'.

IF you have something to share, just throw it on the table. Jangan berdolak dalih. Sah sah tiada apa. Baik di pihak Ezam, Anwar, Najib, Paklah dan semua orang lagi. Malah laman blog yang dakwa mereka ada klip video Khairyl Jamaluddin buat dot dot do pun sampai sekarang tak keluarkan apa-apa. Why? Because you, you and you just talking bullshit and nothing more.

Do not ever believe when people said they have proof and will share it on the right time.

Macam umpan psikologi kanak-kanak,

Contoh ayat:
Kakak: Kalau adik duduk diam, nanti akak bagi teddy bear besar yang kita tengok hari tu.
Adik: Betul kak?
Kakak: Betul betul. Akak bagi dua teddy bear besar itu.
Adik: /duduk diam je.
Kakak: /tengok adik duk diam. (dalam hati: menjadi taktik aku! boleh keluar pergi dating dengan buruh bangla pakai topi kuning buat bangunan, usahkan teddy bear, aiskrim pun tak berniat nak bagi).

Nampak ironinya: Ayat-ayat 'saya ada bukti' hanya sekadar umpan semata-mata. Aku tak akan percaya perkataan 'saya ada bukti' selagi belum keluarkannya.

Kemaluan Buletin Utama

Sedap bercakap pasal fitnah apabila nak menangkan Najib, siap jadi rancangan Al Kuliyah seketika. Berita dua hari lepas, fuh..ganyang habis. Menteri Besar sebuah negeri naik jet sewa ke negara jiran. Kata nak jimat, berbelanja mewah. Chewah...tak kaji tak selidik...terus tembak dalam berita waktu perdana.

Lagi hamprak apabila menyebut 'seseorang' mengirimkan klip video itu kepada TV3. Walaweh, sebodoh bodoh aku dalam bidang fotografi dan video, aku boleh beza video amatur atau video professional. Takkanlah gambar terang benderang bak cahaya matahari itu dirakamkan pakai telefon bimbit Sony Ericsson K850i kot? Gambar tajam, jelas itu sudah pasti diambil oleh professional. Siapa lagi paling professional bab bab menyampai berita belum tentu benar ini kalau bukan TV3? Lagipun selalunya, kalau video amatur, siap tulis gambar oleh amatur atau sesuatu yang lebih kurang.

Lagi parah, apabila jet sewa itu dinaiki oleh Tunku Bendahara Kedah. DISEWA OLEH ISTANA. Ha, ambil kau kerajaan negeri membazir! Tak menderhaka pula kalau macam ni ya? Nak cover balik, eh malam ini isu payung kuning pula dinaikkan. Oi tukang tulis berita, payung kuning berlambak kat pasar malam jual. Kat kedai barang pengantin pun berlambak. Tak boleh pakai ke? Yang negeri-negeri lain duk membazir kau taknak pergi intai juga ke?

Bias bias bias, selepas 100 hari, nah...masa untuk memburukkan negeri diperintah Pakatan Rakyat bermula lagi. 100 hari di Kedah, 100 hari di Selangor, 100 hari di Perak, 100 hari di Pulau Penang. Di negeri negeri lain yang cukup 100 hari juga dan diperintah oleh Barisan Umno tu ada perubahan drastik dah ke? Dah ada bangunan 50tingkat dah ke kat Besut Terengganu?

PS: Sakan betul TV3 bab bab mengata orang tanpa usul periksa, yang itu tak termasuk dalam kategori fitnah juga ke?

Friday, July 11, 2008

Menarik Buletin Utama Malam Tadi

Paklah Umum Letak Jawatan
Nak bagi orang puas hati ke? Al maklumlah, ramai yang mendesak beliau letak jawatan. Tapi, walaweh, perlukah umum sekarang? Di waktu orang yang akan mendapat jawatan tertinggi itu penuh dengan kontroversi, Antatuya lah, Rosmah lah, Anwar lah, Saiful lah. Tunggulah imejnya pulih sedikit kot ya pun.

Lama sangat dua tahun nak bagi orang Malaysia bersedia. Bukan apa, rancangan kat Malaysia tak selalunya berjaya. Contoh rancangan separuh jalan.

