Tuesday, April 22, 2008

Wat Maghi Semule Pitih Minyok Tuh...

Mungkin begitulah dalam loghat Terengganunya Menteri Besar Terengganu yang baru meminta duit royalti minyak (seketika di panggil wang belas kasihan aka ehsan)di kembalikan kepada Kerajaan Negeri dan tidak lagi diberikan secara terus kepada Kementerian-kementerian tertentu melalui Kerajaan Pusat. (mengikut berita hari Ahad di dalam akhbar-akhbar utama tempatan). Bagus juga Menteri Besar baru ini, berani bersuara.

Terlupa sejenak aku, siapakah yang menarik wang royalti itu sehingga diuruskan oleh Kerajaan Pusat? Bukankah di zaman Tun Dr Mahathir yang tidak senang melihat akan pemerintahan PAS menarik balik wang royalti itu dengan penuh kata-kata yang tidak ada perjanjian di antara kerajaan negeri dan pusat dan tidak ada duit royalti?? Oh. Tun Mahathir memang sudah nyanyuk. Penyangak besar ini orang! Kemudian selepas hampir 10 tahun, dia mengaku pula ada perjanjian berkenaan wang royalti tetapi di tarik balik (memutar-mutarkan ayat kerana itu merupakan kemahiran utamanya) kerana takut akan disalah guna oleh kerajaan pemerintah Terengganu ketika itu. Iaitu kerajaan PAS.

Sebelum PAS memerintah Terengganu, berpuluh tahun Wan Mokhtar menjadi Menteri Besar Terengganu, hampir sama tempoh dengan Tun Mahathir memerintah Malaysia, apakah hasil pembangunan dari wang royalti minyak yang dapat dilihat?? Tidak ada juga, jadi Tun Mahathir amat ngok ngek mengatakan takut wang royalti di salah guna oleh kerajaan Pas. Kerajaan BN sebelum 1999 entah bagaimana gayanya? Sayangnya ketika itu tiada internet, tiada blog, tiada kamera canggih untuk mengintip kegiatan. Tidak seperti sekarang. Masjid Kristal pun boleh diedit menjadi muka hantu dan setan. Kalau 2004- 2008 penuh kecaman terhadap Paklah, Idris Jusoh, Patrick Lim, Khairyl Jamaluddin memonopoli duit wang ehsan, sebelum 1999 siapa yang memonopolinya? Tun M, usah seperti meludah ke langit, setinggi-tinggi perginya, jatuh ke muka sendiri.

Aku harap Ahmad Said boleh menghafal lagu tema filem Pontianak Harum Sundal Malam untuk didendangkan di telinga pihak tertentu.

Pulangkan.....pulanglah...pulangkan........pada ku.....
(lirik sila rujuk kepada Misha Omar)

Tapi bukankah kes tuntutan royalti minyak ini masih berlanjutan di mahkamah dari zaman pemerintahan Pas lagi? Takkan tiba-tiba mudah sahaja ia dikembalikan kepada Kerajaan Terengganu. Tunggulah pihak-pihak berkepentingan dapat menangguk sehingga boleh bina rumah berdindingkan kristal berbumbungkan permata di luar negara dulu. Barulah rocks!

Apapun, masa Ahmad Said bersuara memang tepat. Serba salah pemimpin utama. Apapun keputusan yang dibuat oleh Paklah berkenaan isu ini, sudah pasti memberi kelebihan dan isu kepada penentangnya. Bak kata pepatah, ditelan mati keluarga, diluah mati kedudukan.

4 comments:

waibee said...

Sy merantau dok Nganu dah 6 tahun tp satu perkara yg sy x faham ngan orang Nganu - budaya tak kisah /rileks(dok pe!). Kalu laa royalti minyak nih ditarikbalik kat Sarawak/Sabah..rasanya mahu rakyat negeri tu memberontak..tapi org Nganu rileks je..jenuh PAS perjuang masuk mahkamah isu nih tapi akhirnya kalah election.

Juga kos makan kat Nganu..kekdang mengalah rege KL...tp org Nganu rileks jugak. Masa sultan diderhaka baru2 nih...mula2 nampak org Nganu rileks jugak nasib baiklah ada NGOs Nganu yg bangun berjuang..Alhamdullillah orang Nganu dah mula nampak realiti. Syabas MB baru Nganu...andalah hero rakyat Nganu..semoga terus memimpin rakyat memperjuangkan hak! Bayangkan royalti minyak 1 billion setahun...huh Nganu boleh jadi negeri paling maju di M'sia!
p/s ini pandangan peribadi sy - orang Nganu jangan marah2 yer!

ezza erisa said...

kebanyakan orang terengganu tidak tahu berkenaan wang royalti..ramai yang start tahu bila PAS ambil alih ganu dan Tun M tukarkan ia menjadi wang belas kesian.

Sebab itu lah agaknya jadi dok ape dok ape. Dan kebanyakan orang ganu yang duk ganu..adalah golongan bicara kedai kopi...tak puas hati gi kedai kopi....ada pendapat gi kedai kopi...mereka kadangkala tiada tempat untuk memberi tahu ketidakpuasan hati mereka.

Nak jumpa wakil rakyat pun..kat rumah bukan selalu ada. Manjang hilang. Pergi mana pun tatau. Akhirnya jadilah warga ganu....politik kedai kopi :)

eddyra said...

mapuhhh mapuhhh...

Pena Dunia said...

1Bil bg mu... mmg banyok wahai waibee said... kalu utk menaik tarafkan idup rakyat tganu...x cukup lg aku rasa. aku akui la, zaman w.mokhtar dulu xdok pembangunan. tp zaman derih jusoh...aku rasa... byk kakloh pembangunan walaupun baru merintoh 1 penggal jah. aku setuju kalu pas merintoh... kerajaan pusat dok wi pitih. dok natang dok kekoh org... mu nok tulon org hok kekoh mung? pah ke mapuh mu dok tulong... tp... duit tuh disalur dgn hemah jugok aku rasa. mu kelik tgk sekoloh2 di tganu naik mcm camboh...pagar sekoloh baru... org meskin leh pitih...ibu tunggal buleh pitih..(x nafi ada hok kedaroh ke dia sendiri jugok). tp... at least kjaan pusat tulon gok la rakyat tganu. bo lah kecek... wat sakit otok jah... hehehhehe