Friday, May 02, 2008

Cukup-cukuplah Bicara Tali Pinggang...

Tidak tahu apa lah yang hendak dibisingkan lagi. Ada yang kata, sekarang kereta cuma boleh naik empat orang sahaja sebab penguatkuasaan tali pinggang, mana boleh, tak adil untuk orang berpendapatan rendah...tak ada duit nak beli kereta besar!... Adesh macam-macamlah.

Pertama, sila rujuk geran kereta anda. Ada tulis berapa capacity penumpang dibenarkan. 5 bukan? Kalau lima, sudah tentu jumlah penumpang dibenarkan adalah lima. Kalau yang kecil-kecil boleh sumbat sampai 4-5orang dibelakang. Itu sahaja ruangnya. Harap-harap tidak ada bunyi lagi. Masihkah kita semua ingat tentang sebuah kereta Proton Wira yang dipandu oleh seorang guru sekolah yang menyumbat kalau tak silap aku, 10orang pelajar ditempat duduk belakang dan akhirnya menyebabkan kemalangan dan membabitkan kematian penumpang? Apakah ini yang kita hendak ulang?

Menurut bacaan aku sebelum ini, jika tali pinggang dua sahaja pun di belakang, dan ke dua-dua tali pinggang ini digunakan, adalah tidak menjadi kesalahan untuk penumpang ke tiga dan ke empat dan ke sepuluh untuk berada di tempat duduk belakang TANPA memakai tali pinggang. JADI apa masalah perlu diungkit-ungkit kembali tentang penguasaan yang lebih mendapatkan keuntungan dari keburukan. EXTRA CAUTION ini lah nanti yang apabila berlaku kemalangan dan tidak membabitkan penumpang belakang (yang daya impaknya lebih kuat kalau berlaku kemalangan), akan kedengaran ayat 'mujur / nasib baik pakai tali pinggang'.

Yang paling tak puas hati dengan pelbagai 'excuses' atau dalam bahasa melayunya alasan pihak yang konon tidak nampak kepentingan tali pinggang belakang ini, menambahkan kos etc. Bagi yang tak mampu, carilah sahaja tali pinggang terpakai di kedai-kedai potong. Tear and wear tali pinggang bukan macam enjin kereta pun. Mekanismanya pun mudah sahaja. Jarang betul rosak. Selalunya kereta rosak banyak kali pun, tali pinggang masih utuh lagi. Yang 12tahun punya umur pun masih elok lagi.

Sekadar renungan, kalau kita mampu tingkatkan sistem audio dari dua speaker bodoh kepada subwoofer canggih dengan segala componentnya, dari cassette player OEM kepada DVD siap dengan monitornya, dari rim besi kepada sport rim 17 incinya, dari seat buruk kepada seat recaronya, dari enjin 660cc kepada enjin gtr34 nya, apalah sangat pasang tali pinggang kan.

0 comments: