Wednesday, June 18, 2008

Apa Masalah Kalau Amber Chia Seksi?



Pelik dengan Metro, bersungguh bercerita gambar Amber Chia yang pernah menghiasi majalah Playboy edisi Indonesia itu. Kononnya kali ini di Taiwan, Amber Chia bergambar tanpa coli untuk sebuah majalah hiburan.

Jadi apa masalahnya?

Serius, aku dungu atau aku bodoh, aku tak nampak sebarang masalah dengan Amber Chia nak bergambar sebagai model di mana-mana negara, samada berpakaian sopan atau tidak berpakaian walau seurat benang sekalipun.

Dia memang rakyat Malaysia tapi tidak pernah termaktub yang rakyat Malaysia tidak boleh bergambar seksi di mana-mana majalah? Lagipun dia model, memang model memerlukan badan yang cantik dan seharusnya badan cantik yang ada untuk dipertontonkan. Memang dah macam tu jadinya definisi model. Kalau sesiapa tengok America Next Top Model pun tahu, yang model perlu sehingga berbogel untuk ambil gambar. Nak salin baju belakang pentas pun, nak jimat masa memang selamba setakat topless-topless ini. Jadi apa kecoh dengan Amber Chia itu?

Kalau nak kecoh juga, kecohkan sekali tentang anak-anak tak dara tapi tak sabar tunggu acara nikah kahwin untuk menerokai dunia 3gp lucah itu. Apabila dah tersebar sana-sini video klip tak pakai baju mulalah tak senang duduk.

10 comments:

theadams said...

i'm 200% agree with u!

Obefiend said...

easy

because malaysia is a "muslim" country. having one of her citizen posing in "rude" pictures will tarnish malaysia's image

lets do a flip side. what if an afghani was featured in playboy?

or

a hot blonde american suddenly want to wear a burqa.

mind you there was a case in the UK where a white muslim revert want to claim her rights to wear her burqa in public. this happened post London Bombing. it created such an uproar in Britain since thet are fearful of burqa wearing suicide bomber

one goes naked the other covers it all up. but the reaction is thae same in both cases


dont you just love opposing religious views?

ezza erisa said...

ya, may be you right...

muslim country hah?

wow i didnot know that there were such case.

tak pakai baju kontroversi, pakai tudung pun kontroversi.

adeh.

suealeen said...

dia ni bergambar untuk majalah luar negara, so apa masalahnya? bukan Muslim pun kan...

lain la kalau dia Muslim or magazine tu ada jual kat sini... kalo tak de jual apa nak kecoh!

s.h.a.h.r.u.l.e.f.f.e.n.d.y said...

sebagai orang islam (if u r practising islam as ur religion) kita kena sampaikan n berikan pendapat yang baik, tak kira lah orang tu cina, india or christian.. dalam Islam, salah n haram berpakaian camtu.. jelas dan nyata bahawa semua manusia berada di bawah lingkungan agama Islam.. kalau kita tak tahu nak judge berlandaskan lunas Islam, why create this thread? kan lebih elok kita berdiam n lets the expert comment..

ezza erisa said...

jelas dan nyata bahawa semua manusia berada di bawah lingkungan agama Islam

ini yang membuatkan non muslim takut dan anggap orang islam sebagai pengganas..apabila kita cuba menguasai mereka dengan beranggapan semua manusia dibawah lingkungan agama Islam..

mereka practicekan agama mereka, (ada sesetengahnya yang sangat teruk dalam beragama), macam orang Islam juga. Untuk menarik mereka, kita tidak boleh terus menghentam perbuatan mereka tetapi menggunakan pendekatan yang lain. Mungkin pendekatan 'badan awak sangat cantik dan sungguh indah dipertontonkan, tetapi amatlah lebih cantik jika diseliputi pakaian'

Bukan kutuk-kutuk dan seterusnya menghukum ala-ala dia seorang yang beragama Islam.

my one cent opinion tak laku

suealeen said...

dalam Islam, salah n haram berpakaian camtu..

memanglah dalam Islam, cara berpakaian itu salah tapi ia tidak tertakluk kepada yang bukan Islam. lainlah jika amber chia ni seorang Muslim, memang patut kita didik dia dengan busana Muslim.

sepatutnya kita perlu melihat perkara yang lebih besar dari amber chia. aspek akidah & akhlak umat Islam itu sendiri i.e. yang tak tutup aurat. apa kes? hidayah bukannya manusia yang beri, ia datang dari Allah semata.

Al-Kafiroon [109:6] : Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku.

kasorrga dunia said...

kawe setuju dgn obefiend & suealeen...
berat mu mek za... org dr negara kita bogel luar negara mu dok sokong...
aku nok bogel gok lah...hahhahahahahaha

ezza erisa said...

mu takleh bogel, mu orang muslim..:P

lagipun..rasanya...kalu masuk magazine gambar mu,jumlah tak laku majalah tersebut akan mengatasi jumlah dicetak! wakakak larikkkkk.

s.h.a.h.r.u.l.e.f.f.e.n.d.y said...

terjemahan suealeen to somewhat true... tapi u have to read and must be reli understand wat the verse try to say.. jgn bagi salah intrepetasi pada orang yang bukan islam... do u reli understand wat the verse trying to say suealeen?