Monday, May 05, 2008

Gath Kcarlife @ MMZ Bukit Jelutong

Berjumpa-jumpaan bebudak forum di MMZ pada 26 April 2008. Sehari sebelum itu, aku bersihkan tangki air pejabat. Hohoh, iron lady gitu. Hari sabtu itu begitu penat dan rasa tak larat. Kalau tak sebab dah janji dengan cyberia eh cyber tobat aku takkan pergi. Sudahlah lupa print map.

Dalam perjalanan, sampai di Shell di Shah Alam, tengok ramai bebudak kancil. Eh selamat dengan selamba aku berhentikan kereta. Cyber kata ini mesti bebudak nak konvoi pergi ke MMZ ni. Call Cik Emmie, rupanya makhluk itu sudah sampai di MMZ.

Disebabkan aku dan cyber tak pasti apakah kancil-kancil yang berkumpul di Shell itu adalah geng-geng kcarlife, maka aku bergerak ke MMZ sahajalah. Tersesat barat utara timur selatan sampai ke Puncak Perdana pula lepas tu. Muahahaha

Akhirnya selepas pusing dan pening akibat sesat barat, sampai juga ke MMZ. Di tempat letak kereta dah nampak banyak kereta bersticker kcarlife. Telefon Emmie, ciskek minah tu duk depan skrin tv tengok bola. Semua meja penuh akibat orang tengok bola. Terumbang kambeng aku dan cyber. Tak tahu nak duk mana satu hal...tak tau nak buat apa satu hal. Akhirnya duk tersorok di belakang. Makan minum berdua sahaja sebelum datang sorang lagi yang juga terkambeng sumbang joint.

Selepas perlawanan bola tamat, serta merta restoren clear. Barulah boleh gather gather kat depan dengan orang lain. Kemudian sessi melawat kereta bermula. Dimulai dengan kenari lawo amat milik naim yang menjadi pujaan cyber dari awal sampai. Selepas sessi gossip-gossip, mengumpat beberapa umat dan sebagainya...baliklah ke rumah.

Tak suka betul pergi gath, serta merta semangat nak cantikkan dan tinggikan kuasa kuda kereta tahap gaban mencanak-canak tingginya. Hahaha. Oh disebabkan aku bawa cyber yg demam pergi gath, esoknya aku jangkit demam. Hilang suara empat hari. Best best. Pasal lama sangat dah tak demam.


Image Hosted by ImageShack.us










Kebanyakkan gambar aku minta dengan En Jarlut. Terima kasih Jarlut. Hehe.

Posted by Picasa

2 comments:

Anonymous said...

lama betul tak jumpa en. naim..aku dulu beli dashboard L5 kat dia..si wan takeoff datang tak erisa..rindu la dengan diaorang..sejak kahwin ni aku kena kurung dengan wife aku hehehe~venomie~

Anonymous said...

kena kurung ker takut bini venomie....??cian venomie....