Monday, June 09, 2008

Nilai Seringgit

Di waktu aku kecil-kecil dulu, selalu aku mendengar cerita dari arwah nenek yang dia pergi sekolah bawa 10sen sahaja. Kuih pun harga 2-3sen sahaja. Semasa itu aku mendengar dengan kadar ‘ala…nenek mesti tipu neh’. Mana ada kuih boleh beli dengan harga 2-3sen.

Ini cerita 20tahun lalu. Semasa itu nilai 10sen masih boleh membeli gula-gula 3 biji atau pemadam pensil seketul.

Dengan kenaikan harga keperluan asas sekarang, membuatkan aku terfikir mungkin 40tahun nanti, apabila aku bergelar nenek (haha..panjang imaginasi aku), mungkinkah aku akan bercerita kepada cucu aku nilai seringgit pada tahun 2007? Atau tahun 2008? Kerana pada tahun 2007 seringgit masih boleh beli 3 biji kuih. Tahun 2008 mungkin tidak lagi.

Agaknya cucu aku juga akan merasa aku menipu kerana pada zamannya seringgit hanya boleh beli seketul pemadam pensil atau sebiji gula-gula Cadbury. Atau mungkin pada zamannya RM10.00 = RM0.10 di zaman nenek aku? Sekarang pun dah rasa nilai seringgit itu sangatlah kecil. Apatah lagi di masa hadapan, mungkin dalam 4-5tahun lagi. Tambah tambah dengan kadar inflasi yang tak payah jangka memang sah naik pada tahun ini.

2 comments:

sebol said...

Cucu aku tanya lain sikit

"Atuk, orang zaman dulu guna kertas sebagai duit?"

Letting the time pass me by said...

Waktu saya sekolah dulu saya bawa 30sen kesekolah 10sen beli air sirap, 20sen beli mee goreng...