Tuesday, April 22, 2008

Nyanyuk Agaknya Kak Pidah....

Image Hosted by ImageShack.us

Payah betul apabila golongan tua bersuara. Hendak dikatakan nyanyuk tetapi masih menjadi pemimpin. Tetapi kadangkala terasa macam persembahan opera. Oh mungkin juga seperti menonton aksi cerita kungfu. Terajang sana, sepak sini..tetapi sepak angin. Dan sebagaimana. Dalam erti kata lain, bunyi kuat...tetapi rupanya peluru kapur. Sedikit lagi boleh guna kapur barus.

Aku cuba mengelak menonton berita politik di televisyen, waktu berita perdana sengaja aku alih-alihkan saluran agar tidak mendengar mengenai babi, ayam hutan dan juga zirafah. Aku lebih suka baca surat khabar percuma di pejabat kerana aku boleh skip mana-mana berita yang aku rasa membosankan dan mungkin juga bohongan.

Dalam artikel di atas, aku tak faham kenapa Kak Pidah nak slam slam parti pembangkang? Isu paling lawak ialah, kenapa pembangkang masih berdiam diri mengenai janji nak turunkan harga minyak. Eh bukankah itu bidang kuasa Kementerian yang jatuh dalam Kerajaan Persekutuan? Sepertimana cadangan Shahrir sebelum ini untuk menggunakan minyak Ron95? Apa kena mengena dengan bidang kuasa kerajaan negeri?? Aku rasa setahu aku yang tak berapa cerdik ini, janji turun harga minyak hanya boleh dikotakan sekiranya kerajaan persekutuan turut diperintah oleh pembangkang. Jadi apa masalah kak Pidah? Nyanyuk?

Adehei..

4 comments:

Anonymous said...

ezza ,

tu dah tak layak nak panggil kakpidah...kena panggil atuk pidah kots....

-kak na-

sebol said...

Ada hadiah...

http://sebolku.blogspot.com/2008/04/beras-terpilih-beta.html

hashim habeed said...

korang kena anggap berita lu cam Astro Raja Lawak.
Baru Kelakar habis...
Kalu itu suma mentri kasi no HP
bole la keta ramai2 pakat SMS
Contoh:
Kak_Pidah>ML>32999
ML= Menteri Lawak
BAru tau sapa yang paling lawak

zuhairy said...

kak pidah bkn nyanyuk..tp terlupa daa.. kan kita mudah lupa.. nak kena mkn examo plus byk2 ni..