Tuesday, May 13, 2008

Perkara Biasa Di Panggung Wayang

Beberapa perkara di panggung wayang yang selalu kita nampak.

1. Tak pandai silentkan phone. Atau mungkin telefon mereka amatlah cap chicken sampai tak ada function silent.

2. Jawab telefon dalam panggung wayang dengan kadar yang kuat.
(Iyalah, nak lawan suara audio dari filem yang sedang ditayangkan.)

3. Kepala orang depan sangat tinggi dan dia tidak ada initiatif untuk merendahkan sedikit walaupun selamba diperli oleh orang belakang. Taula encik bayar seat itu, tapi orang kat belakang encik pun bayar juga nak tengok wayang, bukan nak tengok kepala gojeng encik itu.

4. Anak-anak kecil yang menangis macam kat pusat nusery. Ha, ini memang rasa nak terajang je. Tapi nak terajang mak ayah lah. Bukan baby tu. Kita tahulah baby tu bukan kira tempat, kalau dah dia rasa nak buat freeshow, dia melalak juga. Yang mak ayah dia sampai tak boleh tinggal anak usia 6-7bulan tu kat rumah dengan pembantu rumah apahal. Lepas budak tu melalak-lalak mula la buat-buat muka segan. Aku tengok di barat, mak ayah keluar untuk tengok wayang, siap upah pengasuh sekejab untuk jaga anak kat rumah. Untuk keluar berdua dan beromantik. Tahu ajelah bila budak kecil menangis, dia bukan makan pujuk macam budak-budak usia 4-5tahun.

5 Ha, cakap pasal budak umur 4-5tahun pula, aku boleh consider tengok wayang dengan adegan budak umur 4-5tahun berlari di alley atau duduk tak betah di kerusi untuk wayang kartun atau cerita kanak-kanak. More than that, ya, macam biasa rasa nak baling botol air kat mak ayah dia. Contoh terbaru, aku tengok iron man, selang dua-tiga buah kerusi ni, ada ayah bawa anak dia tengok filem ini. Tidak hanya budak ini tidak duduk diam, mulutpun tak diam. Asal keluar scene baru, duk bertanya..mana satu baik..mana satu jahat. Bapak dia pula buat derk je walaupun suara anak dia tu sama kuat dengan pembesar suara.

Boleh dikatakan, hampir every freaking minute, suara dia duk kedengaran tanya mana satu jahat dan baik. At least, ayah dia tu, cakaplah suruh diam sikit ke apa ke. Filem tu bukan dia tempah tiket khas untuk dia dan anak dia je. Respek duit orang lain juga. Kalau kita setakat nak dengar budak bersuara dari awal ke akhir filem, selama dua jam, baiklah ramai-ramai kita pergi taman permainan. Seronok pun seronok juga.

6. Oh beromen. Ini satu lagi yang aku rasa cukup menyampah. Macam tak ingat dunia. Bercium siap dengan bunyi-bunyi lagi. Tenggelam keasyikan gitu. Macamlah orang sebelah buta. Memanglah dalam gelap tapi tidaklah sampai buta adik-adik oii. Kalau kita berdehem dia buat tak reti, kalau kita sound dia buat pekak badak. Selalunya yang versi murahan macam ni, remaja kitalah yang tak reti cari tempat tertutup nak bermesra. Nak sewa hotel tak mampu, beli ajelah dua tempat duduk dalam gelap. Hahaha. Kesian.

0 comments: