Monday, May 05, 2008

Pengguna perlu ubah cara hidup: PM

PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata pengguna perlu mengubah cara hidup mereka dengan berbelanja mengikut kemampuan dan berjimat ketika dunia mengalami kekurangan bekalan makanan sekarang.

Perdana Menteri menasihatkan mereka supaya mengelak pembaziran, seperti semasa mengadakan kenduri, dan memainkan peranan membantu penguatkuasa mengawasi harga barang-barang.

“Mereka hendaklah melaporkan kepada penguatkuasa sekiranya berlaku kes penyeludupan, sorok dan penipuan harga,” katanya pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini, pagi ini.

Abdullah berkata rakyat yang mempunyai tanah pula digalakkan menanam sayur dan buah-buahan. - Bernama

Dulu encik Najib bersungguh-sungguh suruh orang ubah gaya hidup. Ini Paklah pula. Gaya hidup mana lagi yang hendak di ubah Paklah oi. Beras tu boleh dikatakan makanan ruji Malaysia. Kalau nak ubah, makan apa pula lepas ni? Spagetti? Satu pakej pun dah RM3-4. Tak termasuk harga barang nak buat kuah spaggeti lagi? Makan Sandwich? Sekeping sandwich pun RM2.00 bang lah oii..

Aku pemakan nasi tegar, dalam sehari mesti kena jumpa nasi sebab aku orang kampung asal dari Pantai Timur yang kat kampung aku tidak ada istilah nak makan KFC atau MCD sebagai makanan tengahari. Malah, kalau aku belikan KFC sebakul untuk hidangan kat rumah pun siap kena bebel...sebakul KFC RM35.00. Kalau beli ayam tak masak, boleh dapat dekat tiga ekor untuk buat tomyam makan dengan nasi. Jadi apa nak ubah tang mana lagi? Terutama orang-orang kampung macam aku ni. Nak ubah makan apa pula lepas ni?

Contoh paling best, jangan membuat pembaziran sewaktu kenduri. Siapa nak membazir waktu kenduri? Tapi..kita sedia maklum, mana boleh buat budget cukup-cukup sahaja. Silap-silap tak cukup lauk masa kenduri, ada juga yang jadi cerita lima keturunan.

Kenduri tu sendiri sedekah bagi orang makan ramai-ramai. Kalau lebih, diberinya tapau untuk jiran-jiran. Itu ke maksud membazirkah itu???? Bukan beli kapal terbang second hand itu ke maksud sebenar membazir?

PS: Nanti aku nak cuba tanam sawi dan kangkung kat beranda apartment,selain cuba ternak ikan didalam tangki air rumah aku. Oh serta juga bela kambeng di dalam third room rumah aku itu. Mungkin itu yang dimaksudkan dengan ubah gaya hidup by Paklah.



8 comments:

Jie said...

makan tahi hidung mcm sorang doktor tu syorkan..hahaha

hidup biar sedap: Beras dan tahi hidung

Anonymous said...

depa org² kaya ...org² VVIP tak pa plak nak perabih duit rakyat dok berjoli sakan...makan besaq memanjang...kalo ada oversea trip mau pi shopping sampai cecah ratusan ribu hinggit...balik² kita plak yg kena ubah cara hidup...banyak la cantek muka depa ni...

pakat² pakai kulit haiwan buat baju lepas tu makan ubi kayu...

-kak na-

zuhairy said...

ubah gaya idup mung erisar oiii.. makan less <- diet kaw2 biar kurus, petrol-travel less <- pegi keje naik beskal, shoppg less <- xyah beli baju yg byk guna kain.. pakai bikin-i je

hashim habeed said...

Menyahut seruan KERAjaan mari kita ramai ramai makan dedak kerana dedak masih belum naik harga lagi kita masak dedak beryani pas tu kasi tapau kat rumah Pak Lah
kasi dia tukan gaya hidup dulu baru cakap sama orang lain

Nadlique said...

Aku pelik satu je. Pemimpin negara kita cakap mcm-mcm. Tapi dia org sendiri buat ke? Suruh org tanah sayur kat belakang rumah, kat rumah dia kat Putrajaya tu buat ke?

Suruh Pak Lah tanam la sayur banyak-banyak kat belakang rumah dia. Hasilnya, distribute kat penduduk-penduduk sekeliling Putrajaya. Haha.

syamsulariff.com said...

kekalkan cara hidup berserdahana..cewahh :P

deidaa said...

Pah manno doh chatbox mu? Huhu!

oi narnia oit :D

Pena Dunia said...

aku setuju dgn zuhairy...
idup zuhairy...