Sunday, April 06, 2008

Ron95 Menyelesaikan Masalah?

Beberapa hari lalu, aku terbaca sebuah berita yang mengatakan kerajaan dalam perancangan untuk memperkenalkan minyak Ron95 unleaded dan peruntukan subsidi untuk Ron97 akan digunakan untuk subsidi Ron95 ini.Harga Ron97 dijangka akan meningkat berikutan ketiadaan subsidi dan harga Ron95 akan lebih murah. Kereta-kereta biasa boleh menggunakan Ron95 manakala kereta-kereta mewah seperti Mercedes, BMX eh BMW pula menggunakan minyak Ron97 yang lebih berkualiti. Bermakna orang kaya bayar lebih.

Perancangan ini merupakan serampang dua mata kepada kerajaan.
1. Harga minyak tidak dinaikkan.
2. Kerajaan tidak menanggung beban subsidi yang besar.

Jangan pula apabila harga Ron97 dinaiikan kepada 2ringgit lebih selitar, Ron95 diperkenalkan dan diletakkan harganya RM1.92. Sudah tentu dari segi perbandingan, harganya lebih murah tetapi kualitinya sudah berkurangan.

Apakah semua kereta boleh menerima Ron95? Kereta tempatan boleh ke? Gosh aku sendiri tidak tahu apakah grade minyak permulaan yang paling minimun untuk kereta aku.

3 comments:

sebol said...

Ada pegawai kerajaan buat homework.

Idea aku kedengaran rupanya.

mypapit said...

sudah tentunya boleh, RON92, RON95, RON97, RON99 semua boleh pakai, cuma beza performance saja. kalau rasa tak syok dgn RON95, boleh je guna RON99 yg lebih high performance yg ditawarkan di stesen minyak.

sub_zero said...

dulu mase aku naik moto..
ade minyak hijau & biru..
minyak biru tu lg murah berbanding minyak hijau..
minyak hijau better tp mahal..
minyak biru pulak murah tapi kalau slalu guna..
nnt enjin motor honda ex5 boleh rosak..

adekah minyak yg nak diperkenalkan nnt..takkan menyebabkn ape2 implikasi yg x elok kat enjin motor & kereta?

better pihak gov buat research ttg quality minyak yg nak dijual..& kesesuaian pd enjin2..

yg aku pelik..bio petrol kn ke ade?
nape xmo guna?
takut petronas bungkus ke?