1. Jambatan Bengkok Malaysia - Singapura. Setelah berkeras bagai tiada esok lusa bagi Singapura... akhirnya batal
2. Rakyat asing tak boleh beli petrol dalam lingkungan 50km radius dari sempadan. Tiga hari je berkuatkuasa! Lepas tu batal

Najib Berdrama
Paling 'sesuatu' apabila Najib mengumumkan 'Saya berharap hubungan kami berdua akan berkekalan' Walaweh. Couple ke Najib dgn Paklah ni.. kekeke. Aku taula maksudnya nak perli Tun M, tapi cari ayat yang sesuai boleh?

Khir Toyo
Awat dah serabai? Mana resepi tempe botox yang melicinkan dan menegangkan kulit muka you tu? Tak cukup duit nak maintain cucuk vitamin C ka?

Nora Danish
Kes penceraian Nora dengan suaminya. Aku teringat waktu dia memula muncul dalam iklan Hotlink menjadi awek dalam LRT dan memakai maskot di funfair itu. Sungguh cute dan comel.

Kerajaan Kedah
Cerita pasal jet sewa ya? Bagaimana dengan gambar Najib dalam New Straits Times yang berkempen untuk BN menaiki pesawat ATM itu? Huh.

Salon vs Saloon

Bukan seorang dua, ramai yang terkeliru. Menganggap perkataan Saloon merupakan bahasa Inggeris dan Salon adalah bahasa cedukkan dari Saloon yang dibahasa melayukan. Jangan terkeliru lagi. Buat tergelak orang putih melihat sahaja.

Seperti kad perniagaan di bawah ini. Beauty Slimming Saloon eh?

Saloon: Kereta empat pintu @ Tempat tradisional minum arak @ Tempat kabin crew dalam bot lepak.

Salon: selalunya dikaitkan dengan tempat hair dressing, cat kuku dan sebagainya.


Jangan terkeliru lagi! Beberapa hari lepas rakan sekerja aku tidak sudah-sudah tergelak apabila bercerita mengenai beauty-beauty shop sekitar Kuala Lumpur tanpa segan silu mempamerkan nama kedai mereka sebagai 'Saloon'



Posted by Picasa

Thursday, July 10, 2008

Anwar Terancam, Saiful Terancam, Siapa Yang Ancam?



Sehari selepas laporan polis dibuat oleh Saiful Bukhari berkenaan dia diliwat oleh Anwar Ibrahim, maka Anwar Ibrahim segera berlari ke kedutaan Turki mengatakan yang nyawanya terancam. Dek siapa, dek apa, tidaklah pula diberitahu atau dihebohkan kepada media.

Akhbar New Straits Times hari Isnin lalu pula menyiarkan muka depan berkenaan Saiful berasa dirinya terancam. Dek siapa? Tidak pula dikhabarkannya. Cuma terancam sahaja, malah siap nak minta perlindungan oleh pihak polis lagi tu!

Ok, dah habis episod terancam dan terancam, kalau dah dua-dua pihak rasa takut dah terancam...siapa yang mengancam mereka? Hantu kah?

Wednesday, July 09, 2008

Ayu dan ACER



Pernah jumpa kucing obses dengan teknologi? Ini ha, Ayu obsess dengan notebook ACER adik aku. Ada aje dia berhampiran, di tepi, disebelah kekadang diatas notebook pun dia lepak.

PS: Kalau ada yang terchatting dengan seseorang yang mengaku dia bernama 'Ayu', awas, mungkin si gebu ini yang berchatting. Tengok tu, siap tekan-tekan keyboard lagi. :)







Nota kaki: Gambar Ayu dan ACER yang atas sekali adalah promosi percuma kepada ACER. Diedit gambar oleh saudara
Hasan Khairullah
Posted by Picasa

Tuesday, July 08, 2008

Tiga Hari berlalu, Apa Impak PROTES?

Protes kenaikan minyak di stadium Kelana Jaya pada hari ahad yang baru berlalu menimbulkan persoalan dihati aku. Selain digunakan sebagai pentas ceramah politik, apa impak dan kesan protes minyak itu ya? Harga minyak masih belum turun, pemimpin parti pemerintah masih pejam mata juga.

Yang paling diperkatakan tak lain tak bukan, bontot penyanyi Carburator Dung adalah! Come on, what were you thinking man? Tahulah maksud dung tu..najis binatang. Takkan nak tunjuk dari mana lak keluarnya dung itu pula. Apapun, aku salute lah juga dengan kumpulan ini, tak macam artis lain hipokrit. Apabila ditemuramah, semuanya pemerintah bagus, almaklum takut kena gam tak boleh cari makan! Sesekali tengok artis melawan arus pun seronok juga.

PS: Aku ingat protes itu merupakan protes kenaikan harga minyak, tak sangka pula siap jemput penghibur lagi! Dah macam nak lawan konsert Jom Heboh kat Johor pula kaedahnya.

Saturday, July 05, 2008

Buletin Utama a.k.a Jejak Rasul a.k.a Forum Perdana Ehwal Islam

Menonton berita di tv3 malam ini membuatkan aku dan adik aku riuh bergelak ketawa. Bukan ketawa apa, ketawa keliru. Tak sangka pun iya.

Dalam kecoh kecoh pasal Anwar liwat Saiful, dalam kecoh-kecoh Rosmah terlibat dengan pembunuhan Antatuya, dalam heboh-heboh Najib ada hubungan dengan Antatuya, dalam heboh-heboh Bala hilang selepas membuat pengakuan bersumpah ke dua, maka TV3 melalui Buletin Utama menjadi rancangan Jejak rasul dan Forum Perdana Ehwal Islam dalam satu.

Sejak bila rencana mengenai fitnah merupakan satu jenis berita? Haha. Diceritakan fitnah oleh Zulaikha di zaman nabi Yusuf a.s (jejak rasul), diceritakan keburukan fitnah dan siap dengan segala macam ayat-ayat Quran (forum perdana ehwal islam). Bukan tidak bagus, cuma tidak kena tempat. Siapa yang hendak ditujukan dengan rencana itu ya?

Apapun, cukup membuatkan aku rasa terhibur dan tergelak. Macam menonton 3 cerita dalam satu berita. :)


Posted by Picasa

Friday, July 04, 2008

Apa Barang Kenyataan Bersumpah

Kenyataan Bersumpah penyiasat peribadi Abdul Razak Baginda memang menyebabkan berita jam lapan macam sekejab sangat berlalu (bak kata Wawa). Lagi menarik apabila kenyataan itu mengaitkan secara terus dengan Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Najib Tun Razak.

Tambah menarik, tak sampai 24 jam sudah tarik perenggan sana perenggan sini. Masa buat kenyataan bersumpah, tidak ada fikiran apa consequencesnya ya? Atau masa buat kenyataan bersumpah, darah panas, membuak-buak? Kenapa apabila sudah diedarkan kepada semua media, baru hendak tarik balik beberapa kenyataan? Dah tak laku dahla sumpah kau itu. Mana ada kenyataan bersumpah boleh main tarik-tarik balik macam tarik tali layang-layang?

Dan kepada Encik Anwar, tak payahlah nak ugut-ugut nak keluarkan bukti-bukti ke atas Najib dan sebagainya, apa kata, buktikan dulu yang hang tu tidak bersalah meliwat orang. Kan senang. Dan sejak dulu Encik Anwar ni, banyak betul kononnya berita suspen, cakap bergegar-gegar. Ahli MP BN nak masuk PKR tapi masih taknak bagitahu siapa empunya diri, bukti ke atas najib dan sebagainya, kalau dah terang nyata ada bukti. Nah keluarkan. Tak payah berteka teki! Aku pun boleh kata nak keluarkan bukti Anwar liwat Najib or vice versa, tapi pada masa yang sesuai tapi sampai ke sudah tak bagi bukti.

The Chronicles of Najib: The Anwar, The Saiful and The Antatuya

Baca tajuk di atas dengan rythm The Chronicles of Narnia: The Witch, The Lion and The Wardrobe.

