Thursday, May 22, 2008

Aiyaa, Cat Food pun Mahal lorr...

Makan roti lor Ayu lepas ini.

Semalam aku ke kedai makanan haiwan. Hendak membeli makanan untuk Ayu. Selalunya harga 1.5kg Science Plan adalah RM40.00. Di satu kedai yang aku selalu pergi ini, selalunya dapat diskaun sebanyak RM4.00. Menjadikan harganya selepas diskaun ialah RM36.00. Kadangkala juga, aku akan belikan satu pek kecik 300gram makanan jenama Royal Canin. Sebab jarang beli, aku lupa harganya berapa.

Jadi semalam, aku ambil satu pek 1.5kg Science Plan dan satu pek kecil Royal Canin (RM14.00), dan terus ke kaunter. Keluarkan duit RM50.00. Sepatutnya cukuplah. Tetapi, sebaik Science Plan 1.5kg itu di scan, harganya ialah RM45.00. Diskaun RM4.00 dapat RM41.00. Royal Canin pula dapat diskaun RM1.50. Total aku kena bayar ialah RM53.50.

Terkejut kucing aku seketika, makanan kucing pun sudah naik harga 5.00 sepek! Fuh, Malaysiaku Gemilang. Berapa banyak lagi barang yang jarang kita guna atau nampak naik harga rupanya dah naik mencanak-canak?

1 comments:

Anonymous said...

Ayu tu makan ke roti?..hehe mentari :)