Friday, April 11, 2008

Somethings Fishy

1. Susulan Rompakan di KLIA
2. Keretapi Sabah Tergelincir

1. Susulan Rompakan di KLIA
Berita hari ini sungguh mengejutkan. Kamera CCTV tidak dipasang. Wow, mengejutkan. Apa masalah MAB sehingga kamera yang sepatutnya menjadi mata dan telinga pusat kawalan tidak di pasang? Secanggih-canggih KLIA yang mendapat tempat sebagai antara lapangan terbang terbaik dunia akhirnya kantoi juga. Kamera CCTV tidak dipasang?? Buat apa pasang kamera itu sendiri jika tidak mahu memantau. Kedudukannya yang senang di lihat, mungkin membuatkan pihak pengurusan berkata, 'tak payah on lah...orang nampak cctv ada kat situ....musti tak berani buat dajal.' Nah ambil lah pengajarannya sekarang!

Satu lagi yang fishy mengenai rompakan itu ialah, seorang anggota polis yang off duty, membawa pistolnya ke KLIA. Dan pistol itu jugalah yang diambil oleh perompak untuk menembak dalam kejadian itu. Wow! Bagaimana seorang anggota polis yang diluar waktu bertugas boleh membawa pistolnya ke sana sini seperti dalam cerita koboi?

Dua kebetulan ini, macam ada sesuatu yang tidak kena. Apabila banyak sangat kebetulan, ia macam nampak terancang. Kebetulan apakah ini?

Si yang kena rompak juga, sebenarnya membuat kesalahan. Duit tunai sebanyak itu tidak dibenarkan dibawa keluar atau masuk. Mungkin beliau tidak tahu fungsi TT (Telegraphic Transfer) agaknya.

Oh...bagaimana pula seorang warga Bangladesh, selamat naik kapal terbang sehingga ke Bangkok dengan membawa pisau? Apakah pemeriksaan keselamatan di KLIA amat rapuh dan goyah? Dengan penuh rasa rendah diri aku rasa ya! Aku pernah berjaya membawa air mineral dalam botol 500ml menaiki pesawat MAS. Walaupun had limit cecair ketika itu sudah dikuatkuasakan hanya dibenarkan membawa cecair dibawah 100ML. Beg sandang aku sekadar melalui pemeriksaan tetapi agaknya tidak dipandang???

2. Keretapi Sabah Tergelincir
Buletin Utama semalam dengan muka penuh gembira dan ceria melaporkan 'Hanya dua orang sahaja yang terbunuh dalam kejadian Keretapi Tergelincir di Tenom' Hanya??? Hanya??? Seolah-olah nyama Tuminah dan Tukiman itu tidak berharga walau lima sen sekali pun.

Dan menurut satu sumber (siap dengan rakaman MMS), ini bukan kejadian pertama. Sudah berlaku dua kali sebelum ini (tetapi tidak mendapat liputan akhbar). Untuk warga Sabah keretapi yang mempunyai 4 stesen sepanjang 49kilometer routenya itu memang sesuatu yang betul-betul keperluan. Dengan ketiadaan jalanraya, keretapi adalah satu-satunya sumber pengangkutan mereka. Mungkin Kerajaan Pusat patut melihat dengan teliti masalah pengangkutan di Sabah dan Sarawak.

7 comments:

sebol said...

Memang patut menteri Pengangkutan diberikan kepada sabah

bukan jadi hak tetap mca

Jie said...

Dush....dush...budak ni , kan..

Kak Jie nak naik kapaiterbang minggu depan nak p cuti² Malaysia kat Sabah..ngapelah ko hightligh kedua² kejadian yang AKAN bersangkut paut dgn Kak Jie?

ha ha ha... cuak la pula!

ezza erisa said...

argh..saya tepis saya tepis...:P

bercuti kat sabah, jangan lupa gi pasar filipina..beli gelang tangan pearl barang sekilo dua..hehehe

Abu Sofeyyah DM said...

menarik komentar ...keep it up !

Wawa said...

ezza, air mineral mmg boleh bawak kalau penerbangan domestik.

aku rasa kau refer pada penerbangan domestik kan?

aku selalu aje bawak air naik kapal terbang.

yang 100ml liquid tu untuk international fligts.

anyway, yang lain2 tu aku setuju. a
there is something fishy.

:)

oh perkataan hanya tu, itu yang aku tak puas hati smlm mas atengok berita.

infact aku siap highlight pada sebol (tatau dia perasan ke tidak) pasal penggunaan hanya.

Maybe diorangnak cerita, ok tak ramai yang mati..dua orang je..tapi if i were the victims family member..i'd freak out.

anyway kak jie, KK is such a nice place.

shouldn't worry too much. Accidents happen anytime, anywhere.

doa sahajalah ia tak berlaku diketika kak jie berada di situasi itu.

Wawa said...

ezza, air mineral mmg boleh bawak kalau penerbangan domestik.

aku rasa kau refer pada penerbangan domestik kan?

aku selalu aje bawak air naik kapal terbang.

yang 100ml liquid tu untuk international fligts.

anyway, yang lain2 tu aku setuju. a
there is something fishy.

:)

oh perkataan hanya tu, itu yang aku tak puas hati smlm mas atengok berita.

infact aku siap highlight pada sebol (tatau dia perasan ke tidak) pasal penggunaan hanya.

Maybe diorangnak cerita, ok tak ramai yang mati..dua orang je..tapi if i were the victims family member..i'd freak out.

anyway kak jie, KK is such a nice place.

shouldn't worry too much. Accidents happen anytime, anywhere.

doa sahajalah ia tak berlaku diketika kak jie berada di situasi itu.

ezza erisa said...

wawa,
aku terlepas bawak 500ML air mineral ke not so international, indonesia.. hehehe