Monday, June 30, 2008

Saiful Bukharistow?

Tiba-tiba popular pula mamat tak cukup umur bernama Saiful Bahari ini akibat melaporkan kepada polis berkenaan Anwar Ibrahim meliwatnya. Auww..

Akibat curiosity kills the cat aku and satisfaction bring them back (tapi dalam kes aku taklah aku kucing, dan taklah aku puas hati sangat-sangat), aku cuba-cubalah google gambar adik Saiful kita yang mengaku kena liwat nih. Banyak pula gambar-gambar dia. Yang pelik semua gambar bersama orang-orang kerajaan je pula.

Jadi, dia ni siapa? Ejen perisik BN di dalam PKR? Atau ejen perisik PKR di dalam kerajaan?

Walaweh, macam tengok Sydney Bristow dalam ALIAS pula. Cuma kali ini tiada pakaian seksi dengan aksi tendang menendang oleh Sydney, yang ada cuma aksi liwat meliwat versi Saiful Baharistow.

Seriously, apa yang dia harap dengan laporan polis itu? Memalukan Anwar? Well, Anwar pun dah pernah ada kes serupa, aku tak hairan. Jatuhkan kerajaan? Atau malukan diri sendiri? Takkan besar-besar panjang, masih boleh jadi mangsa liwat dengan tak rela lagi kot? Bukannya awek, yang tenaganya suku dari tenaga lelaki yang mudah menjadi mangsa rogol. Mungkin nak popular kot? Nak lawan kepopularitian Khairyl Jamaluddin mungkin?

Thursday, June 26, 2008

Isu Stesen Minyak Pulak...

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Shahrir Samad membuat pengumuman menaikkan komisen minyak dari RM0.095 kepada RM0.1219 untuk dan diesel dari RM0.04 kepada RM0.07. Aku tak kisah sangat dan tak cakna sebab takde kesan sangat kepada aku. Bukan aku kaki merayap sampai jam 2-3pagi. Even kalau aku merayap jam 2-3pagi pun, tangki minyak aku jarang dibiarkan kosong sampai merah menyala. Kemudian Shahrir kata stesen minyak akan dibuka dari jam 6pagi hingga 12malam sahaja bermula 1 Julai. Mana-mana yang nak beroperasi 24jam bolehlah minta permit dari Kementerian Perdagangan.

Maka penuhlah pengguna-pengguna bertempik lagi, hari tu isu kad kredit, hari ini isu stesen minyak pula. Aku pula berpendapat, ya ada baiknya cadangan Shahrir itu. Bukan apa, sebelum ini paksa rela stesen minyak perlu buka 24jam. Sementelah tarif elektrik akan meningkat 1 Julai ini, adalah adil untuk memberi pilihan kepada pengusaha untuk buka atau tutup stesen yang diusahakannya pada malam hari.

Yang aku pelik dengan orang ramai nih, secara peribadinya, berapa ramai antara kita yang pergi isi minyak pada jam tiga pagi? Selain dari waktu balik kampung hari raya dan sebagainya? Kita cuma rasa takut ada emergency nak pakai minyak malam-malam. Itu sahaja. Padahal kita boleh adjust kepada keadaan tersebut. Sepertimana kita adapt kepada kehidupan tanpa ATM (mesin keluar duit) diwaktu malam, (walaupun mungkin kita ada super emergency), begitulah juga kita boleh adapt pada penutupan stesen minyak di malam hari.

Stesen minyak tak buka waktu malam lebih selamat, tiada risiko rompakan, tak payah upah lebih pekerja, jimat bil elektrik dan sebagainya.

Berkenaan, stesen minyak layan diri, kat Kuala Lumpur memang macam tu. Apabila balik kampung, rasa pelik pula apabila tak perlu keluar kereta. Canggung pun ia. :)

Tuesday, June 24, 2008

Nak Beli Minyak, Bayar Cash Lor!

Secara peribadi, aku sokong tindakan stesen minyak yang boikot penggunaan kredit kad akibat cajnya yang tinggi sehingga memakan komisen pengusaha stesen minyak. Apa yang menyebabkan mereka memberontak? Tentulah ada sebabnya. Takkan kalau ramai pelanggan datang, mereka nak halau kalau tidak memberi keuntungan.

Kebanyakan stesen minyak sebenarnya mengalami dilema ini. Oh aku perlu jelaskan lebih panjang, maafkan lah kalau aku melalut terlebih dahulu sebelum apa-apa. Sebab tulah stesen minyak sekarang berserta kedai runcit, bukan setakat nak menyenangkan pemandu membeli, turut juga memberi sedikit keuntungan kepada pengusaha itu sendiri.

Mari mengkaji masalah pengusaha stesen minyak:
Sebelum lori minyak datang hantar minyak, mereka perlu sediakan deposit dalam bank terlebih dahulu. Kalau tak dapat sediakan deposit, ho...lori minyak tu lalu jelah depan stesen minyak tuh. Tunai ya, takde hutang-hutang. Ingat beli minyak nak isi kat motor boleh beli sikit-sikit atau pakai kad kredit platinum :P

Apabila kerajaan umumkan kenaikan harga minyak, semua kereta bertumpu ke stesen minyak dan menghisap tangki petrol stesen sampai kering. Dah terduduk kejab pengusaha stesen minyak. Esoknya pengusaha stesen minyak perlu order stok minyak baru. Dan mereka membayar harga yang sama dengan apa yang dibayar oleh pengguna biasa macam kita-kita nih. Cuba mereka beli dalam kuantiti yang super besar. Satu lori tangki. Katakanlah (aku tak tahu serius), satu lori tangki datang dengan kuantiti 50ribu liter. Ikut harga lama mereka perlu sediakan deposit sebanyak RM96,000. Tetapi untuk harga baru, mereka terpaksa sediakan duit sebanyak RM135,000. Dalam sekelip mata, pertambahan sebanyak RM39,000! Mana nak cekau duit nak refill tangki yang kering tu? Tak isi kang, lesen kena tarik pulok. Walaweh!

