Thursday, June 26, 2008

Isu Stesen Minyak Pulak...

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Shahrir Samad membuat pengumuman menaikkan komisen minyak dari RM0.095 kepada RM0.1219 untuk dan diesel dari RM0.04 kepada RM0.07. Aku tak kisah sangat dan tak cakna sebab takde kesan sangat kepada aku. Bukan aku kaki merayap sampai jam 2-3pagi. Even kalau aku merayap jam 2-3pagi pun, tangki minyak aku jarang dibiarkan kosong sampai merah menyala. Kemudian Shahrir kata stesen minyak akan dibuka dari jam 6pagi hingga 12malam sahaja bermula 1 Julai. Mana-mana yang nak beroperasi 24jam bolehlah minta permit dari Kementerian Perdagangan.

Maka penuhlah pengguna-pengguna bertempik lagi, hari tu isu kad kredit, hari ini isu stesen minyak pula. Aku pula berpendapat, ya ada baiknya cadangan Shahrir itu. Bukan apa, sebelum ini paksa rela stesen minyak perlu buka 24jam. Sementelah tarif elektrik akan meningkat 1 Julai ini, adalah adil untuk memberi pilihan kepada pengusaha untuk buka atau tutup stesen yang diusahakannya pada malam hari.

Yang aku pelik dengan orang ramai nih, secara peribadinya, berapa ramai antara kita yang pergi isi minyak pada jam tiga pagi? Selain dari waktu balik kampung hari raya dan sebagainya? Kita cuma rasa takut ada emergency nak pakai minyak malam-malam. Itu sahaja. Padahal kita boleh adjust kepada keadaan tersebut. Sepertimana kita adapt kepada kehidupan tanpa ATM (mesin keluar duit) diwaktu malam, (walaupun mungkin kita ada super emergency), begitulah juga kita boleh adapt pada penutupan stesen minyak di malam hari.

Stesen minyak tak buka waktu malam lebih selamat, tiada risiko rompakan, tak payah upah lebih pekerja, jimat bil elektrik dan sebagainya.

Berkenaan, stesen minyak layan diri, kat Kuala Lumpur memang macam tu. Apabila balik kampung, rasa pelik pula apabila tak perlu keluar kereta. Canggung pun ia. :)

5 comments:

Desperado said...

Berebut-rebut pegi isi minyak malam tuh...macam minyak kereta tak habis jer bila pergi kerja besok!!!

www.pilihananda08.blogspot.com

Hashim said...

Aku setuju kalu Pump Stesen tutup kol 12 sebab bole jimatkan perbelanjaan Tokey Stesen minyak mlm x payah gaji pekerja, Kegunaan letrik berkurangan,
Tetapi Musim perayaan mungkin kena unah kot takut takut tersadai kat tepi jalan raya pasal kedai tak bukak

tOng said...

miss ezza,

sebenarnya, bukan sangat pasal nak buka ke tutup, bukan pasal nak bekejar isi minyak 4 jun lalu...tapi pasal jadi mangsa. Tak de negara pengeluar minyak menaikkan harga minyak untuk rakyatnya sampai 40% kenaikan. Seteruk2 negara India tu, mereka cuma naikkan 11%.

Percayalah...tanpa kawalan, atas semua benda...kenaikan harga petrol ini akan menyebabkan ramai yang kena darah tinggi, stres, mungkin gila pun...kes jenayah akan meningkat, keruntuhan rumah tangga dan keluarga juga akan meningkat...macam2 masalah lagi akan berlaku.

Kerajaan sarankan kita agar berjimat....hakikatnya, sebelum ni pun kebanyakan dari kita dah abis berjimat. Dah tak tau nak jimat macamana...tak kan nak beli sayur rejected kat pasar malam tu kot, tak kan nak beli ikan yang dah pecah perut terburai tu kot... SO, kita rakyat Malaysia harus berfikir..

tOngCai

mrs hafiz said...

kat luar negara, kedai2 tutup pkl 5..weekend kdg2 tak buka pun..
kita ni semua nya nak 24 hrs..
hehe..
ada pros n cons jugak kan..

zamz said...

tulah..buat keputusan tak tgk dulu apa implicationnya..
skrg baru nak bagi rebatla..discount la..