Friday, May 23, 2008

Selamat Tinggal Batu Puteh...



Akhirnya setelah 7bulan dari tarikh perbicaraan, akhirnya keputusan telah dibuat oleh Mahkamah Keadilan Dunia (ICJ) yang memihak kepada Singapura untuk Pulau Batu Puteh. Selepas ini tiada lagi Pulau Batu Puteh kerana di Singapura ianya dikenali sebagai Pedra Branca.

Ada yang memandang ianya win-win situation. Tapi kepada yang tahu fungsi google search image pasti mengakui, ia bukan win win situation. Middle Rocks is nothing compared to Pulau Batu Puteh. Tapi cepat-cepatlah pergi pacak bendera ya, takut tak terjaga kena claim dek negara yang letakkan 5kali ganda jarak dari Malaysia pula. Dari segi geografi memang ya, Pulau Batu Puteh lebih dekat dengan Johor tetapi dari zaman pemerintahan Inggeris ia sudah berada dibawah pentadbiran Singapura. Diberi kebenaran oleh kerajaan Johor! Rumah api itu milik Singapura dan di uruskan oleh Singapura. Eh tapi fikir seminit, Singapura juga sebahagian dari Tanah Melayu sebelum ini, jadi bagaimana pula Pulau Batu Puteh boleh jadi milik Singapura pula ya?

Bolek dikatakan aku rasa sangat kecewa kerana kekalahan ini macam maruah negara. Ada seseorang kata kat aku 'kandang babi kat tanah besar beratus meter rileks je...kalah batu puteh macam kalah perang' Of course darling. Tak kisahlah Pulau itu seketul batu atau hanya sebesar tong sampah sekali pun, ini merupakan satu cara pensempadanan negara juga. Pulau batu bata yang tak ada kebestan itu kalau dipandang dari sudut ketenteraan sepertinya, sebuah jambatan ke Laut Cina Selatan. Sesiapa yang berjaya mendapatkannya secara tidak langsung seperti melantik mereka menjadi pengawal kepada laluan ke Laut Cina Selatan. Banyak menda boleh buat. Radar dan sebagainya

Aku harap Wilayah Iskandar tidak berakhir seperti ini. Ikutkan cerita cerita rahsia sana sini mungkin dalam tempoh 30-40tahun perkara sama mungkin berulang.

Harap kerajaan dan pihak berwajib segera kenal pasti mana-mana pulau di dalam kawasan Malaysia dan terus pergi buat tanda macam kita yang jaga. Harus tidak terlepas kepada negara lain lagi. Oh betul ke Langkawi sebenarnya pulau hanyut? Kalau betul, ikatkan dia kepada semenanjung, takut tergelunsur turun ke Singapura atau tergelincir naik ke Thailand pula. Huhuh

2 comments:

suealeen said...

tandakan jugak WPI tu besar2... kena implant satu chip dalam memori pembesar tentang perkara ni. kalo tak depa lupa...

selamatkan jugak pulau pisang... cepat2 pacak bendera di sana...

amoi said...

syg betul pulau batu putih jatuh ke tangan singapura...
tu la...awal2 sambil lewa je diaorg nih...huh...