Thursday, May 15, 2008

Kah Bintang dan Kereta Barunya

Dua malam lepas, selepas menonton berita tv3 yang begitu ceria muka Kamaruddin Mape melaporkan HANYA 16 orang pelatih Program Khidmat Negara meninggal sejak dilancarkan terlihatlah aku iklan sebuah kereta baru.

Hyundai Elentra namanya.

Bukan apa, kepada Kah Bintang kalau pun hanya menjadi pengedar kalau hendak disiarkan iklan kereta di TV Malaysia, janganlah buta-buta import sahaja iklan dari negara lain. Memanglah kereta yang sama. Tidak perlupun buat kajian terperinci. Takkan tak sedar? Ke edisi mahu jimat budget sebanyak mungkin? Boleh tak sedar ciri paling utama sekali ialah kereta di Malaysia ialah berstereng di sebelah kanan.

Hampir aku pengsan tengok iklan kereta import yang satu ini, apabila dalam iklannya yang juga di import buta-buta sterengnya di sebelah kiri. Sudahlah dalam iklan itu banyak kali sebut perkataan 'right'. Right for your movement, Right for your side, Right for your space. Errr...right steering? No?

Iklan yang keluar kat TV itu...


5 comments:

Anonymous said...

entry ko yg ni sound stupid la sis. remeh sgt halnya..

ezza erisa said...

well, guess what..welcome to my stupid blog...;)

What I Saw Lately adalah temanya.

Tak pernah pula aku claim my blog is for serious thought only.

sebol said...

ini bukan perkara remeh
ini soal kedaulatan negara.

kalau syarikat luar tak mahu ikut peraturan pengiklanan negara, dan dibiarkan. Mana mahu letak peraturan itu?

Banyak syarikat asing boleh letak muka melayu untuk produknya, kenapa hyundai tak boleh?

ezza erisa said...

aku rasa mende ni bukanlah remeh sesangat..

pasal kalau belajar marketing dan promo...

utama sekali kita kena kaji behaviour etc

iklan ini contohnye nak letak kambing malaysia kat kutub utara. :)

dari segi marketingnya iklan ini sgt gagal kerana menampilkan kereta berstereng kiri kepada sebuah negara yang hampir 99& keretanya berstereng kanan DAn 100% jalan rayanya di cipta untuk kereta berstereng kanan

;)

kasorrga dunia said...

mokcik ni mmg gini... dia akan tulis apa saja yg meng'annoying'kan diri dia... kan ezza kan?

err... Hyundai Elantra, not Elentra. Typo error...hehehehe