Tuesday, May 13, 2008

Alahai Adlin, Melodi dan Rantai

Apabila gambar Adlin Aman Ramli mula berlegaran di internet disebabkan suatu perkara, iaitu kononnya rantai yang dipakainya sewaktu menjadi pengkritik jemputan Akademi Fantasia adalah berunsurkan salib, aku menunggu-nunggu dia membuat penjelasan. Lama aku menunggu. Malah aku juga tidak membuat apa-apa komen selain bersangka baik. Kerana gambar itu cuma sekeping, entahkan kesilapan teknik kamera atau kesilapan mata, kita membicarakan sesuatu yang serius. Jadi aku diam. Nak tengok gambar, sila google 'rantai adlin'. Rasanya berlambak keluar.

Hari ahad lepas pun aku hampir terlepas menonton Melodi. Gara-gara terpaksa bangun awal pagi dan akhirnya menjelang tengahari, aku sudah tidak boleh membuka mata lagi. Tak apa, kesimpulannya, akhirnya aku tengok juga ulangan di tv3.com.my. Nasib baiklah ada juga siaran di internet.

Oh, yang menjadikan aku menyampah dengan Adlin dan isu rantainya serta juga kepada Melodi adalah:

Melodi, Dah kau temubual Adlin pasal isu rantai lambang salib, apa ke bangangnya di tunjukkan Adlin joget-joget dalam Jangan Tidur Lagi. Apa kata tunjuk sahaja klip masa dia mengkritik dengan gambar seiras salib itu? Buat apa tunjuk klip yang langsung tidak ada kena mengena. Selama ini kalau tang artis yang kurang digemari oleh melodi, nah..sampai ke lubang kubur kau gali. Ini macam ni je? Tak ada sebarang walau sekeping slide photo Adlin pakai rantai itu ditunjukkan? Macam inikah rancangan sensasi TV buat cerita? Terjah terjah, serkap ke longkang?

TV3, tahulah Adlin tu pengacara Jangan Tidur Lagi tapi ini bukan sessi promosi rancangan TV3, ini sessi rancangan apakah betul rantai Adlin itu rantai salib. Jadi jangan meraban siarkan klip yang ke laut.

Adlin, kalau dah betul itu bukan salib, apa kata bawa sahaja tunjukkan dihadapan kamera rupa sebenar rantai kamu itu semasa Melodi siarkan temubual itu, bukankah ini akhirnya boleh membersihkan nama kau sendiri? Udahlah jawapan meraban..tak ada bukti pula tu. Spekulasi berterusan.

Dan kalau betul itu bukan lambang ke arah salib, hey...there are zillions of other type of objects yang boleh dipilih. Kenapa nak pakai juga yang kononnya bukan salib tapi lima kali pandang pun macam salib? Alahai...adlin....poning cik kiah.

1 comments:

kasorrga dunia said...

aku sokong mu kutuk TV3...
TV3 nih poser...poyo...
kecuali cerita Sindarela...hik hik hik