Untuk caj kad kredit, caj bank dah berapa? Lagi mahal harga belian, lagi banyaklah caj. Tah berapa sen tah seliter tokei stesen minyak dapat kalau berterusan caj yang mahal ini. Guna kad kredit memang senang, tak payah jalan kaki pergi kaunter (dua kali jalan kalau minta isi penuh tapi ada baki duit lagi), tapi kita sebenarnya tak sedar, duk berhutang dengan bank. Dahlah tu, bank dua kali dapat untung. Kiri kanan depan belakang!
Satu: Caj kat stesen minyak
Dua: Caj kat pengguna kalau lambat bayar pula.

Setiap liter RM2.70, pengusaha stesen dapat 3% (RM0.081)
kalau 50,000liter (2.70x50000x3%) = RM4050.00 SAHAJA.
Kalau sebulan 4 lori keuntungan kasar baru RM16,200.
Itu belum masuk upah pekerja, elektrik dan sebagainya. Ayya ayya.

Dahlah pakai kad kredit, nak dapat kembali duit tu lambat satu hal, ada caj bank pula tu. Matilah cik kiah meniaga macam ni. Jadi apa salahnya naikkan sedikit margin komisen mereka, seperti yang dimohon, 6%. Bolehla juga mereka bernafas.

Apapun, sekiranya mereka melaksanakan mogok tidak mahu menerima kad kredit, satu yang harus mereka berwaspada, risiko kecurian besar dan kecik. Dan sesungguhnya, aku akan isi minyak waktu siang hari sahaja. Malam lagi risiko besar!

PS: Kredit Kad Visa Maybank Petronas tu apa cerita ya? Sama gak ke cajnya?
PS 2: Kalau time kering, ada guna juga sebenarnya pakai kad kredit isi minyak. Hohoho

Peraturan Baru Untuk Berhimpun

Tergelak baca berita ini. Orang awam yang hendak buat perhimpunan sila minta permit polis sekurang-kurangnya sembilan hari sebelum hari berkumpul. Oh kenapa aku rasa nak tergelak. Kerana kalau parti pembangkang nak buat rallies, haram...mintak permit sebulan sebelum pun tak akan diluluskan. Menganggu ketenteraman awam dan sebagainya. Jadi, apa guna minta permit kalau akhirnya masih bergelar perhimpunan haram?

Posted by Picasa

Sunday, June 22, 2008

Artis, Botak dan Alasan

Ekin AF tampil botak dalam akhbar sisipan Berita Minggu semalam membuatkan aku terkedu. Bukan sebab Ekin itu glamour, bukan juga sebab dia cukur kepala sampai botak. Apa yang membuatkan aku terkedu?

Lihat kenyataan bergaris itu. Katanya botak itu haram kerana menyerupai lelaki. Serius aku rasa nak tergelak terguling tahap gaban bangsa angkasa. Let me remind you ekin, so do tak tutup kepala yang berambut. Haram juga. Tak payahlah buat alim atau buat-buat macam tak bersalah. Nak botak, silakan. Nak buat rambut punk pun buat. Nak buat gaya trojan pun buat. Tapi tak usah bicara pasal hukum hakam.

Aurat perempuan, suara pun haram oi kalau nak cakap pasal agama. Bukan kulit kepala sahaja. Jangan sempitkan minda anda yang kepala tak berambut sahaja yang haram bagi perempuan.

Lagi kelakar apabila Ekin kata, dia botakkan kepala bukan untuk glamour, menyanyi atau dapat tawaran berlakon filem tetapi kerana rambutnya rosak. Hahah! Boleh gunakan apa-apa alasan sahaja untuk botak tetapi tak payahlah keluar suratkhabar untuk tunjuk kepala botak. Itu pun sudah cukup membuatkan aku tahu yang ada niat cari glamour. After all, Cik Ekin masuk rancangan Akademi Fantasia dulu pun sebab nak popular bukan? ;)






Kredit gambar Ekin botak goes to murai.com.my

Posted by Picasa

Saturday, June 21, 2008

Drama Politik Lagi

Beberapa minggu sudah Ku Li kata dia tahu ada parti politik akan keluar dari menjadi komponen BN. Maklumatnya jelas. Cuma tidak boleh disuarakan parti manakah itu. Kecohlah sampai masuk berita utama. Aku sudah menjangka parti yang akan jadi musang berbulu kambing itu bukanlah parti-parti besar dalam komponen. Tidak mungkin parti-parti seperti MCA atau MIC akan keluar. Sudah pasti parti-parti kecil yang bergantung survival kepada BN yang memberontak.

Akhirnya minggu ini, dimulakan dengan sidang akhbar Datuk Yong, membuat pengumuman yang ke dua ahli parlimen dari SAPP akan membuat undi tidak percaya kepada Perdana Menteri Malaysia, maka bermulalah drama baru politik Malaysia (alahai makin jatuhlah harga saham!). Berita ini bagaimanapun, tidak membuatkan rakyat yang tidak terkejut dengan keputusan SAPP terlupa akan berita dua minggu sudah. Berita 41%kenaikan harga bahan api kenderaan masih tebal mengisi ruang minda kita semua.

Dituruti dengan pengumuman Datuk Yong, dan semua akhbar tempatan yang mengatakan Datuk Yong cuba menangguk di air yang keroh dan sebagaimana, tiba-tiba sahaja fail kes berusia 12 tahun dibuka semula oleh ACA untuk siasatan? Wow, kebetulan? Haha you wish la kalau itu merupakan kebetulan. Itu merupakan satu jalan terdesak untuk membuatkan beliau tercekik tulang dan seterusnya menarik balik semua kenyataan memburuk-burukkan seterusnya berjanji akan terus memberi komitmen padu kepada BN. (yang aku rasa akan berlaku) .

Apa salah SAPP menyuarakan ketidakpuasan hatinya kepada BN? Bukankah itu yang sepatutnya berlaku, setiap parti bebas menyuarakan pendapat bukan bersetuju buta-buta dengan setiap apa yang dicadangkan oleh orang-orang penting parti?

Memang kalau dibandingkan dengan Semenanjung, Sabah dan Sarawak merupakan negeri yang kurang diberi perhatian. Ikutkan potensi Sabah sebagai contohnya sangatlah besar. Ada pulau-pulau cantik tetapi tidak dimasyurkan. Jika tidak, takkanlah Survivor musim pertama memilih Sabah sebagai lokasinya. Harga barang di Sabah dan Sarawak jauh lebih mahal dari di Semenanjung dengan alasan kos pengangkutan. Pengangkutan di Sabah dan Sarawak yang sangat ketinggalan, kemudahan lain juga. Bayangkan masih ada yang mengangkut air dari sungai menggunakan buluh sandang dibahu!!

Tarikh permasyhuran Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia juga tidak berapa dihiraukan. Yang lebih diagungkan ialah tarikh 31 Ogos 1957 padahal Malaysia bukan terbentuk pada tarikh itu. 16 September 1963! Itu pembentukan Malaysia. Sepatutnya tarikhnya juga harus diraikan. Gabungan Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang membentuk Malaysia. Mungkin Sabah dan Sarawak juga harus menggunakan title Perdana Menteri sebagai gelaran ketua negeri mereka sepertimana Singapura di zaman dia di dalam Malaysia.

Ada betulnya permintaan SAPP agar menaikkan royalti minyak 5% ke 20% itu. After all, minyak itu hak negeri mereka. Apa yang mereka dapat in return? Sampan untuk ke sekolah? Sekolah tanpa bekalan air dan elektrik? Sekolah yang berbekalkan air hujan sebagai sumber air? Jalan denai sebagai laluan utama. Kalau aku menjadi warga Malaysia Timur juga akan merasa banyak yang tidak adil dalam pembahagian ini. Oh perlu diingatkan, ini bukan baru berlaku, Paklah hanya penyambung legasi Tun M yang kurang nampak sejarah Sabah dan Sarawak dalam pembentukan Malaysia. Tanpa Sabah dan Sarawak, mungkin negara bergelar Malaysia tidak wujud sama sekali.

Wednesday, June 18, 2008

Apa Masalah Kalau Amber Chia Seksi?



Pelik dengan Metro, bersungguh bercerita gambar Amber Chia yang pernah menghiasi majalah Playboy edisi Indonesia itu. Kononnya kali ini di Taiwan, Amber Chia bergambar tanpa coli untuk sebuah majalah hiburan.

Jadi apa masalahnya?

Serius, aku dungu atau aku bodoh, aku tak nampak sebarang masalah dengan Amber Chia nak bergambar sebagai model di mana-mana negara, samada berpakaian sopan atau tidak berpakaian walau seurat benang sekalipun.

Dia memang rakyat Malaysia tapi tidak pernah termaktub yang rakyat Malaysia tidak boleh bergambar seksi di mana-mana majalah? Lagipun dia model, memang model memerlukan badan yang cantik dan seharusnya badan cantik yang ada untuk dipertontonkan. Memang dah macam tu jadinya definisi model. Kalau sesiapa tengok America Next Top Model pun tahu, yang model perlu sehingga berbogel untuk ambil gambar. Nak salin baju belakang pentas pun, nak jimat masa memang selamba setakat topless-topless ini. Jadi apa kecoh dengan Amber Chia itu?

Kalau nak kecoh juga, kecohkan sekali tentang anak-anak tak dara tapi tak sabar tunggu acara nikah kahwin untuk menerokai dunia 3gp lucah itu. Apabila dah tersebar sana-sini video klip tak pakai baju mulalah tak senang duduk.

Monday, June 16, 2008

Penjawat Awam dan Gaji Dua Kali Sebulan

Ada seorang bertanya buah fikiran aku berkenaan sistem baru yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan kepada kakitangannya. Gaji dua kali sebulan oleh kerajaan, apa pendapat aku?

Biar aku terus ke bullet point terakhir,

Aku bukan kakitangan awam, aku tidak bekerja dengan kerajaan, jadi aku tidak ada hak dan kesan terhadap sistem baru ini. Kenapa aku harus bising-bising samada bising bersetuju atau bising membantah jika ia tidak memberi aku baik kesan langsung atau tidak langsung?

Apapun, aku harap rakan-rakan di sektor awam mampu menyesuaikan diri.

:)

Sunday, June 15, 2008

Demo, Minyak dan Paklah

Sejak demontrasi 13 Jun, aku banyak membaca blog sana blog sini bercerita tentang isi padu demontrasi tersebut. Apapun aku tertarik dengan tulisan sebol mengenai demontrasi itu. Tolak BN atau demontrasi kenaikan harga minyak? Apabila melihat gambar-gambar demontrasi, wajar buat aku tergelak. Apakah ini? Orang cerita pasal minyak, minta kerajaan turunkan harga minyak, lu cerita minta BN step down? Ini bukan musim pilihanraya nak buat kempen mengundi kat kertas undi. Dah kira undi 8 Mac lalu, sudah sudahlah tu. Tunggu empat-lima tahun lagi untuk berkempen sakan.

Mana-mana parti politik memang suka betul mempolitikkan apa yang berlaku. Bas Intrakota buruk yang tersadai dijadikan isu oleh Mahathir, ada yang lain ambil kesempatan untuk mempolitikkannya juga. Itu buat aku tergelak. Bas-bas buruk itu, memang sudah layak dilupuskan, dibakar serta direntungkan. Sebagai pemaustautin di Kuala Lumpur selama 5tahun (ya baru lima tahun), sepanjang bas-bas expired date itu beroperasi, setiap hari ada sahaja jalan sesak akibat bas rosak tersadai dipinggir jalan, kadangkadang di tengah jalan. Apakah membaiki sebuah bas buruk yang sudah sampai usia campak ke laut lebih menguntungkan dari membeli bas-bas baru yang lebih tahan lama dengan rupa yang lebih cantik dengan siap ada paparan route nya? Kata hendak menarik pelancong. Kalau nak sangat hidup di zaman dahulu, apa kata panggil sahaja bas-bas mini warna pink dari kubur balik berkhidmat di Kuala Lumpur!Haha. Ops! Kejar, topik aku sudah lari ke laut.

Apapun, jangan percaya janji Paklah. Lihat gambar dibawah and you will see the irony.

Gambar satu: Macammana anda boleh percaya ini?

Gambar dua: Jika ironinya, dua hari berturut-turut, berita yang dipaparkan tersasar jauh?

Posted by Picasa

Subsidi dan Laju Betul Orang Kita

Aku dah agak hari semalam (yakni hari sabtu 14 jun) merupakan hari menyerang pejabat pos. Agaknya kerani pejabat pos pun malam sebelumnya sudah merasa trauma untuk menghadapi hari bekerja semalam. Manakan tidak, gambaran dikejar oleh pemilik-pemilik kenderaan bermotor berdaftar di Malaysia sudah pasti memenuhi ruang kepala mereka.

Dan semalam maka betullah,semuanya berpusu-pusu ke pejabat pos di seluruh negara. Pukul 8.00 pagi pejabat pos di buka, namun ada yang sanggup beratur seawal selepas subuh! Wow! Berdisplinnya rakyat Malaysia. Sesiapa yang sekadar nak pos surat, nak beli setem, rasanya tangguhkan dululah kalau tidak penting. Memang kaunter berasingan tetapi kalau dah penuh satu ruang dengan pemilik kenderaan sahaja, macam tak best sahaja.

Aku kagum dengan rakyat Malaysia.Pantas! Cuma pantas hanya untuk dapat duit. Bab-bab lain, tak laju. Sentiasa tunggu saat akhir. Kita biasa dengan fenomena ini, beratur panjang di hari akhir untuk permohonan kad pengenalan baru, beratur panjang di hari akhir untuk menghantar borang cukai pendapatan (beberapa tahun lalu sebelum e-filing diperkenalkan), beratur panjang di hari akhir untuk apa sahaja. Cuma apabila berkenaan mendapat duit, seolah tiada hari ke dua (walaupun kerajaan kata sampai tahun depan dan mungkin tak sampai apabila kerajaan boleh berubah fikiran hampir in the blink of the eyes atau dalam bahasa melayunya kata sekelip mata).

Dalam pada itu, ada pula temubual oleh stesen tv mengkipas nombor satu di Malaysia dengan warga negara Malaysia yang IQ tahap kurang pandai. Yang dengan gembira memberitahu, lepas ni boleh menyimpan sebab dapat duit dari kerajaan sebanyak RM625. Sebelum ni macam tak cukup duit sebab tak ada dapat duit. Adeh, for god sake, are you really that stupid???

Wednesday, June 11, 2008

Mana Beras Malaysia?

Semalam aku ke Carrefour Wangsa Maju untuk membeli barang makanan harian. Tetapi tiba di seksyen beras, aku tengok banyak yang kosong dari yang berisi. Melilau aku cari beras yang murah. Iyalah, katanya ada beras super 5% dan super 15% dipasaran. Itu yang aku cari. Al maklumlah, bukan berkira sangat tekak aku ini. Masak nasi pun jarang sekali tetapi aku suka simpan bekalan. Manalah tahu kalau ada kecemasan, tidaklah mengagau mencari beras!

Sebaliknya setelah berlegar tiga empat kali, tak jumpa sebarang jenis super tempatan pun. Beras cap kambing atau cap harimau tidak ada. Yang ada hanya beras cap Thailand dan cap Kemboja. Mana beras dari Malaysia? Yang kononnya pengeluaran tidak terjejas itu? Sudah habis dek belian panik pengguna atau sudah habis di sembunyikan pembekal tamak haloba yang sedang menunggu harga dinaikkan sama mahal dengan harga beras Thai?

Sudahnya aku tak jadi beli beras di Carrefour. Atau dua faktor, tiada beras yang kurang harga dari RM30.00, serta tiada dalam paket 5kg. Ayya, aku nak beli buat apa sampai beras 10kg? Makan sesorang, mahu 2tahun baru habis.

Aku singgah di Giant Setiawangsa, ada beras Jasmin super tempatan, Jasmin 5%. Semuanya dalam pek 10kg. Ayyo...mana pek 5kg? Sudah habis disorokkan? Atau tak untung dijual? Akhirnya aku jumpa pek 5kg. Satu-satunya pek lima kg yang aku jumpa sejak dari Carrefour tadi. Tapi beras wangi Thai. Huh. Harga 5kg, sama mahal dengan 10kg beras Jasmin. Apa patut aku beli? Sudahnya aku terpaksa beli beras wangi Thai 5kg walaupun harga sama dengan Jasmin 10kg atas satu sebab nyata, beli 10kg kalau tak habis makan sebelum berkutu pun membazir juga.

Gambar 1: Tempat kosong, yilek beras tempatan



Gambar 2: pening makcik tu tengok harga beras.




Gambar 3: Banyak je beras import. Mana mana beras Malaysia yang didakwa tidak berkurangan itu???


Posted by Picasa

Tuesday, June 10, 2008

Harakah Demam? Atau Aku Demam?

Setahu aku, tarikh 12 Julai telah dipilih untuk berdemonstrasi (lagi!) kat KLCC. Tiba tiba Aizam bagitahu tarikh demo adalah 13 Jun seperti yang dikeluarkan oleh harakah. Apa, aku demamkah? Atau harakah yang demam.

Atau ada dua perhimpunan? Kalau dua perhimpunan, apa pasal dibuat pada hari bekerja? Sebagai warga Kuala Lumpur, aku menyampah sangat-sangat dengan demo dihari bekerja. Atau sebarang sekatan jalan raya akibat demo, atau sebarang sekatan jalan untuk apa-apa acara sekalipun kerana satu jalan sahaja tutup, seluruh ibu kota akan mengalami kesesakan luar biasa tenatnya. Secara rasionalnya, buatlah di hujung minggu, lebih ramai yang panas hati akan turun menyokong.Aku rasa, demo demo juga, akhirnya orang atas sana buat dunno juga.

Atau hanya kesilapan tarikh? Tertukar dengan tarikh kenduri kahwin anak jiran tetangga? :)


Posted by Picasa

Monday, June 09, 2008

Nilai Seringgit

Di waktu aku kecil-kecil dulu, selalu aku mendengar cerita dari arwah nenek yang dia pergi sekolah bawa 10sen sahaja. Kuih pun harga 2-3sen sahaja. Semasa itu aku mendengar dengan kadar ‘ala…nenek mesti tipu neh’. Mana ada kuih boleh beli dengan harga 2-3sen.

Ini cerita 20tahun lalu. Semasa itu nilai 10sen masih boleh membeli gula-gula 3 biji atau pemadam pensil seketul.

Dengan kenaikan harga keperluan asas sekarang, membuatkan aku terfikir mungkin 40tahun nanti, apabila aku bergelar nenek (haha..panjang imaginasi aku), mungkinkah aku akan bercerita kepada cucu aku nilai seringgit pada tahun 2007? Atau tahun 2008? Kerana pada tahun 2007 seringgit masih boleh beli 3 biji kuih. Tahun 2008 mungkin tidak lagi.

Agaknya cucu aku juga akan merasa aku menipu kerana pada zamannya seringgit hanya boleh beli seketul pemadam pensil atau sebiji gula-gula Cadbury. Atau mungkin pada zamannya RM10.00 = RM0.10 di zaman nenek aku? Sekarang pun dah rasa nilai seringgit itu sangatlah kecil. Apatah lagi di masa hadapan, mungkin dalam 4-5tahun lagi. Tambah tambah dengan kadar inflasi yang tak payah jangka memang sah naik pada tahun ini.

Friday, June 06, 2008

Kenyataan Tak Pandai Seorang MB

'Too long in comfort zone' huh? Siapa yang berada dalam comfort zon? Kalau macam ni, aku yang tak berapa angin dengan kenaikan harga minyak pun rasa nak angin. Apalah malang bermenteri besarkan orang yang apabila mengeluarkan kenyataan tak fikir panjang dulu ni. 'The price hike teaches us to appreciate what the government have done?' Oh my God...saya pengsan dulu ya. Terima kasih.

Tidak lupa kepada Encik Sami No Value yang mengeluarkan kenyataan 'rakyat masih bertuah kerana petrol naik RM0.78 sahaja'



Posted by Picasa

Musykil Dengan Politik TV3

Betul aku amat-amat musykil. Buletin Utama jam 8 malam tadi memang penuh dengan berita mengenai kenaikan harga minyak. Yang lebih memusykilkan ialah barisan orang awam yang ditemubual mengenai maklumbalas kenaikan harga minyak dan kebenaran menjual bahan api kepada bukan kenderaan Malaysia.

Buat apa temuramah rakyat asing? Yang ditemuramah itu pula begitu gembira dengan penarikan perlaksanaan pengharaman penjualan minyak (sia-sia makcik owner petrol station kat kelantan mengamuk masuk tv dua-tiga hari lepas). Tidak hanya dengah sengih ceria, siap ucap terima kasih kepada kerajaan Malaysia lagi. Kenapa tidak ditemuramah rakyat tempatan yang tiba-tiba ditengah bulan ni naik harga petrol? Tengah bulan dalam pusingan gaji. Atau sudah ditemuramah tetapi disebabkan semua yang ditemuramah memberi maklumbalas negatif, maka TV3 memadamkan temuramah itu dan digantikan dengan temuramah cadangan pergi kerja naik basikal?

Apapun, TV3 lagi mantap kuasa beli jiwa raga kerajaan dari RTM milik kerajaan. Kalau tidak, takkan Shahrir Samad ke TV3 malam pengumuman dan hari ini baru ke TV1? Huhu.

Thursday, June 05, 2008

Harga Minyak Naik, Point Kad Mesra Pun Naik! Yea!

Setelah hampir dua tiga minggu, buletin utama dan sekutu berita jam lapan malam disuruh brainwash rakyat dengan krisis kenaikan minyak mentah dunia, maka semalam drama itu tiba dikemuncaknya.

Semuanya tiba serentak. Entah siapa yang buat delivery order. Krisis makanan dunia, harga beras naik. Harga minyak naik. Patutlah remaja sekarang pakai baju kecil-kecil, patutlah artis sekarang pakai baju nampak pusat dan dada, nak menjimatkan kain rupanya. Al maklum..lepas ini semua kena tukar gaya hidup.

Aku mendengar berita di radio 24 pagi tadi, ada panel yang ditemuramah berkata bukan sebab kenaikan harga minyak yang membuatkan rakyat marah. Rakyat marah kerana tidak di beri notis, tidak diberi masa untuk menelan maklumat, membuat pengiraan semula. Bayangkan sidang akhbar yang kononnya untuk mengumumkan cara-cara menangani krisis minyak pada jam lima petang, digemparkan dengan kenaikan harga minyak sebanyak 41% berkuatkuasa 7 jam selepas itu! Kalau ditanya pada kerajaan sudah tentu jawapannya ialah, kalau beri notis 2-3hari, makin banyak subsidi kerajaan terpaksa digunakan kerana masa yang lebih panjang untuk belian panik pemilik-pemilik kenderaan. Huh.

Subsidi 2-3hari pun nak berkira, janji-janji manis hanya dimulut masa pilihanraya dulu apa cerita? Aman, selamat makmur? hhahaha. Apabila harga minyak naik, kuasa pengguna makin kurang, yang terdesak...adalah yang ceburi kerjaya baru sebagai pencuri. Sudah tentu, kadar jenayah juga meningkat berlipat kali ganda dengan tekanan kenaikan harga. Yo! Aman?

Ada orang kat YM semalam sikit punya tak guna otak apabila buat status.Katanya 'harga minyak naik, marah. Kalau taknak terkesan jangan pakai kereta lah' Sorry naik lori, kamulah yang paling tak ada otak apabila buat status. Bukan hanya kerana harga minyak naik, orang nak marah oh key? Minyak merupakan perkadaran tetap dengan harga barangan lain. Kalau minyak naik 30sen, harga seketul ayam naik 50sen. Harga setin susu naik 20sen. Harga segelas teh tarik naik 30sen. Harga tarif elektrik pun meningkat juga. Pendek kata, harga semua barang adalah akan naik mencanak-canak. Sudahlah sekarang dengan krisis bekalan makanan dunia lagi. Ia bukan hanya terkesan kepada pemilik kenderaan. OK????

Satu lagi yang aku muskil, hari itu katanya nak turunkan gred minyak. Mana pergi idea itu? Apabila gred minyak turun, harga sedikit rendah. Kata kereta besar yang kaya pakai ron99, kereta biasa-biasa pakai ron95. Mana? Mana?

Oh kemusykilan utama aku ialah bayaran balik RM625 dalam bentuk wang kiriman di pejabat pos apabila pemilik kenderaan berkapasiti kurang dari 2000cc memperbaharui cukai jalan. Ini aku amat musykil.
1. Perlaksanaannya bermula 1 Julai 2008. Untuk pergi membayar cukai jalan sendiri dipejabat pos, anda mesti mempunyai geran kereta. Geran kereta pula hanya akan diberi oleh pihak bank apabila kereta anda habis hutang dengan mereka. Untuk golongan berhutang ini, selalunya encik runner yang pergi. Jadi, bagaimana hendak mendapatkan duit yang langsung tidak boleh cover sakit naik harga barangan itu?

2. Bagaimana pula jika pemilik kenderaan pergi memperbaharui cukai jalan mereka di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan? Apakah selepas ini secara mandatori semua orang perlu ke pejabat pos untuk memperbaharui cukai jalan?

Apapun, setiap apa yang berlaku ada benda baik disebaliknya. Dengan peningkatan harga minyak ini, (dapat 3liter sahaja untuk RM10.00), pemilik kad-kad royalti contohnya Kad Mesra akan cepat menambah point mereka. Iyalah kalau sebelum ini purata belian minyak RM300 sebulan, sekarang sudah boleh jadi RM450 sebulan. Bukankah penambahan point juga sebanyak 150point tu?? Makin cepatlah dapat home theathe 65,000point dari Real Rewards! Yuhuuu.. tak sabar tak sabar. Hahaha.

Wednesday, June 04, 2008

Kemalangan Bas Bukan Dejavu

Bas jatuh gaung, dejavu?? Tidak, dejavu kalau sesuatu perkara berlaku sekali. Kalau berlaku berkali-kali itu sudah tidak boleh dipanggil dejavu. Itu kecuaian manusia lahabau.

Kejadian berlaku di Lebuhraya Karak. Ala, lebuhraya yang sangat horror dan menakutkan itu. Sesiapa yang selalu lalu lebuhraya itu tahu bagaimana keadaan jalannya, selekoh-selekoh tajam di tempat turun bukit dan sebagainya.

