Thursday, May 01, 2008

Duit Saya! Duit Saya!

Drama Balkis merupakan satu siri drama yang cukup popular pada beberapa hari yang lepas. Dilakonkan oleh pelakon utama iaitu isteri ketua pembangkang Selangor dengan bantuan beberapa mak datin lain.

Sinopsis drama itu berbunyi eh..tak payah sinopsis lah...kita ringkaskan menjadi sebaris sahaja, Mak Datin bawa lari hampir 10juta ringgit Malaysia.

Oh kena sinopsis, nantikan kena saman pula sebab salah fakta.

Isteri Ketua Pembangkang Selangor itu "memindahkan sementara" duit dana Balkis ke dalam tabung Bakti dengan sebanyak 9.9juta ringgit dengan alasan errr..ada alasan ke? Duit itu dipindahkan menurut isteri pembangkang perlu dipindahkan bagi menjamin ianya mencapai matlamat Balkis untuk menolong kanak-kanak.

Apa masalah Datin ni? Duit persatuan, kalau ada orang baru menerajui, biarlah dia yang teruskan matlamat itu. Biarlah dia yang pergi tolong kanak-kanak dengan duit itu. Yang Datin begitu susah payah sampai nak pindah-pindah akaun. Tak boleh terima kenyataan yang duit berkenaan bakal jatuh ke tangan orang lain ke?

Seketika aku teringat akan dalam Mastika Mei, satu cerita di zaman Khalifah Uthman kalau tak silap. Semasa zaman pemerintahannya, isteri beliau telah menghadiahkan satu selendang (kalau tak silap) kepada seorang isteri ketua negara yang lain. Kemudian di balas oleh isteri ketua negara lain itu dengan permata yang sangat indah.

Sampai ke mahkamah, Khalifah Uthman membawa perkara itu, samada layakkah isterinya menyimpan permata itu atau harus diberikan kepada tabung negara kerana katanya, isterinya tidak mungkin menerima hadiah itu sekiranya beliau bukan isteri kepada seorang pemimpin negara.

Dan walaupun keputusan mahkamah memihak kepada isterinya, dibenarkan menyimpan permata tersebut, tetapi isteri Khalifah Uthman yang baik hati itu...memberikan permata itu kepada tabung negaranya.

Selepas membaca cerita itu, dibandingkan dengan cerita Balkis, aku tertanya-tanya sendiri....adakah seorang isteri pemimpin sekarang yang berhati semulia itu? Siap pindah duit ke akaun pertubuhan lain adalah. Mencari isteri sebaik isteri khalifah Uthman pun sudah susah, apatah lagi mencari pemimpin seadil dan saksama seperti khalifah Uthman itu sendiri. Huhu.

0 comments: