Sunday, May 11, 2008

Perlukah Menderma Kepada Myanmar?

Ini bukan soalan provokasi. Ini soalan tanya dari isi hati. Melihatkan keadaan mereka sangatlah menyayatkan hati. Tanpa bantuan cepat dan tepat masa, angka kematian boleh meningkat berkali ganda. Tetapi pada masa yang sama teringatkan junta kejam mereka itu.

Mereka tidak menyediakan peruntukan untuk pengagihan barang dan bahan keperluan. Kalau kita hantar berbillion makanan pun, ada juga kesudahannya membusuk di pusat pengumpulan.

Dan, yang paling menariknya lagi, 48jam sebelum bencana itu berlaku, kerajaan Junta Tentera dilaporkan sudah dimaklumkan akan bakal trajedi itu tetapi mereka tidak mengambil apa-apa langkah untuk memindahkan penduduk di kawasan terbabit. Huh.

Yang aku ragui kini, derma wang dan sebagainya nanti ke mana akan disalurkan? Kepada kerajaan Junta Tentera itu? Bagaimanakah mereka akan membelanjakan wang bantuan berkenaan. Ada kemungkinankah yang mangsa akan menerimanya? Macam slim chance sahaja. Sudahlah mereka menegaskan bahawa mereka akan mengagihkan sendiri bantuan yang diterima. Tidak mahu kehadiran sukarelawan asing.

4 comments:

sebol said...

Hantar sumbangan ke Mercy la.
Orang Mercy yang jaga dana itu, dan orang mercy yang ubatkan mereka.

Pada pendapat aku, Mercy boleh dipercayai, Kalau tak, Takkan miLLa boleh join mercy

sebol said...

Ada lagi 1 pilihan alternatif
Kijang Care

Kalau nak sumbang sini

ezza erisa said...

oh...hari ini aku terbaca
tentera US dibenarkan masuk agihkan bekalan.

Mercy dah dibenarkan masuk ke? Aku tak dapat informasi lak.

sebol said...

hari tu kat blog mercy tulis sedikit sahaj yang boleh masuk