Thursday, May 22, 2008

Lompat! Lompat!

Lompat lompat lompat apek lompat. Depan ada longkang, lompat! lompat! lompat apek lompat! <--di petik dari filem Ali Baba dan 40 orang penyamun.

Tiga hari lepas bapak lompat keluar, hari ke dua anak sulung kata taknak lompat. Hari ke tiga anak ke dua lompat keluar pula. Lompat lompat. (ikut nada lagu Black Eye Peace, Pump It).

Sungguh aku tak faham, sungguh aku tak nampak apa perlu berpecah belah. Parti dah dari awal goyang, shaking tunggu ribut je nak tumbang, boleh tak kalau semua bersatu padu dan tumpukan macammana nak naikkan kredibiliti parti? Bukan lompat sana lompat sini.

Seperti juga pemimpin utama UMNO itu, janganlah duk tuduh ahli itu sabotaj, ahli ini sabotaj nanti semua ahli kecil hati, kamu juga yang susah.

Bagi aku perang Mahathir nak menjatuhkan Paklah secara seiringnya memberi ruang yang luas kepada pembangkang untuk menaruh harapan lebih besar untuk menjadi parti pemerintah. Takkan Mahathir yang bijak pandai itu tidak sedar (aware) dengan kenyataan tersebut? Apa perlunya lagi ugut-ugut suruh letak jawatan. Ke nak ulang sejarah silam?

Paklah juga bukan naik memerintah secara rampasan kuasa. Paklah dicadangkan oleh Mahathir sendiri. Selain itu, ahli UMNO sendiri yang turut bersetuju untuk menjadikan Paklah sebagai Presiden UMNO sekali gus Perdana Menteri Malaysia. Kenapa Paklah nak lepaskan jawatan? Lagipun Paklah mesti tengah berfikir, kalau dia lepaskan jawatan... nasibnya akan jadi seperti Mahathir juga. Puas bersyarah sana sini...masih tidak dihiraukan oleh mana-mana pihak. Silap-silap berapa banyak klip video Paklah muncul untuk disiasat seperti yang dihadapi oleh Mahathir sekarang.

Tindakan Mahathir dan sekutunya bagi aku adalah tindakan terdesak. Aku masih tidak tahu motif sebenarnya. Betul ke sebab nak Paklah letak jawatan, atau nak rakyat mengalih perhatian dari kes klip video rakaman perbualan VK Lingam? Huh.

PS: Dalam Anwar tengah bermimpi indah, Ezam pula keluar PKR. Jadi kalau semua yang keluar memburuk-burukkan parti sendiri...parti apakah yang betul betul bagus? Mari aku sendiri jawab, parti tupperware!!! Boleh order tupperware cantik-cantik gitu! Kelas you....

2 comments:

Wawa said...

mana depa ada lompat kawan.

:)

dia keluar je lah.

ezza erisa said...

lompat keluar.
ahaks.