Tuesday, June 24, 2008

Nak Beli Minyak, Bayar Cash Lor!

Secara peribadi, aku sokong tindakan stesen minyak yang boikot penggunaan kredit kad akibat cajnya yang tinggi sehingga memakan komisen pengusaha stesen minyak. Apa yang menyebabkan mereka memberontak? Tentulah ada sebabnya. Takkan kalau ramai pelanggan datang, mereka nak halau kalau tidak memberi keuntungan.

Kebanyakan stesen minyak sebenarnya mengalami dilema ini. Oh aku perlu jelaskan lebih panjang, maafkan lah kalau aku melalut terlebih dahulu sebelum apa-apa. Sebab tulah stesen minyak sekarang berserta kedai runcit, bukan setakat nak menyenangkan pemandu membeli, turut juga memberi sedikit keuntungan kepada pengusaha itu sendiri.

Mari mengkaji masalah pengusaha stesen minyak:
Sebelum lori minyak datang hantar minyak, mereka perlu sediakan deposit dalam bank terlebih dahulu. Kalau tak dapat sediakan deposit, ho...lori minyak tu lalu jelah depan stesen minyak tuh. Tunai ya, takde hutang-hutang. Ingat beli minyak nak isi kat motor boleh beli sikit-sikit atau pakai kad kredit platinum :P

Apabila kerajaan umumkan kenaikan harga minyak, semua kereta bertumpu ke stesen minyak dan menghisap tangki petrol stesen sampai kering. Dah terduduk kejab pengusaha stesen minyak. Esoknya pengusaha stesen minyak perlu order stok minyak baru. Dan mereka membayar harga yang sama dengan apa yang dibayar oleh pengguna biasa macam kita-kita nih. Cuba mereka beli dalam kuantiti yang super besar. Satu lori tangki. Katakanlah (aku tak tahu serius), satu lori tangki datang dengan kuantiti 50ribu liter. Ikut harga lama mereka perlu sediakan deposit sebanyak RM96,000. Tetapi untuk harga baru, mereka terpaksa sediakan duit sebanyak RM135,000. Dalam sekelip mata, pertambahan sebanyak RM39,000! Mana nak cekau duit nak refill tangki yang kering tu? Tak isi kang, lesen kena tarik pulok. Walaweh!

Untuk caj kad kredit, caj bank dah berapa? Lagi mahal harga belian, lagi banyaklah caj. Tah berapa sen tah seliter tokei stesen minyak dapat kalau berterusan caj yang mahal ini. Guna kad kredit memang senang, tak payah jalan kaki pergi kaunter (dua kali jalan kalau minta isi penuh tapi ada baki duit lagi), tapi kita sebenarnya tak sedar, duk berhutang dengan bank. Dahlah tu, bank dua kali dapat untung. Kiri kanan depan belakang!
Satu: Caj kat stesen minyak
Dua: Caj kat pengguna kalau lambat bayar pula.

Setiap liter RM2.70, pengusaha stesen dapat 3% (RM0.081)
kalau 50,000liter (2.70x50000x3%) = RM4050.00 SAHAJA.
Kalau sebulan 4 lori keuntungan kasar baru RM16,200.
Itu belum masuk upah pekerja, elektrik dan sebagainya. Ayya ayya.

Dahlah pakai kad kredit, nak dapat kembali duit tu lambat satu hal, ada caj bank pula tu. Matilah cik kiah meniaga macam ni. Jadi apa salahnya naikkan sedikit margin komisen mereka, seperti yang dimohon, 6%. Bolehla juga mereka bernafas.

Apapun, sekiranya mereka melaksanakan mogok tidak mahu menerima kad kredit, satu yang harus mereka berwaspada, risiko kecurian besar dan kecik. Dan sesungguhnya, aku akan isi minyak waktu siang hari sahaja. Malam lagi risiko besar!

PS: Kredit Kad Visa Maybank Petronas tu apa cerita ya? Sama gak ke cajnya?
PS 2: Kalau time kering, ada guna juga sebenarnya pakai kad kredit isi minyak. Hohoho

7 comments:

hashim said...

