Thursday, June 05, 2008

Harga Minyak Naik, Point Kad Mesra Pun Naik! Yea!

Setelah hampir dua tiga minggu, buletin utama dan sekutu berita jam lapan malam disuruh brainwash rakyat dengan krisis kenaikan minyak mentah dunia, maka semalam drama itu tiba dikemuncaknya.

Semuanya tiba serentak. Entah siapa yang buat delivery order. Krisis makanan dunia, harga beras naik. Harga minyak naik. Patutlah remaja sekarang pakai baju kecil-kecil, patutlah artis sekarang pakai baju nampak pusat dan dada, nak menjimatkan kain rupanya. Al maklum..lepas ini semua kena tukar gaya hidup.

Aku mendengar berita di radio 24 pagi tadi, ada panel yang ditemuramah berkata bukan sebab kenaikan harga minyak yang membuatkan rakyat marah. Rakyat marah kerana tidak di beri notis, tidak diberi masa untuk menelan maklumat, membuat pengiraan semula. Bayangkan sidang akhbar yang kononnya untuk mengumumkan cara-cara menangani krisis minyak pada jam lima petang, digemparkan dengan kenaikan harga minyak sebanyak 41% berkuatkuasa 7 jam selepas itu! Kalau ditanya pada kerajaan sudah tentu jawapannya ialah, kalau beri notis 2-3hari, makin banyak subsidi kerajaan terpaksa digunakan kerana masa yang lebih panjang untuk belian panik pemilik-pemilik kenderaan. Huh.

Subsidi 2-3hari pun nak berkira, janji-janji manis hanya dimulut masa pilihanraya dulu apa cerita? Aman, selamat makmur? hhahaha. Apabila harga minyak naik, kuasa pengguna makin kurang, yang terdesak...adalah yang ceburi kerjaya baru sebagai pencuri. Sudah tentu, kadar jenayah juga meningkat berlipat kali ganda dengan tekanan kenaikan harga. Yo! Aman?

Ada orang kat YM semalam sikit punya tak guna otak apabila buat status.Katanya 'harga minyak naik, marah. Kalau taknak terkesan jangan pakai kereta lah' Sorry naik lori, kamulah yang paling tak ada otak apabila buat status. Bukan hanya kerana harga minyak naik, orang nak marah oh key? Minyak merupakan perkadaran tetap dengan harga barangan lain. Kalau minyak naik 30sen, harga seketul ayam naik 50sen. Harga setin susu naik 20sen. Harga segelas teh tarik naik 30sen. Harga tarif elektrik pun meningkat juga. Pendek kata, harga semua barang adalah akan naik mencanak-canak. Sudahlah sekarang dengan krisis bekalan makanan dunia lagi. Ia bukan hanya terkesan kepada pemilik kenderaan. OK????

Satu lagi yang aku muskil, hari itu katanya nak turunkan gred minyak. Mana pergi idea itu? Apabila gred minyak turun, harga sedikit rendah. Kata kereta besar yang kaya pakai ron99, kereta biasa-biasa pakai ron95. Mana? Mana?

Oh kemusykilan utama aku ialah bayaran balik RM625 dalam bentuk wang kiriman di pejabat pos apabila pemilik kenderaan berkapasiti kurang dari 2000cc memperbaharui cukai jalan. Ini aku amat musykil.
1. Perlaksanaannya bermula 1 Julai 2008. Untuk pergi membayar cukai jalan sendiri dipejabat pos, anda mesti mempunyai geran kereta. Geran kereta pula hanya akan diberi oleh pihak bank apabila kereta anda habis hutang dengan mereka. Untuk golongan berhutang ini, selalunya encik runner yang pergi. Jadi, bagaimana hendak mendapatkan duit yang langsung tidak boleh cover sakit naik harga barangan itu?

2. Bagaimana pula jika pemilik kenderaan pergi memperbaharui cukai jalan mereka di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan? Apakah selepas ini secara mandatori semua orang perlu ke pejabat pos untuk memperbaharui cukai jalan?

Apapun, setiap apa yang berlaku ada benda baik disebaliknya. Dengan peningkatan harga minyak ini, (dapat 3liter sahaja untuk RM10.00), pemilik kad-kad royalti contohnya Kad Mesra akan cepat menambah point mereka. Iyalah kalau sebelum ini purata belian minyak RM300 sebulan, sekarang sudah boleh jadi RM450 sebulan. Bukankah penambahan point juga sebanyak 150point tu?? Makin cepatlah dapat home theathe 65,000point dari Real Rewards! Yuhuuu.. tak sabar tak sabar. Hahaha.

3 comments:

kasorrga dunia said...
This comment has been removed by the author.
kasorrga dunia said...

err...kalo payment ok, mu leh gi mintak geran ngan bank... mu selalu sangkut ke bayar bebulan? aiseh... tu susah sket la nak mintak geran...tp dakpe, mu kata nok gi jual keta...konpem dia beri geran ke mu...
err...x penoh bayar roadtax sendiri ke? napok mcm ganah...tp soh runner bayar...:P

ezza erisa said...

ganas tapi tak membuang masa...
kalu gi bayar sendiri kena gi PJ amik geran..lepas tu gi bayar...lepas tu kena gi hanta balik kat PJ...baiklah aku pakai tele sales je....trasnfer duit....renew insuran + roadtax..pehtu tunggu je runner itu muncul dihadapan pintu pejabat..hohohoho

ps: mana ada sangkut..siap tiap tiap bulan bayar lebih wo!...demi nak habiskan cepat hutang piutang keto itu..nak gak rasa pegang geran sendirik...