Dalam berita jam 8 beberapa hari lepas, Najib kata dia tak kenal Saiful. Katanya, kalau adapun gambar Saiful di pejabatnya, hanya kerana Saiful datang memohon biasiswa. Al maklum, Saiful merupakan ketua pelajar UNITEN (erk, aku baca blog orang, kata dia timbalan sahaja). Dan, aku tak tahu pula kita boleh pergi terus ke mana-mana kementerian untuk memohon biasiswa. Lemau rupanya aku.

Tapi malam tadi, sesungguhnya aku nampak encik Najib hampir tersungkur. Goyah, tak tetap pendirian. Dalam sidang akhbarnya, beliau memberitahu yang beliau tidak pernah mengenali wanita Mongolia yang mati dan diletupkan dengan C4 itu. Tetapi bukankah, Abdul Razak Baginda ada memberitahu yang beliau memperkenalkan Antatuya kepada Najib? Press conference sepatutnya menjadi tempat soal jawab, tapi Encik Najib hanya membaca teks ucapan.
(Takut kalau tak baca teks ucapan mengenai kes Antatuya tersalah sebut mungkin?)

Dan akhirnya apabila tiba soalan mengenai Saiful dan Anwar, nah...ketika ini tiada skrip. Tiada teks ucapan. Hanya ada otak yang perlu berfikir dengan cepat apa yang perlu dituturkan. Maka terkeluarlah ayat Saiful ada datang jumpa saya mengadu mengenai dia diliwat oleh Anwar. Saya pemimpin, sudah tentu perlu mendengar masalah rakyat. Pada mulanya saya tidak percaya, takkan Anwar hendak meliwat orang. Wah wah wah, tak sangka betul, senang rupanya jumpa Timbalan Perdana Menteri. Lepas balik kerja nanti, aku nak singgah di Putrajaya, nak pergi mengadu kat Najib mengenai aku tak cukup duit tambang naik bas. Agak-agak dapat tak aku lepasi pintu lift menuju ke ruang pejabatnya? Apatah lagi hendak berjumpanya di rumah, sepertimana yang Saiful Bukharistow mendapat kelebihan?

Dan Encik Najib, sila jangan berbohong. Hilang sudah sisa-sisa penghormatan terakhir aku kepada Encik Najib.

Hard disk Failure atau Market Failure?

Secara co insidentnya, semalam Bursa Malaysia ditutup separuh hari. Hampir serentak dengan pengumuman sidang akhbar Anwar Ibrahim dan akuan bersumpah penyiasat peribadi Abdul Razak Baginda. Dengan alasan hard disk failure.

Betul ke hard disk failure? Seingat aku, dalam sejarah Bursa Malaysia tidak pernah berlakunya hard disk failure. Jadi, aku tergelak sedikit, secanggih canggih Bursa Malaysia, tidak ada backup yang auto boleh up kalau main frame utama fail ke?

Atau hard disk failure merupakan alasan untuk menutup market failure? Sudah tentu dengan keadaan semalam, market akan jatuh merudum dum dam dum. Apa salahnya rugi 450million, kalau boleh elak rugi berbillion? Iya tak?

Jadi, soalan yang masih berlegar di kepala aku, hard disk failure atau market failure?

Thursday, July 03, 2008

Apa Maksud Inflasi?

Semalam adik aku bertanya maksud inflasi setelah melihat di kaca televisyen berkenaan jangkaan inflasi meningkat sehingga 6 dan 7 peratus sebelum akhir tahun 2008. Aku menerangkan serba sedikit maksudnya. Dengan penerangan panjang lebar, aku terlupa untuk memasukkan unsur penting.

Aku terangkan, kalau dahulu pengguna beli 2 botol shampoo sebulan, sekarang pengguna dah tak mampu nak beli walaupun sebotol shampoo. Rupa-rupanya aku terangkan lima kilometer setengah lebih panjang dari apa yang seorang pelajar jurusan Electrical Engineering perlukan.