Bank juga yang baham untung kiri kanan,
NI intrest kad kredit dal naik lagi

SUGGEST STOP USING KAD KREDIT FOR PETROL HANYA BILA EMERGENCY saja
BAGUS JUGAK PENGUSAHA STESEN MINYAK NI BUAT DEMOSTRASI BOLE KITA PANGGIL DEMONSTRASI HARAM STESEN MINYAK. PAH TU SURUH BANGLA PUMP ATTENDENT TO PEGANG POSTER "NAIK KOMISEN MINYAK"

Tie said...

Oh..gitu ke? Akak tak tau pulak..Dah fahamlah ni.. He.he...

payungterjun said...

apekate cik kiah tutup kedai, jadi pengguna macam kami semua, bayar cash dkt station minyak pd harga 2.70/liter?

cik kiah bayangkan dgn anak 3-4 org kat umah tu lapar, dgn bil makin melambung2 naik, dgn barang2 sume dah mahal, dan cik kiah xdpt guna kemudahan sampingan (kad kredit) utk cik kiah gunakan bg mencari rezeki nak kasik anak2 kat umah tu makan..

bank kaut untung dr peniaga macam cik kiah (contohnya), cik kiah ade kaut untung sket dr pengguna2 macam kami, dan kami? kami xdapat ape2. kami hanya bayar dan bayar dan bayar. lagi terok sbb kami bayar kiri kanan. kat bank pun ya, kat cik kiah pun ya.

jgn fikir keuntungan peniaga semata2 cik kiah, bila peniaga ade mentaliti kapitalis macam PDAM.

ezza erisa said...

tokei stesen minyak pun bayar almost RM2.70 juga.
bayangkan 3% dari 2.70 ialah 0.081
kalau pakai kredit kad pula dari 3%tu...hanya 0.05% sahaja akan masuk poket mereka.

kita duk fikir anak kita je..anak tokei minyak camne pula? orang nampak profession tokei ni indah dari luar. belum duk dalam lagi. bil letrik kalau stesen sederhana dah menjangkau RM5000 sebulan.

hakikatnya, banyak tokei stesen minyak gulung tikar, kita tak nampak, sebab tokei berlainan pun, stesen minyak tetap kat situ. dan berita pasal tokei gulung tikar ini bukanlah berita pilihan untuk masukkan kat dalam paper. Maybe stesen yang selalu kita singgah tu, dah berapa banyak tokei pun, tak tahu kan?

kat bank pun ya, kat cik kiah pun ya.
kalau guna kredit kad, bank dapat dua-dua dik oi....tak berniagalah stesen minyak. nak dapat rolling duit tu balik dari bank..ya Ampun...lama tau.

kad kredit bukan kemudahan sampingan, kalau lambat bayar berbunga-bunga, yang itu takmo take in consideration? Ramai orang Malaysia bangkrap sebab pakai kredit kad. Atau dalam term kurang mulia 'kad hutang' Dahla wabak malaysian ni, kalau pakai kad kredit, spend 7-800, sampai bil bayar minimum. Bulan depan swipe lagi kat stesen minyak. Sampai kiamat tak abih hutang dengan kad kemudahan tuh..kekeke

Aku ada satu cadangan mesra kad kredit:
Stesen minyak masih bagi pengguna pakai kredit kad TETAPI bayar kat kaunter, dan siap-siap kerani kaunter tu plus 2% interest macam yang biasa kedai computer lowyat atau kedai-kedai lain buat. Sapa pakai kad kredit, dia tanggung sendiri caj bank tu. :)

mrs hafiz said...

terima kasih kerana mengingatkan :)

Wawa said...

wohoo

aku lantik kaujadi ajak persamp.

bijak buat kira2 cik kiah kita nih.

mesti shahrir samad tak payah nak susah2 garu kepala kira lagi.

:)

Adry said...

MMmmm baru aku faham... bagus entri ni...