Saturday, June 21, 2008

Drama Politik Lagi

Beberapa minggu sudah Ku Li kata dia tahu ada parti politik akan keluar dari menjadi komponen BN. Maklumatnya jelas. Cuma tidak boleh disuarakan parti manakah itu. Kecohlah sampai masuk berita utama. Aku sudah menjangka parti yang akan jadi musang berbulu kambing itu bukanlah parti-parti besar dalam komponen. Tidak mungkin parti-parti seperti MCA atau MIC akan keluar. Sudah pasti parti-parti kecil yang bergantung survival kepada BN yang memberontak.

Akhirnya minggu ini, dimulakan dengan sidang akhbar Datuk Yong, membuat pengumuman yang ke dua ahli parlimen dari SAPP akan membuat undi tidak percaya kepada Perdana Menteri Malaysia, maka bermulalah drama baru politik Malaysia (alahai makin jatuhlah harga saham!). Berita ini bagaimanapun, tidak membuatkan rakyat yang tidak terkejut dengan keputusan SAPP terlupa akan berita dua minggu sudah. Berita 41%kenaikan harga bahan api kenderaan masih tebal mengisi ruang minda kita semua.

Dituruti dengan pengumuman Datuk Yong, dan semua akhbar tempatan yang mengatakan Datuk Yong cuba menangguk di air yang keroh dan sebagaimana, tiba-tiba sahaja fail kes berusia 12 tahun dibuka semula oleh ACA untuk siasatan? Wow, kebetulan? Haha you wish la kalau itu merupakan kebetulan. Itu merupakan satu jalan terdesak untuk membuatkan beliau tercekik tulang dan seterusnya menarik balik semua kenyataan memburuk-burukkan seterusnya berjanji akan terus memberi komitmen padu kepada BN. (yang aku rasa akan berlaku) .

Apa salah SAPP menyuarakan ketidakpuasan hatinya kepada BN? Bukankah itu yang sepatutnya berlaku, setiap parti bebas menyuarakan pendapat bukan bersetuju buta-buta dengan setiap apa yang dicadangkan oleh orang-orang penting parti?

Memang kalau dibandingkan dengan Semenanjung, Sabah dan Sarawak merupakan negeri yang kurang diberi perhatian. Ikutkan potensi Sabah sebagai contohnya sangatlah besar. Ada pulau-pulau cantik tetapi tidak dimasyurkan. Jika tidak, takkanlah Survivor musim pertama memilih Sabah sebagai lokasinya. Harga barang di Sabah dan Sarawak jauh lebih mahal dari di Semenanjung dengan alasan kos pengangkutan. Pengangkutan di Sabah dan Sarawak yang sangat ketinggalan, kemudahan lain juga. Bayangkan masih ada yang mengangkut air dari sungai menggunakan buluh sandang dibahu!!

Tarikh permasyhuran Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia juga tidak berapa dihiraukan. Yang lebih diagungkan ialah tarikh 31 Ogos 1957 padahal Malaysia bukan terbentuk pada tarikh itu. 16 September 1963! Itu pembentukan Malaysia. Sepatutnya tarikhnya juga harus diraikan. Gabungan Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang membentuk Malaysia. Mungkin Sabah dan Sarawak juga harus menggunakan title Perdana Menteri sebagai gelaran ketua negeri mereka sepertimana Singapura di zaman dia di dalam Malaysia.

Ada betulnya permintaan SAPP agar menaikkan royalti minyak 5% ke 20% itu. After all, minyak itu hak negeri mereka. Apa yang mereka dapat in return? Sampan untuk ke sekolah? Sekolah tanpa bekalan air dan elektrik? Sekolah yang berbekalkan air hujan sebagai sumber air? Jalan denai sebagai laluan utama. Kalau aku menjadi warga Malaysia Timur juga akan merasa banyak yang tidak adil dalam pembahagian ini. Oh perlu diingatkan, ini bukan baru berlaku, Paklah hanya penyambung legasi Tun M yang kurang nampak sejarah Sabah dan Sarawak dalam pembentukan Malaysia. Tanpa Sabah dan Sarawak, mungkin negara bergelar Malaysia tidak wujud sama sekali.

2 comments:

Tie said...

Salam kenal, akak tak mahir bidang politik ni, tapi rasa menyampah lak kerana masing2 tunjuk betul tak kiralah yg memerintah atau yg menungguh peluang nak memerintah.Entah bila Pak Lah dgn member2nya nak sedar langit dah tak cerah lagi..Hai.. cepat2lah bungkus tu...oh ya, nak link ke blog akak,ya.. senang nak baca nanti.

Anonymous said...

terus terang saya cakap, rakyat asli sabah dan sarawak di anak tirikan oleh bangsa melayu.. walaupun bukan semuanya tetapi perkara ini dengan ketaranya berlaku.