Sunday, June 15, 2008

Subsidi dan Laju Betul Orang Kita

Aku dah agak hari semalam (yakni hari sabtu 14 jun) merupakan hari menyerang pejabat pos. Agaknya kerani pejabat pos pun malam sebelumnya sudah merasa trauma untuk menghadapi hari bekerja semalam. Manakan tidak, gambaran dikejar oleh pemilik-pemilik kenderaan bermotor berdaftar di Malaysia sudah pasti memenuhi ruang kepala mereka.

Dan semalam maka betullah,semuanya berpusu-pusu ke pejabat pos di seluruh negara. Pukul 8.00 pagi pejabat pos di buka, namun ada yang sanggup beratur seawal selepas subuh! Wow! Berdisplinnya rakyat Malaysia. Sesiapa yang sekadar nak pos surat, nak beli setem, rasanya tangguhkan dululah kalau tidak penting. Memang kaunter berasingan tetapi kalau dah penuh satu ruang dengan pemilik kenderaan sahaja, macam tak best sahaja.

Aku kagum dengan rakyat Malaysia.Pantas! Cuma pantas hanya untuk dapat duit. Bab-bab lain, tak laju. Sentiasa tunggu saat akhir. Kita biasa dengan fenomena ini, beratur panjang di hari akhir untuk permohonan kad pengenalan baru, beratur panjang di hari akhir untuk menghantar borang cukai pendapatan (beberapa tahun lalu sebelum e-filing diperkenalkan), beratur panjang di hari akhir untuk apa sahaja. Cuma apabila berkenaan mendapat duit, seolah tiada hari ke dua (walaupun kerajaan kata sampai tahun depan dan mungkin tak sampai apabila kerajaan boleh berubah fikiran hampir in the blink of the eyes atau dalam bahasa melayunya kata sekelip mata).

Dalam pada itu, ada pula temubual oleh stesen tv mengkipas nombor satu di Malaysia dengan warga negara Malaysia yang IQ tahap kurang pandai. Yang dengan gembira memberitahu, lepas ni boleh menyimpan sebab dapat duit dari kerajaan sebanyak RM625. Sebelum ni macam tak cukup duit sebab tak ada dapat duit. Adeh, for god sake, are you really that stupid???

3 comments:

Jie said...

ha ha ha..kakjie pun belum g ambek gaji ...dpt gaji setahun sekali tu..isi minyak hari2..

mrs hafiz said...

hmm benda 625 ni cuma nak mengaburi aje..
"dia" amik byk lagi daripada dia nak bagi kan?

Anonymous said...

pegi cepat supaya sempat ambil duit sebab kerajaan ni kuat menipu.manetau die kenselkan skim rebate ni lepas berapa minggu dijalankan.berapa kali dah die cakap tak buat tetibe buat.