Monday, April 28, 2008

Monorel, Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri

Berita mengenai monorel Penang mungkin dibatalkan sekiranya tiada sefahaman antara kerajaan negeri Pulau Pinang dan Kerajaan Pusat mengisi ruang berita utama di Mingguan Malaysia semalam. Terperanjat Khairyl (read: beruk) aku seketika. Tak ada angin, tak ada ribut, tsunami 8 Mac sahaja yang ada. Apa tiba-tiba keluar berita nak dibatalkan ni?

Malam tadi berita utama pula membicarakan hal yang sama. Kemungkinan monorel akan dibatalkan. Tetapi bukan untuk menghukum rakyat. Kalau dah tak jadi buat, bukan ke menghukum rakyat? Cis belit macam ular sawa punya cerita la lu.

Mengikut kenyataan ketua menteri Pulau Pinang, belum ada sebarang rundingan dibuat mengenai monorel. Jadi kenapa berita sudah menwar-warkan mengenai kemungkinan pembatalan sesuatu yang belum di bincangkan pun??? Sebab ia membabitkan parti pembangkang memerintah negeri Pulau Pinang? Memang dasar hampeh.

Menurut ketua parti gerakan iaitu Koh Tsu Koon pula, ia adalah perkara normal sekiranya sesuatu projek dibatalkan sekiranya tiada sefahaman. Ya normal. Memanglah normal kalau berita mengenai kemungkinan pembatalannya di siarkan SELEPAS perbincangan, bukan sebelum. Stupido idiota betul.

3 comments:

Anonymous said...

jgn lupa, yg alasan PM-UMNO-BN dulu masa naikkan harga minyak 30 seng seliter disebabkan nak membangunkan pengangkutan awam..bila projek2 cmni tak jadi, kemana pulak duit2 tu.. masuk fixed deposit ker

Pena Dunia said...

aku tetap dgn pendirian aku... dokkan mu nok wi pitih ke org hok dok kekoh mung? pikir logik la...
hahahhaha

ezza erisa said...

encik pena dunia,

aku tak faham maksud bagi duit pada orang yg duk gigit kita tu

1. monorel projek tuk rakyat
2. monorel projek kerajaan pusat
3. monorel projek yang tendernye akan dibuka oleh kerajaan pusat
4. hanya masalah tanah sahaja berkaitan dengan kerajaan negeri
5. apakah monorel memberi keuntungan kepada kerajaan negeri? Ya

6. apakah monorel memberi keuntungan KEPADA RAKYAT
DOUBLE YA

Kata kerajaan untuk rakyat, tapi kalau nak buat monorel dengan tagline kat tapak pembinaan 'SATU LAGI PROJEK BARISAN NASIONAL' pun berkira...mana kerajaan untuk rakyat itu?

:D