Saturday, May 17, 2008

Harga Beras Naik, Angin Pun Cepat Naik

Memetik berita 16 Mei (alahai..lamanya..hari ini sudah 17 Mei) mengenai seorang peniaga pasar malam di Taiping, Perak yang kena belasah akibat menjual lauk mahal. Mulanya aku rasa, logik juga kalau kena belasah. Ada ramai peniaga yang kekadang gelap mata, gelap hati. Contohnya apabila harga minyak petrol naik lima sen, harga ayam bakar naik 30sen satu portion. Itu tamak haloba!

Tapi apabila membaca berita yang satu ini, sungguh aku rasa alangkah ceteknya dan dungunya akal orang yang membelasah peniaga berkenaan. Mengikut berita itu, utusan malaysia kalu tak silap, harga dua bungkus nasi yang dijual (bersama lauk tentunya) berharga RM7. Sebaik dinyatakan harga, wanita yang pada awalnya nak membeli nasi bungkus berkenaan terus mengeluarkan kata-kata kesat seterusnya meninggalkan gerai berkenaan. Tidak habis disitu, peniaga tersebut berjumpa dengan suami wanita berkenaan (kononnya untuk menerangkan perkara sebenar, tetapi aku rasa dia nak lepaskan anginlah...dah orang maki-maki dia kat gerai tempat dia cari rezeki), selepas bercakap sedikit, terus kena belasah.

Apabila harga barang naik, angin pun naik sekali. Tetapi dalam kes ini, RM7.00 untuk dua bungkus nasi bersama lauk adalah sesuatu yang biasa. Tak ada mahalnya pun. Aku tak tahu apa harga di Perak, tetapi di Kuala Lumpur RM3.50 untuk sebungkus nasi adalah sangat-sangat normal. Malah silap haribulan boleh menjangkau lima enam ringgit bergantung kepada gerai. Beras bungkus 5kg pun dah naik harga dari RM10.50 kepada RM18.95 ok?

Kepada orang-orang yang membelasah peniaga (dan orang lain juga), kalau rasa makanan kat pasar malam itu mahal, beli lauk pauk mentah, balik masak kat rumah. Kalau dah jenis malas nak masak, janganlah banyak komplen. Kita sentiasa ada pelbagai pilihan lain, belasah peniaga bukan satu daripadanya. Mereka juga mencari rezeki. Kalau mahal, tak usah beli lagi. Buat malu keluarga sahaja apabila membelasah peniaga hanya kerana RM7.00.

3 comments:

sebol said...

Nasi lemak rendang daging, separuh telur rebus yang aku selalu bali RM 3 sebungkus.

tak mustahil kalau jadi RM 3.50 kalau telur goreng.

BuahMelaka said...

Ini lah yang jadinya bila manusia dah lupa pada hukum hakam dan undan-undang. Setiap permasalahan diselesaikan dengan sendiri. Macam habil dan kabil. Itulah maknanya dunia ni dah nak kiamat. Seperti kejadian di Kagar Perlis, seorang suami telah mati dibelasah oleh orang ramai. Nampaknya manusia sekarang ini dah tidak ubah seperti binatang. Saya setuju dengan pandangan penulis, kita pengguna mempunyai pilihan dan ada kuasa pengguna. Gunakanlah sebaik-baiknya akal yang tuhan telah berikan jangan sesekali jadi binatang yang tidak pernah dikurniakan dengan kelebihan ini. Renungkan lah.

ezza erisa said...

Nasi lemak ayam seketui...
RM4.50
kalau campur telur goreng. RM5.20.

harga di kedai makan bawah office.