Wednesday, June 11, 2008

Mana Beras Malaysia?

Semalam aku ke Carrefour Wangsa Maju untuk membeli barang makanan harian. Tetapi tiba di seksyen beras, aku tengok banyak yang kosong dari yang berisi. Melilau aku cari beras yang murah. Iyalah, katanya ada beras super 5% dan super 15% dipasaran. Itu yang aku cari. Al maklumlah, bukan berkira sangat tekak aku ini. Masak nasi pun jarang sekali tetapi aku suka simpan bekalan. Manalah tahu kalau ada kecemasan, tidaklah mengagau mencari beras!

Sebaliknya setelah berlegar tiga empat kali, tak jumpa sebarang jenis super tempatan pun. Beras cap kambing atau cap harimau tidak ada. Yang ada hanya beras cap Thailand dan cap Kemboja. Mana beras dari Malaysia? Yang kononnya pengeluaran tidak terjejas itu? Sudah habis dek belian panik pengguna atau sudah habis di sembunyikan pembekal tamak haloba yang sedang menunggu harga dinaikkan sama mahal dengan harga beras Thai?

Sudahnya aku tak jadi beli beras di Carrefour. Atau dua faktor, tiada beras yang kurang harga dari RM30.00, serta tiada dalam paket 5kg. Ayya, aku nak beli buat apa sampai beras 10kg? Makan sesorang, mahu 2tahun baru habis.

Aku singgah di Giant Setiawangsa, ada beras Jasmin super tempatan, Jasmin 5%. Semuanya dalam pek 10kg. Ayyo...mana pek 5kg? Sudah habis disorokkan? Atau tak untung dijual? Akhirnya aku jumpa pek 5kg. Satu-satunya pek lima kg yang aku jumpa sejak dari Carrefour tadi. Tapi beras wangi Thai. Huh. Harga 5kg, sama mahal dengan 10kg beras Jasmin. Apa patut aku beli? Sudahnya aku terpaksa beli beras wangi Thai 5kg walaupun harga sama dengan Jasmin 10kg atas satu sebab nyata, beli 10kg kalau tak habis makan sebelum berkutu pun membazir juga.

Gambar 1: Tempat kosong, yilek beras tempatan



Gambar 2: pening makcik tu tengok harga beras.




Gambar 3: Banyak je beras import. Mana mana beras Malaysia yang didakwa tidak berkurangan itu???


Posted by Picasa

4 comments:

Jie said...

mmg tak nampak dah beras pek 5 kg...

itek said...

ezza.. tambah ini dlm blog ko.. menarik.. aku tak sempat nak godek blog aku... ini aku dpt dari internal main tpt keje aku..hehehe.. menarik utk didebatkn.

Subsidi Minyak-sejauh mana ketelusan nyer....

Semalam dalam akhbar tempatan, kerajaan telah keluarkan satu statistik kononnya harga minyak di malaysia adalah yang paling rendah di rantau ini.Kemudian mereka membandingkan harga minyak malaysia dengan harga minyak di Thailand, Singapore, Filipina dan Vietnam.Persoalan sekarang apakah asas perbandingan tersebut sedangkan negara negara tersebut bukan pengeluar minyak?Hujah seperti inilah yang di gunakan oleh barisan pemimpin untuk memperbodohkan orang kampung.

Ok, disini fakta yang semua orang kena tahu.Pertama sekali sila lihat perbandingan harga minyak malaysia dan negara negara pengeluar minyak yang lain:-

Negara Harga minyak seliter (dalam RM)

Malaysia RM 2.70
Iran RM 0.29
Venezuela RM 0.16
Turkemenistan RM 0.39
Arab Saudi RM 0.19
Mesir RM 0.81

Dari data di atas, membuktikan propaganda kerajaan adalah palsu dan tidak benar.Kesemua negara pengeluar minyak di atas, harga minyak adalah di bawah RM1.00 seliter.Ada sesetengah alasan mengatakan keluaran minyak kita tak sebanyak arab saudi yang mengeluarkan sejuta tong sehari.Menurut kerajaan, pengeluaran minyak kita adalah dalam lingkungan 700 ribu tong sehari.Oleh itu kalau berdasarkan ratio pengeluaran minyak antara arab saudi dan malaysia 1 juta : 700 ribu, sepatutnya harga minyak malaysia dalam lingkungan RM0.30 sen sahaja.Kenapa arab saudi boleh kekalkan harga minyak pada 0.19 sen seliter tapi malaysia pada 1.92 sen?Bukan kah jauh bezanya?Bagaimana pula dengan venezuella yang jumlah penduduk hampir sama dengan malaysia boleh kekalkan harga minyak pada 0.16 sen seliter sahaja?Ini menunjukkan ada sesuatu yang tak kena dalam menguruskan hasil minyak dalam negara.

Ketika dato seri anwar ibrahim menjawat jawatan menteri kewangan malaysia pada tahun 1991-1998, harga minyak di kekalkan pada 1.10 sen seliter.Bagaimana beliau boleh mengekalkan harga minyak selama lapan tahun sedangkan harga minyak dunia naik mendadak ketika perang teluk di iraq?Pada masa yang sama juga pembangunan dan projek projek banyak juga di jalankan dalam negara tanpa perlu naikkan harga minyak.Tapi pemimpin kerajaan beri alasan untuk naikan harga minyak supaya duit tersebut dapat tampung projek pembangunan. Masalah sekarang projek pembangunan untuk faedah siapa?Rakyat atau kroni?Berapa kerat orang yang dapat faedah dari koridor pembangunan di sana sini?

Subsidi minyak yang di tanggung kerajaan mencapai 35 billion setahun.Kerajaan bersungguh sungguh untuk mengurang kan subsidi minyak ini kerana kalau harga minyak tidak di naikkan dengan segera ianya akan mengganggu peruntukan kerajaan bagi membangunkan koridor koridor di seluruh negara yang bernilai ratusan billion.

Yang orang asyik berhujah ialah harga minyak perlu di naikkan kerana harga minyak dunia telah naik.Ada yang mengatakan ia masalah global.So yang kita kita fikir ialah kenapa nak risau tentang harga minyak dunia yang melambung naik kerana sepatutnya sebagai negara pengeluar minyak, malaysia seharusnya gembira kerana bila harga minyak dunia naik, pendapatan petronas jadi berlipat ganda.So apa masalahnya?Walaupun malaysia ada mengimport minyak dari luar untuk kegunaan tempatan, tapi bila dah net off dari pendapatan export, masih untung besar lagi.

Adakah negara akan bankrupt kalau turunkan harga minyak??

Sudah tentu tidak.Sila lihat statistik di bawah:-

Allocation untuk mega projek:-

Koridor utara : RM17.5 billion
Koridor timur : RM112 billion
Wilayah iskandar :RM47 billion
Koridor sabah :105 billion
Koridor Serawak :107 billion

Bila kerajaan membuat pelan untuk pembangunan projek di atas, sudah tentulah kerajaan mempunyai wang yang banyak.Jadi, jika kerajaan sanggup membelanjakan ratusan billion untuk projek pembangunan seperti di atas yang hanya boleh di manafaatkan oleh segelintir rakyat sahaja, kenapa nak tampung subsidi 35 billion setahun pun tak mampu?Mana yang lebih penting?Mana yang perlu di utamakan?Kebajikan rakyat atau projek mega?

Bila menteri menteri beri komen tentang ekonomi, semuanya berkata yang bagus bagus, tapi bila bercakap soal subsidi minyak, dah cakap lain pulak.So kalau Dato Najib kata turunkan harga minyak akan buat negara bankrup,bagaimana projek ratusan billion di atas? Tak bankrup kah negara dengan projek ratusan billion tersebut?Perlu di ingat bahawa di samping pendapatan hasil petroleum, negara juga mempunyai hasil dari sumber lain seperti getah, sawit, taxation, balak dan lain lain.Pendapatan tahunan negara kalau di ambil kira harga minyak yang melambung naik bakal mencecah 200 billion setahun.Dari jumlah tersebut susah sangat ke nak sumbangkan 50 billion untuk beri subsidi pada rakyat?

Ni korang compare ngan Turkmenistan .

Oil - production: 196,700 bbl/day (2005 est.)
GDP - per capita (PPP): $9,200 (2007 est.)

Ni Malaysia punya

Oil - production: 751,800 bbl/day (2005 est.)
GDP - per capita (PPP): $14,400 (2007 est.)

E-MEL KEDUA:

Production

Malaysia currently produces about 750,200 barrels of oil per day and 5 billion cubic feet of gas per day. For information on PETRONAS' historical productions of crude oil and natural gas.

Refininery

Oil, in its crude form, has very few direct applications. To enhance its usage, crude oil first has to be processed or refined into many value-added petroleum products.

PETRONAS refines a wide range of petroleum products for domestic consumption as well as for export, including motor gasoline, diesel, lubricants, jet fuel, kerosene, naphtha and residual fuel oil. Its refining activities are undertaken by two refineries with a current combined capacity of 256,500 barrels per day (bpd).

i. In Malaysia , PETRONAS owns and operates the PETRONAS Kertih Refinery through wholly-owned subsidiary PETRONAS Penapisan (Terengganu) Sdn Bhd. The refinery, PETRONAS' first refinery located in the State of Terengganu , processes 40,000 barrels of Malaysian light, sweet crude oil per day. The refinery has been expanded to include a condensate splitting facility known as KR-2 with a rated capacity of 63,500 barrels per day of condensates. The naphtha produced is used as feedstock for the Aromatics plant adjacent to the refinery.

ii. In the State of Melaka , the PETRONAS Melaka Refinery Complex houses two refining trains. The first train, known as PSR-1, is owned and operated by PETRONAS Penapisan (Melaka) Sdn Bhd, a wholly-owned subsidiary of PETRONAS. Completed in 1994, the train has a capacity to process 100,000 barrels per day of Malaysian light, sweet crude and condensates.

iii. The Complex's second train, the PSR-2, is owned by Malaysia Refining Company Sdn Bhd, a joint venture between PETRONAS and Conoco. Operated by PETRONAS Penapisan (Melaka), the train commenced operations in phases from December 1998 and has a rated capacity of 100,000 barrels per day of sweet and sour crude.

Apart from PETRONAS' refineries, there are two other refineries owned and operated respectively by Shell and ExxonMobil. The country's combined refining capacity now stands at 546,500 bpd.

Sekiranya info dari web rasmi Petronas www.petronas.com.my , adalah bertul , maka , tidak sepatutnya harga minyak dinaikkan , malah boleh diturunkan , seperti janji DSAI Pakatan Rakyat selepas mengambil alih Putrajaya sedikit masa nanti , tetapi kenapa berlaku sebaliknya , dimana Pak Lah mengumumkan untuk menaikkannya semalam ?. Pening memikirkan bagaimana pemimpin UMNO/BN gagal mengurus tadbir khazanah negara untuk kebajikan rakyat. Adakah dasar pemerintahan UMNO/BN ialah untuk menindas rakyat?

Ketiga. Dikutip dari web di atas menyatakan , Malaysia mengeluarkan sebanyak 750,200 tong minyak sehari. Malaysia juga mempunyai kilang menapis minyak sendiri di Kertih , Terengganu dengan kapasiti sebanyak 63,500 tong sehari ; di Melaka Kompleks 1 sebanyak 100,000 tong sehari ; Kompleks 2 sebanyak 100,000 tong sehari.

Semua sumber minyak mentah adalah dari telaga di pesisir pantai Terengganu , iaitu dari jenis Malaysian light, sweet crude , seperti di atas.

Minyak yang disalur dari lapangan , offshore oleh Petronas Carigali ke TCOT – Terengganu Crude Oil Terminal , akan melalui proses pengasingan bagi menghasilkan crude oil dan seterusnya dihantar ke Kilang Penapisan Petronas di Kertih dan Melaka untuk proses penyulingan. Sebahagian besar dari crude oil keluaran TCOT tadi akan disalurkan ke Jeti Kertih , bagi tujuan eksport.

Ini bermakna , apa yang difahami , minyak yang digunakan dalam pasaran dalam negeri , adalah diproses dan ditapis di dalam negara.

Apa yang lebih penting , crude oil atau minyak mentah yang diproses dan ditapis juga adalah berpunca dari sumber minyak mentah pesisir pantai negara , iaitu Terengganu dari jenis Malaysian light, sweet crude.

Cadangan

i. Kerajaan seharusnya dan sepatutnya boleh mengarahkan Petronas membuat urusniaga secara yang bertanggungjawab dan mesra rakyat. Ini kerana Petronas adalah syarikat milik negara dan diamanah untuk mengurus hasil minyak dan gas bagi kebajikan negara dan lebih – lebih lagi rakyatnya. Bukankah begitu ?

ii. Minyak , merupakan sumber alam kurniaaan Allah , untuk dimanfaatkan oleh penduduk di sesuatu negara , dimana ia ditemui dan juga manusia seluruhnya.

iii. Petronas Carigali atau TCOT seharusnya mempunyai iltizam untuk membuat tanggungjawab sosial , ke atas rakyat Malaysia , dengan mengenakan harga yang murah dan rendah , bukanlah bermakna ke tahap rugi , kepada Petronas Penapisan di Terengganu atau Melaka , yang kedua – duanya juga adalah dalam satu kumpulan induk Petronas.

iv. Kedua – dua Petronas Carigali dan TCOT , tidak harus mengenakan harga minyak menurut harga pasaran antarabangsa ke atas Petronas Penapisan, kerana ia adalah keluaran dalam negara kita sendiri. Ini Cuma pendapat bodoh saya SAHAJA.

v. Seterusnya Petronas Penapisan , boleh mengenakan harga yang rendah dan mampu dibeli oleh rakyat Malaysia. Inilah tanggungjawab sosial yang harus ditunaikan.

vi. Tidak ada maknanya , minyak dari perut bumi sendiri , digali oleh syarikat sendiri melalui perkongsian , diproses oleh syarikat sendiri , dan seterusnya dijual kepada rakyat negara ini sendiri , tetapi dikenakan harga mengikut pasaran antarabangsa. Ini namanya pengurusan yang tidak bijak oleh pemimpin yang mungkin juga tidak bijak.

vii.Untuk menjana pendapatan sebenar dan membuat keuntungan besar kepada Petronas , pasaran eksport sentiasa tersedia , dengan mengenakan harga mengikut pasaran antarabangsa. Apa laginak ?

Persoalan

* Adakah kerajaan perihatin kepada rakyat yang telah memberikan amanah untuk mengurus dan mentadbir negara , termasuklah juga menggunakan sebaik mungkin hasil dan khazanah negara , khususnya minyak?

* Adakah kini adalah peluang terbaik untuk rakyat teramai , memikirkan semula amanah yang telah diberikan kepada UMNO/BN , dengan mencari pilihan atau alternatif parti lain , yang lebih mengutamakan kebajikan rakyat?

* Adakah Pakatan Rakyat boleh diberikan amanah itu ? Atau nanti ianya serupa juga dengan UMNO/BN ?

Nota

* Seharusnya kerajaan UMNO/BN lebih bertanggungjawab dan menunaikan tanggungjawab dengan menjaga kebajikan rakyat kerana amanah telah diberikan dan bukan membebankannya.

kasorrga dunia said...

mende mu nih itek... panjang gila komen...
tapi ezza, org kata... kalu nok kurus, kurangkan makan masik... mcm Aizat AF5 tuh... aku le nih pon dok makan nasik gok, tp xdok hasil lagi la...
apa pon... cukup terpana dgn email aku buleh hari nih...Pos Malaysia fully owned by ECM Libra...mu siasat sket ezza weh...hehehhee

Anonymous said...

Excuse, that I interrupt you, but, in my opinion, there is other way of the decision of a question.