Maksud inflasi yang mudah ialah:
1. Semalam RM1.00 boleh beli pisang goreng 6 keping, hari ini RM1.00 boleh beli pisang goreng 2 keping sahaja.
2. Kehilangan kuasa beli akibat dari kenaikan harga barangan asas. Yes, oil included!
3. Nilai seringgit hari ini kurang berbanding semalam.
Kita bukan ahli ekonomi yang perlu kaji dengan penuh teliti sehingga hendak mengukur Index Harga Pengguna dan had jumlah wang di pasaran dan sebagainya.

Kenapa aku up entry yang aku memang tak mahir ini? Kerana pada malam tadi juga, aku sms rakan aku, bertanya jikalau dia tahu apa maksud inflasi? Dia menjawab, word yang catchy, sedap di sebut, dan dia marah-marah apabila diberitahu jangkaan meningkatnya inflasi tetapi dalam masa yang sama rupanya tidak faham pun maksud inflasi itu sendiri.

Kalau ada yang boleh terangkan maksud inflasi dengan lebih jelas dan mudah, boleh terangkan pada aku tak?

Oh, kemelesetan ekonomi itu pula bermakna pergerakan wang yang lemah dalam pasaran. Orang tiada duit atau takut nak berbelanja sehingga menyebabkan kelembapan ekonomi.

Tuesday, July 01, 2008

Oi Oi..Lampu Merah Bang!

Ho, semalam aku ke pasar malam. Tak tengok berita jam lapan. Abah aku mendail telefon bimbit yang aku tak bawa dengan sengaja, secara infiniti. Tak berhenti-henti. Risau aku terbabit dengan insiden tersebut kot. Sementelah aku dan adik aku sama-sama tak bawa telefon. Huhu

Kemudian aku mula mengoogle, dan membaca berita mengenai kemalangan ngeri yang membabitkan lori treler serta 13 kenderaan yang lain di Puchong Jaya yang sebenarnya di jalan belakang kalau tak silap aku dari IOI Puchong.

Mengikut berita yang aku baca, kegagalan lori treler itu berhenti di persimpangan setelah lampu bertukar merah merupakan faktor utama kejadian ngeri itu berlaku. Walaweh, lampu merah untuk berhenti, lampu kuning sedia untuk berhenti. Lampu hijau untuk jalan! Apa susah sangat nak faham. Udahlah namanya lagi, lori treler. yang brek angin.

Aku dah serik dengan langgar lampu merah. Kena saman tak boleh kurang, RM200 cukup buat aku serik. Sebab tu, kalau sesiapa naik kereta dengan aku, aku akan nampak sangat skima apabila sampai di lampu isyarat, lampu kuning pun dah cukup buat aku bersedia untuk berhenti, bukan bersedia tekan minyak untuk cuba beat the red colour lor! Apalah sangat berhenti seketika di lampu merah daripada buta warna dan merempuh 13 kenderaan lain dan seterusnya membawa kematian?

Apapun, ramai yang kata padan muka pemandu lori tu. Tidak tidak tidak. Memang serve him right, tapi bagaimana dengan pemandu-pemandu dan penumpang kereta lain yang dirempuhnya? Bagaimana dengan penunggang motosikal yang tersadai dibawah lori treler tersebut? Iya, pemandu lori itu sudah pasti ditarik lesen memandunya seumur hidup, hidup penuh sesalan kerana mengakibatkan kematian orang lain. Bagaimana dengan ramai yang tidak bersalah dan menanggung akibat kecuaian dan kelalaian pemandu tersebut?

Apapun kejadian ini perlu kita semua ambil iktibar. Setakat nak laju dua tiga minit, baiklah berhenti di lampu isyarat. Ada sebab lampu isyarat a.k.a Robot di letak di sesuatu persimpangan. Jangan kerana kita nak cepat, sudahnya membunuh dan terbunuh. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian, tidak berguna.

Sekitar gambar kemalangan ngeri lori treler itu, yang dikompil dari akhbar-akhbar tempatan,
Berita Harian, New Straits Times, The Star. Sayangnya berita kesedaran begini dikecilkan dan tidak diberi perhatian sangat akibat drama Anwar Ibrahim, Saiful Bukharistow, Najib dan Paklah. Adeh.