Wednesday, April 02, 2008

Mahathir, Senyaplah!

Mula-mula Mahathir mula bersuara mengenai kedudukan negara, aku terasa mahu respek dia. Apabila dia kata UMNO sudah jadi lumpuh, aku respek lagi dia. Apabila beliau mengutuk Paklah secara terbuka berkenaan isu banjir di Johor dan perasmian Restoren Nasi Kandar di Australia aku masih respek dia.

Tetapi sejak berakhirnya pilihanraya, sejak beliau mula berbunyi lebih dengung dari bacaan, aku mula rasa menyampah. Terasa seolah-olah beliau ingin kembali menjadi Perdana Menteri (atau bapa kepada Perdana Menteri mungkin?)

Banyak betul yang di komplennya. Itu tak kena, ini tak kena. Padahalnya semua itu bermula dari semasa eranya menjadi PM yang selama 22 tahun itu! Sistem Kuota pencalonan patut dimansuhkan, siapa yang mewujudkan kuota itu dahulu??

Beliau turut tanpa segan silu meminta Paklah meletak jawatan, setiap kali buka mulut itulah yang menjadi isu utama. Siapa yang naikkan Paklah menjadi Presiden Parti dan seterusnya Perdana Menteri Malaysia kalau bukan dia?

Sekarang beliau kata Najib tidak layak menjadi Perdana Menteri, baru beberapa ketika lepas, dalam satu temubual dan heboh dalam media beliau berkata..dia dan Paklah ada perjanjian mulut. Paklah memerintah sepenggal dan memberikan jawatan itu kepada Najib. Apa ni Mahathir???? Jangan jadi nyamuk.

Kalau ada orang kata Khairil Jamaluddin punca BN kalah, orang yang sama patut kata Mahathir turut ada saham dalan kekalahan BN itu. Beliau yang tidak sudah sudah bercakap di sana sini tentang kepincangan kerajaan Paklah. Sudah pasti dia juga turut menyumbang keputusan pilihanraya itu. Pakatan Rakyat seharusnya menjadikan dua orang ini sebagai orang tertinggi dalam senarai 'acknowledgement' mereka. :)

Sekarang, aku tidak faham...aku nampak penyokong pembangkang banyak juga yang menyokong Mahathir. Mungkin kerana Mahathir berani menyatakan apa yang mereka ingin katakan, terus ke telinga dan muka Paklah. Tetapi aku tidak suka apabila penyokong pembangkang terus menerus menquote kata-kata Mahathir dan menyanjung beliau seperti hero. Sudah lupakah zaman pemerintahannya dahulu? Berapa banyak suara di internet minta dia turun takhta sahaja, tetapi tidak..dia juga tidak mendengar suara permintaan itu.

5 comments:

Mr Fadzli said...

Mahathir dah terlalu nyanyuk. Maafkanlah dia. Sedangkan Anwar pun maafkan dia. Jangan dipedulikan apa yang orang nyanyuk kata. Semua yang dia kata kat orang tu dialah yang buat dulu. Sistem Kuota UMNO dialah penciptanya. Dia kata orang UMNO tak ada telur sebab takutkan Presiden. Samalah zaman dia siapa berani tegur dia.

Pendek kata cakap orang UMNO jangan dan tak boleh di Pakai Langsung. Masa ada kuasa cakap lain tapi bila dah tak ada kuasa sebuk nak jadi hero. Yang paling aku menyampah kat Zam dan Khir Toyo. Kenapa masa ada kuasa tak nak sound Pak Lah? Tapi itulah perangai TIPIKAL UMNO. even Anwar Ibrahim pun macam tu jugak dulu. Cuma dia ada sedikit keberanian kerana cuba melawan Mahathir masa ada kuasa.

sebol said...

Biarlah dia nak bersuara, memang hobi dia ialah bersuara dan berasa gembira bila orang setuju apa yang dia kata.

Itulah satu-satunya sumber kegembiraannya.

biarlah dia bergembira dengan satu-satunya cara untuk dia bergembira selagi hayatnya masih ada.

mudin001 said...

Spot on! Pandangan aku tidak pernah berubah sejak dia jadi PM sampai sekarang. Dan aku sangat berbulu dengan puak-puak pembangkang (sekarang Pakatan Rakyat) yang terhegeh-hegeh nak ikut cakap dia. Mahathir tetap Mahathir!

matumno said...

Betul macam hang pa dok tulis ,lani umno macam parti tuppewere,cuba hangpa perati trend orang umno la ni dulu masa depa ada kuasa depa tak berani nak tagur ketua depa bial tanya depa pakat kata kami sokong ,kami berbiri di belakang mu dan tah macam acam ayat lain yang sedap di dengar.tapi lani nada depa dok jadi kot lain dah,itu masa depa dalam kerajaan lani depa luar kerajaan depa jadi kot lain ,ini kah pemimpin,macam lalang,sekali kena tiup angin tsunami depa pakat pakt nak pi kalih ,orang macam dr khir toyo,zam,dan lain lagi pemimpim dalam umno ni bukan boleh pakai ,depa ni kalau dok kat siam kena masuk dalam guni dah,

Mohd Azli Rimon said...

aku suka mahathir bercakap hahaha..
tak pakai teks..baru lah pro..