Jika dari Karak ke Kuala Lumpur, jalan selepas terowong Bentong itu memang maha menakutkan. Secara jujurnya walaupun aku merupakan frequent driver di jalan tersebut, tetapi tak pernah tak rasa seram dan merasa seolah-olah bila-bila masa sahaja boleh hilang kawalan stereng di tempat selekoh S itu. Selekoh S turun bukit!!

Dan bas laju di Lebuhraya Karak ni bukannya sekali ini sahaja. Bas memang eksen tahap gaban sebab dia besar. (Sebab tu pemandu basnya juga amat besar kepala). Mengambil kira pengalaman sendiri di hari Ahad lepas, sewaktu perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Terengganu, aku sendiri melihat bas-bas dari Genting dengan penuh ghairahnya berebut lorong paling kanan dengan kereta-kereta lain. Aku sendiri menjadi mangsa buli bas di jalan selepas terowong Bentong apabila bas yang laju ini beriya-iya makan jalan walaupun dia menggunakan lorong tengah.

Dalam kemalangan terbaru ini, 2 meninggal 17 parah. Aku boleh bayangkan rasanya di selekoh mana yang bas ini terbabas. Mungkin berhampiran dengan papan tanda 'Hentian Gombak 5km' Di situ pun jalannya agak menakutkan. Oh pendek kata, lebuhraya karak merupakan lebuhraya yang menakutkan. Silap kawalan sedikit ada juga yang terhumban masuk gaung dan sebagainya. Oh, yang paling tak puas hati pemandu hanya menjalani rawatan sebagai pesakit luar. Huh!



Posted by Picasa


Monday, June 02, 2008

Taman Tamadun Islam ka?

Di hari Jumaat yang lepas, sempatlah aku berkunjung ke satu tempat yang agak errr amat kontroversi sewaktu awal-awal perasmiannya iaitu sekitar kawasan Pulau Wan Man. Ala, Pulau Wan Man yang ada masjid paling havoc di Malaysia tulah. Masjid Kristal. Semperna cuti sekolah, aku bawa adik-adik aku ke sana. Beserta mak dan ayah sekali. Maka berjalanlah kami ke Masjid Kristal. Tidak ada apa sangat yang hendak dilihat kecuali masjid Kristal. Yang menjadikan satu jam perjalanan sungguh rasa tidak berbaloi. Masjidnya agak kecil.


Sebenarnya, aku tidak ingin bercerita lanjut mengenai Masjid Kristal. Kalau nak tengok sila pergi sendiri. Aku nak bercerita mengenai Taman Tamadun Islam. Yang letaknya berhampiran dengan Masjid Kristal. Aku mengambil keputusan untuk masuk ke taman itu. Oh, ada diskaun 50% semperna cuti sekolah. Ini sudah lebih dari bagus. Bayaran dewasa dari RM20.00 di turunkan kepada RM10.00. Bagi kanak-kanak pula, bayaran dikurangkan menjadi RM5.00.

Maka berjalanlah aku terkedek-kedek masuk ke dalam taman itu. Nah, terus rasa blur. Apa yang hendak dilihat? Kami diberi buku bernama pasport Taman Tamadun Islam di pintu masuk. Menurut penjaga pintu masuk, pasport ini hendaklah di cop di semua monumen yang kita pergi. Oh, TAPI BUAT MASA INI, HANYA MASJID NEGARA sahaja yang boleh dicop. Yang lain belum siap sepenuhnya. Ok tidak mengapa.

Sampai di depan permainan, aku dah dua kali blur. Tidak tahu apa yang hendak dibuat. Ke mana hendak dituju. Apa yang hendak dilihat. Aku bertanya di kaunter pertanyaan, katanya naik TRAM percuma (TRAM (kenderaan pengangkutan untuk mengelilingi seluruh taman). Ok, aku ambil keputusan nak naik TRAM. Melanguk tunggu di tepi replika masjid China, TRAMnya tak sampai-sampai. Oh sudahkah aku sebut, yang replika itu masjid itu langsung tidak boleh disentuh. Siap papan amaran 'dilarang sentuh, hargai kerja anak watan'. What?? Bayar RM10.00 tapi tak boleh sentuh apa-apa?? Monumen tu diperbuat dari span basuh pinggan ke? Ke kaca kristal? Sampai tak boleh sentuh? Batu bata je aku nampak. Jadi apa salah dengan menyentuh? Buat taman berjuta takkan fragile gile monumennya? Adeh


TRAM kemudiannya sampai setelah tunggu hampir 15minit, dan bilangan orang yang nak naik tidak boleh ditampung oleh TRAM yang kecil itu. Ini satu hal lagi, hari Jumaat ramai pengunjung tak ada initiatif nak banyakkan TRAM? Akhirnya aku bagi peluang untuk adik-adik kecil dan mak ayah aku naik TRAM. Aku decide jalan kaki dengan adik perempuan aku.


Semasa jalan kaki baru aku sedar, taman tu tak besar mana pun. Adalah agaknya saiz dua setengah padang bola. Dan kebanyakkan belum siap sepenuhnya. Landskap belum siap. Monumen belum siap. Banyak tempat belum siap. Jejambat belum siap. Kayu kayan berselerakan di sana sini. And yet they charged us RM10.00 per head????? Sepatutnya kalau tak siap jangan buka atau masuk percuma sahaja. Kalau setakat masuk tengok orang tengah bekerja nak siapkan monumen, tak tengok pun lagi bagus.


