Friday, April 18, 2008

Kickapoo Bukan Keluaran Syarikat Arak

‘Assalamualaikum..pengumuman untuk semua, sebenarnya, air kickapoo yang kita selalu beli dan minum itu berasal daripada SYARIKAT ARAK! nama syarikat itu adalah Monarch Baverage. Untuk bukti lebih lanjut, layari: http://www.monarch-beverage.com/home.htm, http://www.kickapoojoy.com/history.html Tolong sebar2kan kepada semua. Tolong berheti membelinya’

Ini antara yang aku terima dalam forwarded YM beberapa minggu sudah. Aku tidak mengambil peduli. Satu sebab nyata...aku bukan minum pun air kickapoo. Ke dua, aku ada nampak tanda halal di tin dan botol minuman tersebut. Jadi aku agak ia adalah satu cara sabotaj.

Semalam aku terbaca lagi, mengenainya di dalam forum kcarlife disini. Tiba tiba sahaja rasa ingin membuat membuat kajian lanjut atas dua dasar

1. Bagaimana kickapoo di buat oleh syarikat pengeluar arak? Industri wine dan beer pastinya sangat menguntungkan.
2. Bagaimana JAKIM boleh meluluskan minuman dari syarikat pengeluar arak? Sepertimana Calsberg mengeluarkan minuman tanpa alcohol dan tidak laku (itu sudah obvious)

Akhirnya kerana pakcik google, aku temui jawapan. Mungkin ia bukan jawapan konkrit tetapi aku sudah dapat jawapan. Kickapoo yang didakwa dibuat oleh syarikat arak BUKAN keluaran syarikat arak. Malah di Malaysia, ia dibuat oleh Permanis Sdn Bhd yang merupakan pembekal Pepsi F&N dan pelbagai minuman ringan yang lain.

Ini hasil tanyaan Pakcik Google.
Aku mendapati ada dua buah company dengan nama yang lebih kurang sama 1. Monarch Beverage Company
url: http://www.monarch-beverage.com
Alamat:
3737 Waldemere Road
Indianapolis, IN 46241
1-800-382-9851

2. The Monarch Beverage Company
url: http://www.monarchbeverages.com
Alamat:
1123 Zonolite Road NE
Suite 10
Atlanta, GA 30306

Syarikat (1) merupakan pengeluar Beer dan Wine dan segala macam mak nenek lagi.
Info lanjut disini:
http://en.wikipedia.org/wiki/Monarch_Beverage,_Inc.

Syarikat (2) merupakan pengeluar softdrink.
Info lanjut disini:
http://en.wikipedia.org/wiki/Monarch_Beverage_Company

Yang menariknya menurut Wikipedia
"Monarch Beverage Company is a localized beverage distributor entirely unrelated to the Atlanta, Georgia international beverage company, The Monarch Beverage Company."

Jadi rasanya isu ini tidak timbul. Mereka berdua tidak berkaitan langsung. dan kickapoo dikeluarkan oleh syarikat softdrink. Bukan syarikat pengeluar minuman keras. Kuasa encik google sangat besar. Kita hanya perlu kreatif mencari informasi.

2 comments:

beba said...

salam.

thanks for this article..jumpa masa dok research sket pasal kickapoo tak halal ni..cam banyak plak come across the copy and paste msg kat my friend's blog..

Mintak kebenaran guna your research ni at my blog.. :D and of course sudah dicredit kan..

http://blog.beba-anas.com/informational/kickapoo-tak-halal-cuba-korang-check-betul2-dlu

Anonymous said...

actually mcm neh, kickapoo. was2 jgn minum. kalau yakin , minum. tp kalau dr segi marketing. mudah je, bila dia org tahu, kata kickapoo neh syarikat keluaran arak. jd diaorg wujudkan syarikat yg sama. supaya org yakin. oooo. yake? padahal itu strategi perniagaan. nak ubah persepsi org. senang je. kan dunia skrg neh main percaya pada internet je kan.. betul tak?