Monday, June 02, 2008

Taman Tamadun Islam ka?

Di hari Jumaat yang lepas, sempatlah aku berkunjung ke satu tempat yang agak errr amat kontroversi sewaktu awal-awal perasmiannya iaitu sekitar kawasan Pulau Wan Man. Ala, Pulau Wan Man yang ada masjid paling havoc di Malaysia tulah. Masjid Kristal. Semperna cuti sekolah, aku bawa adik-adik aku ke sana. Beserta mak dan ayah sekali. Maka berjalanlah kami ke Masjid Kristal. Tidak ada apa sangat yang hendak dilihat kecuali masjid Kristal. Yang menjadikan satu jam perjalanan sungguh rasa tidak berbaloi. Masjidnya agak kecil.


Sebenarnya, aku tidak ingin bercerita lanjut mengenai Masjid Kristal. Kalau nak tengok sila pergi sendiri. Aku nak bercerita mengenai Taman Tamadun Islam. Yang letaknya berhampiran dengan Masjid Kristal. Aku mengambil keputusan untuk masuk ke taman itu. Oh, ada diskaun 50% semperna cuti sekolah. Ini sudah lebih dari bagus. Bayaran dewasa dari RM20.00 di turunkan kepada RM10.00. Bagi kanak-kanak pula, bayaran dikurangkan menjadi RM5.00.

Maka berjalanlah aku terkedek-kedek masuk ke dalam taman itu. Nah, terus rasa blur. Apa yang hendak dilihat? Kami diberi buku bernama pasport Taman Tamadun Islam di pintu masuk. Menurut penjaga pintu masuk, pasport ini hendaklah di cop di semua monumen yang kita pergi. Oh, TAPI BUAT MASA INI, HANYA MASJID NEGARA sahaja yang boleh dicop. Yang lain belum siap sepenuhnya. Ok tidak mengapa.

Sampai di depan permainan, aku dah dua kali blur. Tidak tahu apa yang hendak dibuat. Ke mana hendak dituju. Apa yang hendak dilihat. Aku bertanya di kaunter pertanyaan, katanya naik TRAM percuma (TRAM (kenderaan pengangkutan untuk mengelilingi seluruh taman). Ok, aku ambil keputusan nak naik TRAM. Melanguk tunggu di tepi replika masjid China, TRAMnya tak sampai-sampai. Oh sudahkah aku sebut, yang replika itu masjid itu langsung tidak boleh disentuh. Siap papan amaran 'dilarang sentuh, hargai kerja anak watan'. What?? Bayar RM10.00 tapi tak boleh sentuh apa-apa?? Monumen tu diperbuat dari span basuh pinggan ke? Ke kaca kristal? Sampai tak boleh sentuh? Batu bata je aku nampak. Jadi apa salah dengan menyentuh? Buat taman berjuta takkan fragile gile monumennya? Adeh


TRAM kemudiannya sampai setelah tunggu hampir 15minit, dan bilangan orang yang nak naik tidak boleh ditampung oleh TRAM yang kecil itu. Ini satu hal lagi, hari Jumaat ramai pengunjung tak ada initiatif nak banyakkan TRAM? Akhirnya aku bagi peluang untuk adik-adik kecil dan mak ayah aku naik TRAM. Aku decide jalan kaki dengan adik perempuan aku.


Semasa jalan kaki baru aku sedar, taman tu tak besar mana pun. Adalah agaknya saiz dua setengah padang bola. Dan kebanyakkan belum siap sepenuhnya. Landskap belum siap. Monumen belum siap. Banyak tempat belum siap. Jejambat belum siap. Kayu kayan berselerakan di sana sini. And yet they charged us RM10.00 per head????? Sepatutnya kalau tak siap jangan buka atau masuk percuma sahaja. Kalau setakat masuk tengok orang tengah bekerja nak siapkan monumen, tak tengok pun lagi bagus.


Ada satu tempat yang aku pergi, aku lupa apa nama monumen itu, tapi kena panjat tangga naik tengok kat atas. Tengah-tengah aku jengah bahagian dalam (dengan tiada niat nak masukpun sebab berkarpet), kedengaran suara perempuan 7meter dari tempat kejadian shout cakap nak masuk buka kasut. Ada dua sebab kenapa aku rasa macam nak jadi harimau lapar masa tu.
1. Tak payahlah nak memekik. Aku bukan masuk taman tak siap tu percuma.
2. Patut letaklah papan tanda, sila tanggalkan kasut, tidak perlulah nak memekik sejauh-jauh alam. Oh lupa pula aku, taman tak siap lah katakan.


Berhampiran kaunter pertanyaan merangkap tempat jual air, ada permainan kanak-kanak. Space shot versi terbantut dan merry go round dan roda ferris kecil. Sudahlah caj lagi (selepas harga tiket masuk ke dalam taman), mahal dan tidak berbaloi langsung!


Apapun aku cuma nak cakap, aku tak puas hati. Bayar tiket masuk bagai nak rak hanya untuk masuk dan menjadi blur kerana semua tempat belum siap. Ya tiada orang paksa aku masuk ke dalam Taman itu, tidak ada yang letakkan pisau di leher aku untuk membayar harga tiket, TETAPI aku tidak jangka menemui taman dengan keadaan begini. Mungkin peruntukkan tak cukup, dan bayaran tiket pengunjung boleh mendatangkan sedikit pendapatan untuk menyiapkan taman. Yang lagi haru bukan cuti sekolah RM20.00? Untuk masuk ke taman yang alahai..sadis wa nak cerita oh key!


Oh sampai sekarang aku masih musykil kenapa monumen Taj Mahal berada di dalam Taman ini? Apa kaitan Taj Mahal dengan Tamadun Islam? Ya di dalamnya ada masjid. Ya ia mempunyai kubah bawang. Takkan sebab itu sahaja?


Gambar 1: Jejambat memerhati monumen yang belum siap. Siap dengan kayu kayan bagai. Kalau ada kanak-kanak yang tidak tahu apa, lepas dari pengawasan orang dewasa naik dan jatuh, nak jawab apa? Taman belum siap???? Perhatikan juga landskap belum siap itu. Huhu.


Gambar 2: Banyak betul papan tanda seperti dibawah yang aku nampak dalam kunjungan jalan kaki 20minit aku keliling "TAMAN". Lawatan akan datang? Mungkin tidak.


Gambar 3: Tiket masuk sebagai bukti takut ada yang kata aku suka sabotaj tarikan pelancong negeri sendiri. Bukan nak sabotaj, aku taknak orang lain rasa perasaan yang aku rasa. Sila kunjungi Taman Tamadun Islam (kalau berhendak) dalam masa 5-6 tahun dari sekarang. Apabila ia siap sepenuhnya nanti.

Posted by Picasa

1 comments:

areev19 said...

uuu...mmg taman yg mengecewakan.. sy baru pergi 2 mnggu lpas..mmg hampeh sehampeh-hampehnye..

sy ada tulis n komen serba sdikit dlm post sy.. kalo free bace la =)

http://areev19.blogspot.com/2010/01/oh-taman-tamadun-islam-tti-terengganu.html