Ada satu tempat yang aku pergi, aku lupa apa nama monumen itu, tapi kena panjat tangga naik tengok kat atas. Tengah-tengah aku jengah bahagian dalam (dengan tiada niat nak masukpun sebab berkarpet), kedengaran suara perempuan 7meter dari tempat kejadian shout cakap nak masuk buka kasut. Ada dua sebab kenapa aku rasa macam nak jadi harimau lapar masa tu.
1. Tak payahlah nak memekik. Aku bukan masuk taman tak siap tu percuma.
2. Patut letaklah papan tanda, sila tanggalkan kasut, tidak perlulah nak memekik sejauh-jauh alam. Oh lupa pula aku, taman tak siap lah katakan.


Berhampiran kaunter pertanyaan merangkap tempat jual air, ada permainan kanak-kanak. Space shot versi terbantut dan merry go round dan roda ferris kecil. Sudahlah caj lagi (selepas harga tiket masuk ke dalam taman), mahal dan tidak berbaloi langsung!


Apapun aku cuma nak cakap, aku tak puas hati. Bayar tiket masuk bagai nak rak hanya untuk masuk dan menjadi blur kerana semua tempat belum siap. Ya tiada orang paksa aku masuk ke dalam Taman itu, tidak ada yang letakkan pisau di leher aku untuk membayar harga tiket, TETAPI aku tidak jangka menemui taman dengan keadaan begini. Mungkin peruntukkan tak cukup, dan bayaran tiket pengunjung boleh mendatangkan sedikit pendapatan untuk menyiapkan taman. Yang lagi haru bukan cuti sekolah RM20.00? Untuk masuk ke taman yang alahai..sadis wa nak cerita oh key!


Oh sampai sekarang aku masih musykil kenapa monumen Taj Mahal berada di dalam Taman ini? Apa kaitan Taj Mahal dengan Tamadun Islam? Ya di dalamnya ada masjid. Ya ia mempunyai kubah bawang. Takkan sebab itu sahaja?


Gambar 1: Jejambat memerhati monumen yang belum siap. Siap dengan kayu kayan bagai. Kalau ada kanak-kanak yang tidak tahu apa, lepas dari pengawasan orang dewasa naik dan jatuh, nak jawab apa? Taman belum siap???? Perhatikan juga landskap belum siap itu. Huhu.


Gambar 2: Banyak betul papan tanda seperti dibawah yang aku nampak dalam kunjungan jalan kaki 20minit aku keliling "TAMAN". Lawatan akan datang? Mungkin tidak.


Gambar 3: Tiket masuk sebagai bukti takut ada yang kata aku suka sabotaj tarikan pelancong negeri sendiri. Bukan nak sabotaj, aku taknak orang lain rasa perasaan yang aku rasa. Sila kunjungi Taman Tamadun Islam (kalau berhendak) dalam masa 5-6 tahun dari sekarang. Apabila ia siap sepenuhnya nanti.

Posted by Picasa

Sunday, June 01, 2008

Anak Pontianak Yang Menakutkan

Heboh pasal sekarang ini orang ngeri dengan pelakon Anak Pontianak. Pantang tengok, maka menjerit-jerit macam kena sawan. Bukan apa, anak pontianak yang seorang itu memang menakutkan. Bukanlah lakonannya begitu memberangsangkan sampai orang tak boleh tidur malam terkenang akan ngeri dan menjadinya lakonannya kerana ramai yang menganggap kalau letak kayu pun, kayu boleh berlakon lagi bagus dari dia, tetapi kerana sebab sebab lain.

Anak pontianak ini yang beberapa bulan sebelum ini heboh dengan gambar bogel seksi-seksa dengan boyfriend, turut menghilangkan diri seketika selepas menafikan gambar itu milik dia. Dengan alasan super stupid iaitu gambar itu adalah gambar superimpose. Wala weh, superimpose lutut kangaroo hang? Ini bukan zaman 90-an asal ada gambar bogel, terus kata superimpose dan orang percaya bulat-bulat, kotak-kotak dan pentagon-pentagon terus. Ini zaman celik IT, superimpose memang makin advance, tapi mata dan akal manusia pun super advance juga sekarang.

Yang terbaru, anak pontianak ini berpesta di Port Dickson dan tersebarlah gambar ngeri super seksinya. Nasib baik juga dia tidak menafikan gambar itu bukan gambar dia atau gambar itu 'look like me, body like me, boobs like me, but no...it is not me'

Apapun yang menarik perhatian aku ialah penjelasan anak pontianak dalam suratkhabar mingguan minggu lepas, yang menjelaskan anak pontianak cuma memakai baju itu seketika untuk ambil gambar kenang-kenangan dan koleksi peribadi sebelum menukar kepada pakaian yang lebih bersopan. Muahahahaha, Muahahahaha double triple muhahahaha. Ko kantoi! Sudahlah kantoi, jawapan tahap babun sindrom down gitu. Tang koleksi peribadi aku percaya, Tang pakai baju seksa seketika HANYA untuk ambil gambar tu, aku seratus peratus tidak percaya.

Aku rasa dah sampai peringkat anak pontianak, balik kampung tanam jagung atau bela kambing untuk sara hidup. Dunia hiburan tidak memerlukan seseorang yang alahai..berlakon macam kayu, kontroversi tak sudah-sudah. Seseksi-seksi Jue Aziz, dengan kisah-kisah cintanya tak ada pula gambar paling tak senonoh terpampang di internet. Dalam erti kata lain, pandai makan pandailah simpan. Atau sengaja taknak simpan? Nak popular dengan tak cukup kain baju gitu?