Tuesday, April 01, 2008

Mana Pengerusi OIC?

Sejak beberapa hari lepas negara dan seluruh dunia Islam bagaikan tidak senang duduk apabila sebuah filem pendek dari seorang ahli politik Belanda (The Netherlands) yang berjudul Fitna tiba-tiba memasuki dunia alam maya. Sungguh hina sekali filem itu, maka tidak hairan ia mengundang kemarahan yang bukan sedikit oleh mereka yang beragama Islam. Yang tidak menonton pun sudah tidak dapat mengawal kemarahan apabila agama mereka diperkotak katekkan sebegitu apatah lagi yang berpeluang menontonnya.

Di Indonesia, rakyatnya mengadakan perhimpunan di hadapan kedutaan Belanda. Di Malaysia juga ada perhimpunan itu diadakan. Ada juga pasaraya-pasaraya mengambil pendekatan memberi tahu pengguna apakah barangan keluaran Belanda semperna kempen boikot barangan keluaran negara tersebut. Banyak juga forum-forum di internet yang turut membincangkan perkara ini.

Tetapi, aku merasa ada sesuatu yang hilang. Tun Mahathir sudah menyatakan pendiriannya. Parti pembangkang sudah, Persatuan Pengguna Islam sudah. Mana pernyataan dari Pengerusi Pertubuhan Negara-Negara Islam (Organisation of the Islamic Conference)? Mana? Aku masih menunggu. Agama Islam sudah dihina sebegitu rupa, tetapi seseorang yang dipanggil Pengerusi OIC hanya diam tidak membuat sebarang pernyataan. Mungkinkah apabila ditanya wartawan, beliau akan menjawab 'Saya tidak tahu'? atau 'Oh I See'?

Sepatutnya OIC melalui Pengerusilah, orang pertama yang bersuara. Dan Perdana Menteri Malaysia juga tidak memberi sebarang ulasan terhadap penerbitan filem ini. Kenapa mesti beliau dan beliau (Pengerusi OIC dan Perdana Menteri Malaysia) mendiam seribu bahasa?

3 comments:

zairulkm said...

aisey ezza..you ketinggalan keretapi..Pak Lah dah serahkan tugas Pengerusi OIC tu pada negara Senegal..rasanya dlm mid Mac...tp sbb Pak Lah busy sgt..diwakilkan kepada YDP Dewan Negara..tak salah..aikk..org dok UK lagi tahu nih..hehehe

ezza erisa said...

alamak...iyalah..masa hari persidangan kat KL tuh..adeh lupa... :D malu malu..edit skit lah tang nama paklah itu..heheheh

yang jadi isu sedikit pasal dia tak hadir sendiri untuk majlis penyerahan tugas...

aisey....

but still as Penrdana Menteri Malaysia dia sepatutnya keluarkan juga pernyataan.

sebol said...

Selain dari The Star, Ezza jug turut membuat lawak aprilfool