Tuesday, May 20, 2008

Kelakar pun Iya

Drama Tun M keluar parti UMNO sebenarnya bukanlah isu mengejutkan sangat. Dia dah memang tak puas hati. Hentam sana, hentam sini. Berucap sana berucap sini. UMNO lumpuhlah, pemimpin lemahlah. Nak tunggu lama mana lagi kan? Ikutkan dari hari pertama dia bersuara, aku dah agak dia akan buat juga tindakan tak berapa drastik ini. Tapi melihat rupanya malam tadi didalam berita, aku cakap kat adik aku...biar ajelah dia nak buat apa. Fikiran orang tua-tua ni selalunya sensitif sangat. Dia pun hidup tak lama lagi dah. Biar ajelah dia puaskan hati sendiri.Setiap orang ada pendirian. Mungkin dia berada begitu bertanggungjawab atas pemilihan Paklah dulu, maka dia buat apa yang dia buat semalam.

Aku cakap lagi pada adik aku, dia nak keluar itu hak dia. Dah lama dia kutuk-kutuk Paklah, kalau orang lain yang kutuk pemimpin tertinggi macam dia buat, aku rasa dah lama kena buang parti. Cuma sebab pengaruh dia besar, maka orang masih nak bersabar dengan dia.

Lagipun ikut rekod hubungan Tun M dengan SEMUA bekas timbalan perdana menteri semasa eranya dulu, tidak ada berakhir dengan tanpa kontroversi. Kalau pun ada yang sepi sedikit, ialah Tun Ghafar Baba.

Secara peribadi, aku sedikit kurang senang dengan kenyataan Menteri Besar Kelantan yang berkata, kalau Tun M nak masuk PAS, kita sedia terima dengan gembira. Politik memang huru hara, sekejab kutuk sana, sini tak betul sana salah. Sekejab betul, bagus, dan sebagainya. Sampai nak menumpang tuah kepopularitian Tun M di antarabangsa. Alahai....

Apapun, komen dari Menteri Penerangan dibawah ini mencuit rasa kelakar di waktu makan tengahari aku. What? Mati sebagai non UMNO member adalah sesuatu perkara yang patut dikesali? Kakakaka. Jadi ahli UMNO terjamin ke life after death?



Posted by Picasa

0 comments: