Thursday, May 01, 2008

Bank Suruh Berhutang!

Sejak kebelakangan ini, aku dihujani dengan panggilan telefon dari banyak pihak yang mendakwa mereka dari sekian-sekian bank menawarkan aku pinjaman peribadi. Hari ini bank cap kambeng, esoknya bank cap kepala unta dan banyak lagi.

Sudahnya apabila menjawab telefon, aku akan menjawab dengan nada sedikit tidak senang, saya tidak memerlukan duit pendahuluan untuk apa-apa tujuan sekalipun.

Cuma setelah 3-4kali telefon aku berbunyi dengan pemanggil mempunyai niat untuk mempengaruhi aku untuk membuat hutang, ada dua tiga perkara yang berlegar difikiran. Tapi yang utamanya ialah

DARI MANA MEREKA MENDAPATKAN NOMBOR TELEFON DAN, NAMA PENUH SERTA MAKLUMAT PERIBADI AKU? SIAPA? BANK MANA? PIHAK MANA? YANG MENJUAL MAKLUMAT PERIBADI AKU KEPADA ORANG-ORANG YANG MENDAKWA MEREKA DARI BANK ITU DAN INI?

Apabila dah banyak-banyak kali di telefon, eh terpengaruh juga minda untuk membuat hutang. Janganlah aku terpengaruh. FUh kiri fuh kanan, baca jampi sikit.

Kalau dulu penuh dengan panggilan nak menjual barang atau melancong kononnya dengan syarat bagi nombor kad pengenalan dan nombor kad kredit untuk pengesahan, sekarang lebih menakutkan. Mereka sudah ada semua informasi itu, mereka menawarkan aku untuk berhutang? huhuhuh..

Aku tidak memerlukan hutang baru, hutang kereta aku pun lagi dua tahun nak selesai. Aku ingin merasa hidup bebas hutang ok? Maka banyaklah duit aku boleh katak joli nanti.

3 comments:

hashim habeed said...

Saya pernah menerima pangillan telepon dari Syarikat insurance yang mengatakan mereka adalah smart partner dengan syarikat kad kredit cap kambeng atau cap unta. Mereka mengatakan saya antara pelanggan yang bertuah menerima pangillan untuk enroll program mereka. Bila ditanya apa bertuah tiada yang bertuah sama saya dengan insurance yang lain. Specialnya hanya dapat memotong kad kredit saya tanya henti henti sehingga saya mampus atau x bole bayor.
Saya mengadu masalah ni kepada Bank cap Kambeng dan cap unta. No respon so far. Diaju pula kepada bank Negara Lagi Tak Ada Respon.

RainTurb said...

ribet jiga, tapi apa Anda sudah tau dari mana mereka dapat nomor telepon Anda?

Anonymous said...

sistem keselamatan peribadi kita dah musnah..pihak lain sewenang-wenangnya menjual maklumat peribadi kita untuk kepantingan mereka...dengan siapa patut kita lapor?~venomie~