Sunday, April 06, 2008

Kempen Selamatkan Sufiah, Perlu?

Sejak tersebarnya berita bekas kanak-kanak pintar beribukan warga negara Malaysia kini menjadi pelacur di kota London, kita semua terperanjat Khairyl. Eh Terperanjat beruk seluruh rakyat Malaysia. Manakan tidak, Sufiah merupakan pelajar berusia 13tahun apabila beliau diterima masuk ke Universiti Oxford.

Dengan seluruh pendedahan yang kini beliau menjadi pelacur akibat tekanan hidup (senangnya alasan), maka ada lah cadangan Jabatan Perdana Menteri untuk menubuhkan badan dan kempen khas untuk menyelamatkan Sufiah. Soalnya perlu ke?

Dari satu segi, ya perlu. Beliau beragama Islam (mungkin masih beragama Islam walaupun menggunakan nama Shilpaa Lee sekarang). Kita patut menyelamatkan saudara sesama Islam kita dari terjerumus ke lembah lebih hina. Dari satu segi yang lain, perlukah JPM menyelamatkan Sufiah yang jauh nun di Eropah sedangkan berlambak lagi pelacur-pelacur melayu dan Islam di lorong-lorong kotor di Kuala Lumpur dan Malaysia? Apakah ini yang kita panggil "Kuman seberang laut nampak, Gajah di depan mata tak nampak?' atau dalam kes Sufiah dan JPM ini kita boleh peribahasakan sebagai 'Pelacur di Eropah nampak, pelacur di Kuala Lumpur tak nampak?"

Kenapa hanya Sufiah yang hendak diselamatkan? Kenapa hanya Sufiah yang hendak diberi kehidupan baru? Sufiah bukan warganegara Malaysia pun. Hanya kerana dia mencipta sejarah tidak bererti kehidupannya lebih penting dari semua manusia lain. Dan dia bukan lah berusia 12tahun, dia sudah 23tahun. Dia sudah boleh fikir dan nilai sendiri tindak tanduknya itu.

Kalaupun JPM begitu bersungguh-sungguh hendak menyelamatkan Sufiah, kempen dan dana khas adalah tidak perlu. Mungkin boleh tubuhkan dana dan kempen khas untuk menarik semua pelacur Malaysia ke arah kehidupan yang sihat dan benar. Kemudian baru Sufiah. Kerajaan Malaysia mempunyai tanggungjawab yang lebih kepada warganegara mereka berbanding bukan warganegara. Tidak perlu terbangkan warga negara Malaysia untuk menyelamatkan Sufiah, berhubung sahajalah dengan Pertubuhan Islam di UK.

5 comments:

Anonymous said...

I couldnt agree with you more.
You are so right

DIN said...

lepas cerita Sufiah, HUJAN lebat di Manchester.

zairulk said...

bukan je hujan hebat..tetiba area Manchester & Birmingham (Midlands) turun salji tetiba je ari ni (pagi Ahad 6 april) padahal patut dah masuk spring dah nih

pasal Sufiah..semua tu politic millage utk Menteri & timbalan yg baru nih...semua nak jadi juara dlm isu..mana tahu menang kerusi naib presiden & ketua wanita hujung tahun nih. Tak pasal2 habis berjuta duit rakyat nak selamatkan si Sufiah nih...

sub_zero said...

nak berjalan ke manchester lah tu ape lg..
kl dah slalu jln.. so dorang xkesah sangat..

Jie said...

Saja tak setuju Puan Yang Arif...

kat M'sia ni bukan saja Sufiah, Supian pun derang tak terbela...